Disahkan Sebagai Lelaki Oleh Mahkamah. Kini Namanya Aprilio Perkasa Manganang

Share

Beberapa minggu lalu dunia sukan asia digemparkan dengan kisah transisi gender seorang bekas pemain bola tampar wanita kebangsaan Indonesia, Aprilia Santini Manganang yang telah disahkan sebagai seorang lelaki susulan keadaan kongenital yang jarang berlaku yang dikenali dengan nama Hipospadia

Kini Mahkamah daerah Tandano di wilayah Sulawesi Utara telah memutuskan permohonan yang dibuat oleh Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada nama lelaki diluluskan. Nama baru yang dipilihnya ialah Aprilio Perkasa Manganang.

Memangis saat menerima name tag baharu dengan nama lelaki

Keputusan itu telah diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube. Dalam laporan Tribun News, menariknya nama tersebut telah diberikan oleh isteri kepada ketuanya, Diah Erwiany yang merupakan isteri kepada Kepala Staf Angkatan Darat (KSAD) Andika Perkasa.


Ketika menyampaikan nama baru itu kepada Aprilia, Diah tidak dapat menahan tangisan kerana nama yang diberikan itu seolah-olah doa tulus dari hatinya sebagai seorang ibu. Dia juga meminta suaminya untuk mendidik Aprilia menjadi lelaki yang bertanggungjawab sesuai dengan jantina barunya itu.

Kini dikenali sepenuhnya dengan nama Aprilio Perkasa Manganang, jejaka berusia 28 tahun ini sudah boleh tersenyum dengan jantina barunya yang sepadan dengan fizikal dan susuk tubuhnya yang kekar.

Sumber gambar: Instagram Aprilio Perkasa Manganang

 

IKLAN