Seorang pelajar di Thailand terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipaksa melakukan 800 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru kerana gagal menyerahkan kerja rumah.
Menerusi laporan portal berita Thaiger, bapa mangsa berkongsi kejadian itu di Facebook semalam, mendedahkan bahawa anaknya mengalami sakit yang teruk selepas pulang dari sekolah, menyebabkan dia perlu dibawa ke hospital untuk menjalani ujian darah.
Ads
Menurut pemeriksaan awal, buah pinggang pelajar itu masih berfungsi, namun ujian lanjut menunjukkan dia mengalami peningkatan enzim otot dalam tempoh tiga hari.
Pelajar tersebut kini dinasihatkan untuk berehat, meluruskan kaki, elak berjalan sekurang-kurangnya tiga hari, dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi membantu pemulihan.
Ads
“Memaksa kanak-kanak menjalani hukuman yang melampau boleh menyebabkan otot koyak atau kecederaan lain.
Ads
“Pihak sekolah perlu mempertimbangkan hukuman atau disiplin yang lebih selamat seperti tugas pembersihan,” kata bapa mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia hari ini, apa saja perkara yang dianggap boleh menjimatkan, masa yang sama begitu bermanfaat akan menjadi keutamaan untuk membelinya.
Power bank antara barang keperluan yang dilihat ada pada setiap individu kerana memudahkan untuk mengecas kembali telefon bimbit yang kehabisan bateri.
Namun di sebalik keghairahan untuk membeli yang murah, power bank jenama terkenal Pineng menjadi mangsa ciplak a.k.a tiruan apabila diubah suai oleh mereka yang berniat jahat menipu pengguna yang mudah tertarik dengan harga murah.
Ini power bank original yang dijual di laman web mereka
Tengok video di bawah bagaimana kakak ini tertipu dengan jenama terkenal ini. Dia membelinya ketika berenti di R&R semasa hendak ke Kuala Terengganu kerana power bank asalnya tertinggal di rumah. Jadi untuk memudahkannya, dia membeli power bank ini. Ikutkan harga, kata penjualnya nilai power bank ini sekitar RM120.
Perangai orang kita beli apa pun nak yg murah, tetapi disebalik harga murah, terselindung penipuan. Sebab itu kalau tawaran harga murah melampau jgn beli.Antara yg sering kena tipu akibat terpengaruh harga murah barangan elektronik & produk kesihatan. Sudah tentu tidak munasabah jika harga produk asli @ original RM120, tetapi peniaga akan tawarkan sekitar RM50.Lihat video ini, bagaimana penipuan power bank harga murah ini….#hamilafamili #warisansamanbayah #beliyangoriginal
Tapi penjual mahu menjualnya pada harga jauh lebih murah. Dari harga original RM120, penjual menawarkan RM30. Akhirnya dari tawar menawar harga dibeli hanya RM25. Kalau kita sudah pasti gembirakan kerana dari RM120 tetapi boleh beli pada harga RM25, memang cukup cunlah.
Tapi malangnya apabila di charge penuh dan bila digunakan pada telefon, tak sampai separuh pun kuasanya tinggal. Tidak sampai setengah jam power bank itu sudah kehabisan power.
Mungkin “bengang” dengan apa berlaku, dia membuka cover penutup power bank tiruan ini dan apa yang berlaku sangat mengejutkan. Dari lima biji bateri A4 hanya satu sahaja yang disambung dengan alat utama dan selebihnya hanya dilekat dengan pita pelekat tanpa bersambung satu sama lain. Bateri ini untuk menambah realnya penipuan, seolah-olah dijadikan pemberat sahaja.
Lebih mengejutkan, bateri yang disangka bateri sebenarnya adalah pasir semata-mata. Memang jelik perangai niekan. Kerjanya menipu untuk dapat wang dengan mudah.
Ini power bank tiruan yang boleh dibuka covernya
Tengok bagaimana bateri itu diisi dengan pasir sahaja sebenarnya
Sebaiknya, kalau nak beli jenama ini try buka covernya, boleh atau tak kerana biasanya yang original tak boleh boleh dibuka langsung.
Jadi berhati-hatilah ya. Kalau nak beli pun belilah yang harganya mahal sedikit tetapi berbaloi untuk pakai lama. Jangan beli yang murah tetapi hanya pakai sekali. Zaman sekarang terlalu banyak penipuan kerana manusia mahu hidup senang dengan menipu orang lain.
Semoga kita semua berhati-hati agar tidak tertipu dengan sindiket yang sememangnya sudah merancang dan tahu untuk mengambil kesempatan di atas “pilihan” orang ramai yang sukakan benda-benda murah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal dunia ini sememangnya menjadi perhatian lensa kamera paparazzi. Terbaru, penyanyi terkenal Rihanna menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas beliau telah menggunakan petikan hadis alunan Misyari Alafasy versi remix yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya iaitu Savage x Fenty.
Pertunjukan fesyen yang dilaksanakan dalam format virtual itu memaparkan aksi model menggayakan pakaian dalam sambil menari berlatar belakangkan muzik berkenaan.
Lagu remix yang diberi nama Doom itu difahamkan telah dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun lalu dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat.
Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan orang ramai adalah lagu berkenaan pernah digunakan sebelum ini dalam pertunjukan fesyen Fenty x Puma pada tahun 2017.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menunjukkan reaksi negatif terhadap video berkenaan:
Not at Rihanna disrespecting an entire religion but some of you still defending her….. pic.twitter.com/Y1xlJU8pqO
— Sina
Emm….mungkin Rihanna memang sengaja mencari publisiti murahan agaknya kan. Tapi penulis tak setuju jika dia mempermainkan agama Islam sebegini….huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penduduk dunia berkongsi 70 peratus permukaan Bumi yang diliputi oleh lautan. Namun bukan semua di antara kita yang sedar akan kepentingannya demi masa sekarang dan masa hadapan.
Sangat penting untuk kita semua mula mengambil berat mengenai sistem terumbu karang yang menjadi ‘rumah’ jepada satu per empat daripada hidupan laut.
Terumbu karang di seluruh dunia termasuk yang ada di Malaysia kini berada dalam keadaan yang terancam disebabkan oleh eksploitasi lautan berlebihan. Perubahan iklim, pencemaran dan industri perikanan yang tidak terkawal adalah di antara punca utama ia kini semakin terancam.
Sedar tentang perkara ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil langkah dengan pembinaan struktur glob terbesar di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu dan berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.
Ia diturunkan oleh 10 alumni UPSI diketuai Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang juga alumni institut pendidikan itu.
Menerusi satu kenyataan Md Amin berkata, sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan.
“Ini adalah untuk membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap universiti bertuah kami,“ katanya pada majlis penerimaan sijil pengiktirafan daripada MBOR itu di Pulau Redang, semalam.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, dengan adanya struktur terumbu tersebut akan membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut.
Menurutnya, terumbu karang di kawasan itu pernah musnah akibat dilanda Taufan Pabuk sekitar Januari 2019. Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr Siti Hartini Azmi berkata, usaha alumni terbabit juga akan mengharumkan nama universiti.
Untuk info, para saintis sendiri menganggarkan jika dunia tidak melakukan apa-apa mengenai isu ini, 90 peratus terumbu karang tropika dunia akan lenyap menjelang tahun 2043. Malah, dengan lenyapnya terumbu karang, lebih 500 juta orang akan kehilangan kebergantungan kepada khazanah laut ini untuk makanan, pendapatan dan perlindungan.
Oleh yang demikian, pelbagai usaha sedang dilakukan menerusi pelbagai program pemulihan batu karang di seluruh dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.