Berita

Pelajar Ini Masuk Hospital Gara-Gara Didenda 800 ‘Squat’ Sebab Tak Hantar Homework

Share

Seorang pelajar di Thailand terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipaksa melakukan 800 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru kerana gagal menyerahkan kerja rumah.

Menerusi laporan portal berita Thaiger, bapa mangsa berkongsi kejadian itu di Facebook semalam, mendedahkan bahawa anaknya mengalami

sakit yang teruk selepas pulang dari sekolah, menyebabkan dia perlu dibawa ke hospital untuk menjalani ujian darah.

Menurut pemeriksaan awal, buah pinggang pelajar itu masih berfungsi, namun ujian lanjut menunjukkan dia mengalami peningkatan enzim otot dalam tempoh tiga hari.

Pelajar tersebut kini dinasihatkan untuk
berehat, meluruskan kaki, elak berjalan sekurang-kurangnya tiga hari, dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi membantu pemulihan.

“Memaksa kanak-kanak menjalani hukuman yang melampau boleh menyebabkan otot koyak atau kecederaan lain.

“Pihak sekolah perlu mempertimbangkan hukuman atau disiplin yang lebih selamat seperti tugas pembersihan,” kata bapa mangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath