#DoneClaim, Gadis Ini Dakwa THE BEATLES Tiru Band Indonesia?

Share

Aduh, mungkin pemerhati Indonesia ni dah habis idea nak claim apa lagi yang ada di Malaysia dan Nusantara.Kini dia beralih ke negara Eropah pula dorang.

Perbalahan antara peminat Indonesia dan Malaysia bukan sesuatu yang pelik. Isu seperti ini sering terjadi dan ini bukanlah kali pertama berlaku. Tapi kali ni special sikit sebabnya seorang penguna youtube memuat naik video dengan tajuk THE BEATLES TERINSPIRASI BAND INDONESIA “THE TIELMAN BROTHERS” ??Eh Yakinnya kamu.

Siapa tak kenal dengan band muzik legenda The Beatles. Malah, lagu-lagu dari kumpulan ni masih dapat didengari sehingga sekarang walaupun kumpulan ini sudah tiada. Jika ditanya tentang The Beatles, pasti akan menyebut lagu yang romantik seperti ‘Yesterday’, ‘Hey Jude’, ‘Something’ dan ‘Let It Be’ kerana ia merupakan lagu paling terkenal.

The Beatles berasal dari Liverpool dan ditubuhkan pada tahun 1960. Kumpulan ini dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr dan George Harrison. Kumpulan ini memainkan muzik rock and roll dan romantik. Lagu-lagu kebanyakan terkenal dari kategori romantik.

Terbaru seorang gadis dari Indonesia iaitu Nadia Omara ini sempat memuat naik video #claim yang mengatakan bahawa band The Beatle diinspirasi daripada band Rock Indonesia di zaman Belanda The Tielman Brothers.

Nadia Omara sempat menunjukkan bukti dan faktanya untuk memberi info bahawa The Beatles sempat melihat persembahan The Tielman Brothers di German.

Sempat claim The Beatles hadir untuk melihat persembahan The Tielman Brothers

Ahli yang paling berjasa bagi mantan pemain bass The Beatles, Paul McCartney turut dikaitkan, menurut gadis ini Paul Mccartney mengagumi aksi dan turut meniru gaya The Tielman Brothers!

Antara komen dari netizen

Rata-rata netizen tidak begitu menyokong dan setuju dengan gadis dari Indonesia ni.

Penulis membesar dengan muzik The Beatles sejak dari zaman rock n roll

mereka sehinggalah ke zaman eksperimen dan revolusi muzik mereka yang berjaya mengubah dunia.

Bagi saya The Beatles adalah kumpulan muzik yang teragung di dunia dan kombinasi Lennon-McCartney adalah singer-songwriter yang terbaik sepanjang abad. Tak kisah la siapa terinspirasi siapa yang penting The Beatles punya lagu memang terbaik dan tak lekang dek zaman.

Sumber : Youtube Nadia Omara

IKLAN