Disapa Jurujual Ketika Buat IG Live, MK Dilihat Tidak Lokek Berbagi Rezeki

Share

Sering kali mendapat perhatian apabila melakukan IG live bersama ibunya, MK K-Clique sekali lagi mencuri perhatian apabila melayan jurujual sewaktu dia sedang membuat live di dalam kereta.

Tidak langsung memberhentikan sesi IG livenya itu, MK terus melayan tiga orang penjual yang menyapanya di dalam kereta, lalu mempromosi barangan yang dijual mereka.

MK turut dilihat mengalihkan keretanya kerana pada waktu itu hujan turun dia kasihankan jurujual tersebut terpaksa bercakap dengannya di dalam hujan. Sempat juga MK menawarkan tisu kepada jurujual tersebut.

Wah, memang humble MK ni ya.

Tidak hanya membiarkan jurujual tersebut pulang hampa, MK turut membeli produk yang dijual itu dan memberikan wang lebih, sebaliknya menyuruh mereka menyimpan sahaja baki wang itu.

Dia juga sempat melayan permintaan jurujual itu untuk bergambar bersamanya dan meminta maaf kerana hanya dapat bergambar di dalam kereta.

Sebelum ini, MK pernah viral kerana ditegur peminat di kedai makan dan dia langsung tidak sombong malah menegur semula peminatnya itu. Benarlah, selebriti kelahiran Sabah ini seorang yang sporting dan tidak pernah sombong dengan orang sekelilingnya.

Apa yang kami lihat, MK memang sering merasa rendah diri dan mungkin kerana itu MK disenangi oleh para peminatnya.

IKLAN