Pelakon kacak, Keith Foo baru-baru ini memberi bayangan bahawa dirinya bakal memeluk agama Islam pada tahun hadapan sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita terkenal, Riena Diana. 

Menurut Keith atau pemilik nama sebenar Foo Chuan Chin (42), beliau sudah lama mendalami ilmu agama dan mula menunjukkan minat terhadap Islam sejak sebelum mengenali Riena lagi.

“Sejak ada Riena saya banyak minta tunjuk ajar seperti membaca doa makan dan banyak lagi. Apapun, doakan kami dan lihat apa yang akan jadi tahun depan. Ada kejutan tahun depan,” kata Keith.

Pada masa yang sama,  Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal (27), turut berkongsi bahawa Keith memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk memilih nama Islam sekiranya dia memeluk agama itu kelak.

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Nikahi Riena Diana “Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Nikahi Riena Diana

Ads

“Sebenarnya ada berita gembira, Keith beri peluang untuk saya pilih nama Islam dia. Nama Islam kita sudah ada, tetapi belum sedia untuk kongsi bersama umum,” kata Riena.

Menurut Riena, Keith memilih untuk mendalami Islam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memeluk agama secara rasmi dan berkahwin. 

Ads

“Saya tidak mahu orang kata, Keith memeluk Islam semata-mata mahu berkahwin. Sebab itu sekarang saya gembira untuknya yang cuba mendalami Islam,” ujarnya.

“Kalau boleh tidak mahu hari ini peluk Islam, esok berkahwin. Keith sendiri beritahu yang dia mahu peluk Islam terlebih dahulu dan belajar tentang agama barulah berkahwin. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.

Ads

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Nikahi Riena Diana “Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Nikahi Riena Diana

Sementara itu, pasangan romantis ini  juga tidak mahu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga, malah menyerahkan urusan tersebut kepada pihak keluarga masing-masing.

Hubungan mereka yang semakin serius ini ternyata menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan perkembangan seterusnya. Sama ada tentang agama atau perkahwinan, Keith dan Riena memohon untuk terus mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads