
Tahun ni kalau nak lebih berjimat-cermat, salah satu cara yang korang boleh usahakan adalah dengan menyediakan sampul duit raya sendiri.
Kalau di pasaran, harganya boleh tahan juga. Ada yang sampai sekeping RM1. Tapi, kalau korang DIY macam sis Maznabilah Mahamed ni buat, serious lebih untung berganda-ganda.
Nak tahu macam mana caranya? Jom kita ikut tutorial ni.
Bahan-bahan:

1. Kertas pembalut hadiah (beli satu paket terus sebab kalau beli satu-satu, mahal. Satu paket ada dalam 10 keping. Anggaran harga dalam RM4-RM7.
2. Pisau
3. Gam
Step 1

Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada empat bahagian seperti dalam gambar.
Step 2

Bila dah potong dengan ukuran yang sama rata, jadi la 4 keping seperti ini.
Step 3

Seterusnya, lipat kepada tiga bahagian. Make sure sama ukuran dan potong.
Jadi 3 keping macam dalam gambar tu. 3×4 = 12, so korang boleh dapat 12 keping sampul raya. Ngam-ngam je tak membazir.


Step 4

Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil je macam dalam gambar. Kemudian lipat macam gambar di sebelah.
Step 5

Potong bahagian atas tu sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat untuk dijadikan penutup.
Step 6

Dah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik pula
Step 7

Siappp!
Nak lagi cantik boleh letak dolly paper. Untuk yang ni kertas lain, ada banyak corak. Dolly paper ni harganya RM3 je untuk 100 keping.

Senang je kan. Dengan hanya bermodalkan tak sampai RM10, korang dah boleh dapat beratus keping sampul raya. Walaupun tak ada ucapan selamat hari raya, tapi hasilnya tetap awesome kan?
Kalau korang nak lebih awesome, jangan lupa datang ramai-ramai ke Karnival Karangkraf 2018 pada 1 hingga 3 Jun ni. Jangan kata sampul raya, duit raya pun kami bagi wey. Save the date ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Selebriti Korea Ini Rupa-Rupanya Fasih Berbahasa Inggeris

Korea adalah antara negara yang membanggakan bahasa ibunda mereka dan kerana itu mungkin kebanyakan daripada mereka tidak pandai berbahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Jika melancong ke Korea, kita mungkin mempunyai kekangan bahasa untuk berkomunikasi, namun masyarakat disana tetap berusaha untuk memberi bantuan sekiranya ada pelancong yang bertanya.
Walau bagaimanapun, bukan semua masyarakat disana tidak pandai berbahasa Inggeris. Selain daripada pelajar, golongan selebriti juga ada yang fasih berbahasa Inggeris kerana masing-masing mempunyai latar belakang seperti pernah menetap atau pun belajar di luar negara.
Berikut kami senaraikan antara beberapa selebriti Korea yang bukan hanya cantik dan tampan, malah fasih berbahasa Inggeris.
1. Choi Woo Shik
Semasa umurnya 11 tahun, Choi Woo Shik dan keluarganya berhijrah ke Vancouver, Kanada sehingga umurnya mencecah 21 tahun. Dia kemudiannya pulang ke Korea untuk menyertai sesi ujibakat lakonan. Pelakon lelaki yang pernah ditemubual dalam rancangan Star English ini juga mengakui bahawa satu ketika dahulu dia memang lebih selesa berbahasa Inggeris, namun kini dia lebih memilih untuk bertutur dalam bahasa Korea.
2. Shin Se Kyung
Shin Se Kyung tidak pernah menetap di luar negara, namun dia membuktikan kemampuannya untuk berbahasa Inggeris. Dia tidak pernah menunjukkan kemahirannya berbahasa Inggeris sehinggalah muncul dalam rancangan Pocha Beyond Borders.
3. Kim Ji Suk
Walaupun sering melakonkan watak lucum Kim Ji Suk sebenarnya fasih berbahasa Inggeris kerana dia pernah bersekolah di luar negara. Pelakon ini juga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan Inggeris dan Jerman.
4. Park Min-Young
Personaliti wanita ini tidak selalu menunjukkan kemahirannya berbahasa Inggeris dalam drama lakonannya. Park Min-Young pernah menuntut di luar negara dan kerana itu dia juga fasih berbahasa Inggeris. Malah, aktres ini juga mempunyai nama Inggerisnya, iaitu Rachel.
5. Blackpink
Oleh kerana ada diantara mereka yang bukan berasal dari Korea, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka boleh menguasai lebih daripada satu bahasa. Jennie juga pernah bersekolah di New Zealand selama 5 tahun. Ayah Lisa berasal dari Swiss dan menjadikan dia sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
6. Park Bo Gum
Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, artis Korea ini mengejutkan peminat kerana dia fasih berbahasa Inggeris sewaktu mengadakan gathering bersama peminatnya di Filipina. Park Bo Gum dilihat dapat menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan lancar.
7. RM BTS
Selebriti Korea ini ternyata pandai berbahasa Inggeris selepas menonton siri Friends. Menurutnya, percakapan pelakon dalam siri itu sangat jelas dan mudah difahami. Oleh yang demikian, RM sering menjadi wakil kumpulan BTS ketika perlu menjawab temubual dalam bahasa Inggeris.
8. Taecyeon 2PM
Pelakon dan ahli kumpulan 2PM ini mempunyai accent Amerika apabila bertutur dalam bahasa Inggeris. Taecyeon pernah bersekolah di Amerika Syarikat dan kadangkala dia juga diminta untuk membantu agensi memeriksa grammar dalam lirik lagu.
9. Han Ye-seul
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pertama bagi Han Ye- seul. Selebriti ini lahir dan membesar di Los Angeles dan mempunyai nama Inggerisnya, Leslie. Selepas menamatkan pelajaran di AS, Han Ye-seul berpindah ke Korea untuk mengejar kariernya dalam bidang modeling.
10. Gong Yoo
Walaupun tidak pernah belajar di luar negara, pelakon utama Goblin ini mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Inggeris sendiri. Dalam satu temubual, Gong Yoo dipuji peminat kerana accent Amerikanya kedengaran sangat baik. Dia telah membuktikan, walaupun belajar sendiri, dia masih mampu untuk berbahasa Inggeris dengan baik.
11. Kang Sora
Sora menjelaskan bahawa dia membesar dengan banyak menonton animasi Disney dan dari situlah dia selalu belajar bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai hobi.
12. Bae Doona
Pelakon ini bukan hanya berkarya di Korea Selatan, malah dia juga pernah membuat penampilan besar di Hollywood dalam filem Cloud Atlas, Jupiter Ascending dan siri Sense8. Dengan pengalaman tersebut, maka tidak hairanlah jika Bae Doona boleh fasih berbahasa Inggeris.
13. Rain
Bintang Full House ini juga pernah muncul di Hollywood dengan filem Ninja Assassin yang ditayangkan pada tahun 2009.
14. Siwon
Bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, Siwon juga rupa-rupanya pandai bertutur dalam bahasa Mandarin. Lihat sahaja video temubual ini, Siwon dilihat sangat lancar bertutur dalam bahasa Mandarin juga.
15. Ahn Hyoseop
Ahn Hyoseop melihatkan kemampuan bahasa Inggerisnya ketika tampil dalam Flower Boy Bromance bersama Jackson GOT7. Lebih mengejutkan lagi, selebriti ini rupanya pernah menetap di Toronto, Kanada. Hyoseop akhirnya kembali ke Korea untuk mengejar impiannya menjadi seorang selebriti.
Seringkali menonton drama Korea, tidak pernah pula kita menyangka bahawga ramai juga dikalangan selebriti mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Digelar ‘Pari-Pari Kemenangan’ LAFC! CORTIS Cipta Sejarah Jadi Artis Korea Pertama Sertai ‘Honorary Falconer’

Kumpulan K-Pop generasi kelima popular, CORTIS baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila tampil memukau di Los Angeles, Amerika Syarikat sempena perlawanan musim terbaru Major League Soccer (MLS) 2025 antara LAFC dan Atlanta United. CORTIS menjadi artis Korea pertama yang secara rasmi dijemput untuk segmen istimewa “Honorary Falconer”, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian luar biasa dalam kerjaya walaupun masih baru sahaja memulakan debut mereka sejak Ogos lalu.
Dalam acara penuh simbolik itu, para anggota CORTIS yang dianggotai oleh Martin, James, Juhoon, Seonghyeon, dan Keonho tampil bergaya mengenakan jersi LAFC yang tertera nama dan nombor pemain bola sepak terkenal Korea, Son Heung-min. Selain itu, mereka turut mencipta momen bersejarah apabila diberi penghormatan untuk melancarkan maskot pasukan, seekor helang yang menjadi simbol semangat juang LAFC.
Sebelum ini, segmen “Honorary Falconer” turut pernah menampilkan nama-nama besar seperti pelakon Hollywood Will Ferrell dan penyanyi Meghan Trainor. Apa yang lebih menarik, selepas penampilan CORTIS, LAFC berjaya menewaskan Atlanta United dengan keputusan 1-0, sekaligus melanjutkan rekod kemenangan mereka kepada lima perlawanan berturut-turut.

Disebabkan kemenangan itu, para peminat dan kru siaran tempatan mula menggelar CORTIS sebagai ‘Pari-pari Kemenangan’ sehingga sorakan penonton di stadium serta reaksi hangat di media sosial menyifatkan kehadiran CORTIS memberi impak positif kepada suasana perlawanan dan pasukan tuan rumah.
Dalam pada itu, populariti CORTIS dalam arena sukan bukanlah sesuatu yang baru kerana terdahulu lagu hit mereka berjudul ‘GO!’ sebelum ini pernah digunakan oleh Major League Baseball (MLB) sebagai lagu promosi rasmi untuk playoff 2025. Lagu tersebut terus berkumandang di pelbagai platform termasuk televisyen, radio, media sosial dan stadium, menandakan pengaruh besar CORTIS dalam budaya pop global.


Walaupun promosi album debut mereka telah berakhir, CORTIS kekal aktif di Amerika Syarikat dengan pelbagai kolaborasi. Untuk perkembangan terkini, kumpulan yang didirikan di bawah agensi Big Hit Music ini juga bekerjasama dengan jenama minuman tenaga terkenal dunia, Red Bull, yang membuka lebih banyak peluang dan cabaran baru buat kumpulan tersebut.
Sementara itu, CORTIS bakal membuat penampilan istimewa dalam acara antarabangsa “Red Bull Dance Your Style World Finals” yang akan diadakan di Los Angeles pada 11 Oktober ini. Penyertaan itu menjadikan mereka artis K-Pop pertama yang bekerjasama secara rasmi dengan jenama berkenaan sekaligus memperkukuh kerjaya mereka secara global.
Selain itu, CORTIS juga akan mengadakan bengkel tarian khas bagi lagu ‘GO!’ pada 12 Oktober ini bertujuan untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama para peminat. Sebagai info tambahan, kumpulan ini juga mencuri perhatian peminat muzik di seluruh dunia selepas melancarkan lagu ‘FaSHioN’ pada September lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K-Drama ‘True Beauty’ Kekal Paling Popular Untuk Episod Terakhir, Ini Pesanan Pelakonnya

Akhirnya, K-drama popular di saluran tvN iaitu True Beauty telahpun melabuhkan tirai semalam dengan episod terakhir.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod finale tersebut masih mengekalkan True Beauty dengan rating siaran paling tinggi di Korea Selatan pada angka 4.458 peratus. Ternyatalah ia telah memberikan penangan yang dasyat kepada peminat di Korea mahupun di seluruh dunia.

Di Malaysia umpamanya, True Beauty telah menjadi di antara drama ikutan ramai jika meninjau kepada respon penonton di laman Twitter. Saban episod, ia akan mendaki tangga trending menewaskan topik-topik tular lain.
Sempena episod terakhir True Beauty semalam, para pelakonnya telahpun berkongsi kata-kata akhir kepada peminat yang menyokong mereka sedari episod awal hinggalah semalam. Drama yang mengisahkan seorang pelajar perempuan yang bersifat insecure terhadap rupa parasnya dan menemui seorang pelajar lelaki popila yang turut insecure dengan emosinya ini telah menemukan gandingan Moon Ga Young dan Cha Eun Woo.

Kongsi Moon Ga Young, mereka sebenarnya telahpun berada di set penggambaran True Beauty untuk tempoh 7 bulan sehingga mereka tidak menyedari siri itu akan berakhir semalam.
“Saya telah bertemu ramai pelakon senior yang menjadi tenaga pengajar dan rakan saya. Terima kasih kepada penonton setia yang menggemari True Beauty. Saya memperolehi sokongan menerusi watak Ju Gyeong ini dan berharap kita dapat bertemu pada masa akan datang.”

Sementara itu Cha Eun Woo yang membawakan watak Lee Su Ho juga tidak percaya dia sudah perlu meninggalkan wataknya yang digemari ramai penonton itu. “Ramai pihak telah bekerja keras sejak musim panas tahun lepas hingga musim sejuk sekarang demi drama True Beauty. Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada pengarah dan penulis skrip, kepada semua pelakon dan staf di belakang tabir – saya gembira dapat bekerja dengan anda semua.
“Saya juga menghargai penonton yang mengikuti True Beauty dan terus menyukai watak Su Ho.”
Sementara itu, beberapa lagi pelakon True Beauty lain seperti Hwang In Yeop (Han Seo Jun), Park Yoo Na (Kang Su Jin), Kang Min Ah (Lim Yu Gyeong) dan Im Se Mi (Lim Hee Gyeong) berkongsi sentimen yang sama dan tidak percaya siri ini telahpun tamat.

“Saya berharap drama ini akan diingati ramai pada masa akan datang sebagai drama yang membawakan banyak memori indah kepada penonton,” kata In Yeop. Mereka semua juga teruja untuk membawakan lebih banyak watak yang berkesan bagi projek drama seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

