Kalau kamu fikir jadi selebriti dan pelajar dalam masa yang sama tu mustahil, Syasya Rizal baru saja buktikan sebaliknya.

Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, sesi photoshoot, komitmen media sosial, dan juga komitmen sebagai ibu dan isteri. Bekas ahli kumpulan Dolla ini tetap utamakan pelajaran. Terbaru, dia kongsikan berita gembira telah berjaya memperoleh CGPA 3.40. Hebat, kan?

 

@syasya.rzl Replying to @Fffffa ♬ Dame Un Grrr – Fantomel & Kate Linn

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama lengkapnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, berkongsi CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang diperoleh iaitu 3.40, manakala bagi GPA (Grade Point Average) pula sebanyak 3.84.

Ads

“Doakan Saya Cepat Habis Belajar…” Syasya Rizal Raih CGPA 3.40

Slowly but surely, insyaAllah.

Doakan saya cepat habis belajar okay.

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata semangat. Ada yang turut berkongsi rasa bangga dan menjadikan kejayaan Syasya sebagai motivasi peribadi.

💖 Semangat Buat Remaja Malaysia

Kejayaan Syasya bukan sekadar angka CGPA. Ia membawa satu mesej penting: kejar cita-cita kamu, jangan abaikan pelajaran walau sibuk macam mana sekalipun. Kita boleh berjaya dalam dua-dua dunia – asalkan ada disiplin, sokongan dan tekad yang jitu.

Ads

Sumber: TikTok Syasya Rizal

BACA LAGI : Dari 2A SPM ke Anugerah Tertinggi Universiti Terbaik Dunia : Kisah Kejayaan Zul Hakim

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads