Doktor & Staff KK Seri Kembangan Diarah Kuarantin, Gara-Gara Pesakit Sembunyi Dijangkiti Covid-19

Share

Golongan selfish! Gara-gara pentingkan diri sendiri, akhirnya semua pihak dijangkiti. Perkongsian seorang individu atas nama Faisal Firdaus di fbnya yang kesal dengan sikap seorang individu yang sudah dijangkiti namun menyembunyikannya  dengan menyusup masuk ke klinik tanpa memakai penutup mulut akhirnya menjadi mimpi ngeri buat kakitangan Klinik Kesihatan Seri Kembangan apabila barisan hadapan ini perlu jalani kuarantin dua minggu di rumah.

Bacalah perkongsiannya. Nasihat buat semua, jangan sampai apa kita lakukan beri kesan kepada individu lain. Harap kita lebih prihatin isu kesihatan ini ya kerana wabak ini semakin menular tanpa kita sedar.

Baca perkongsian seperti dicatatnya.

MIMPI NGERI JADI KENYATAAN..!

Akhirnya..Lebih 10 staff Klinik Kesihatan Seri Kembangan diarahkan kuarantin..!

Mereka adalah Doktor,PPP,Jururawat Pemandu dan PPK.

Seperti penulisan saya yang lepas.Golongan SELFISH ini lah puncanya.
Jumaat lalu,Pesakit yang TAHU telah dijangkiti.Tp merahsiakan fakta ketika ditanya.Menyusup ke klinik tanpa MASK.
Batuk,bersin menyentuh peralatan klinik.

Sudahnya kami diumumkan agar di kuarantin selama 2 minggu di rumah.
Klinik Komuniti terpaksa ditutup bagi menampung beban tugas di Klinik Kesihatan.Semua aktiviti di Klinik Komuniti tertangguh.PPP,Nurse dan PPK di Klinik Komuniti terpaksa bekerja lebih masa menanggung beban yang terpaksa kami tinggalkan.

Hanya kerana seorang dari pesakit yang SELFISH! Kami amat dukacita mengenangkan sikap begini.Sepatutnya kami merawat anda.Tetapi arahan agar kami dikuarantin mnyebabkan perjalanan tugasan Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti terganggu.

Kami mohon maaf sekiranya wujud kelewatan ketika menunggu.Doakan Kesihatan staff KKM yang di kuarantin agar kami dapat kembali ke lapangan meneruskan saringan dan menjaga kesihatan anda.

Terima kasih PPP,Nurses dan PPK yang menggalas dan menggantikan tugas kami.
Terima Kasih
KKOM Seri Serdang
KKOM Kayu Ara
KKOM Kelana Jaya

IKLAN