Uncategorized

“Disebabkan Tanggungjawab Dan Komitmen…”, TMJ Umum Undur Diri Dari JDT

Share

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri dari JDT.

ARTIKEL BERKAITAN : JDT Berjaya Kalahkan Pasukan Terbaik Korea Selatan, Warganet Luah Rasa Bangga

Facebook: JOHOR Southern Tigers

Satu berita yang sangat mengejutkan rakyat Malaysia semua peminat bola sepak tanah air kan?

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memaklumkan akan mengundurkan diri daripada urusan harian pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Baginda TMJ memaklumkan hal sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.

Foto Via JOHOR Southern Tigers

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bola Sepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Apa-apa pun kita harus terima keputusan TMJ dan moga JDT  akan terus bersemangat serta memperoleh kejayaan di masa akan datang.

Sumber: FB Johor Southern Tigers

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN