Charissa Chong Su Huey yang berasal dari Subang Jaya, Selangor bukanlah nama baru dalam dunia ratu cantik di Malaysia. Ketika berusia 19 tahun dia telah memenangi gelaran Miss Global International Malaysia dan telah mewakili Malaysia di pentas Miss Globe 2013 dan Miss International 2013.
Setelah hampir tujuh tahun berlalu, dia mencuba nasib sekali lagi sebagai salah seorang finalis Miss Universe Malaysia 2020. Walaupun dia di antara persona yang dikatakan bakal menggondol mahkota tersebut, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia terpaksa berpuas hati merangkul gelaran naib juara.
Charissa dalam persalinan kostum nasional di petandingan Miss Globe 2013.
Kemudian pada 2021 pula, dia menyertai pertandingan Miss World Malaysia. Apabila keputusan diumumkan dia hanya berada dikedudukan ketiga.
Kekalahan yang dilalui tidak sedikitpun memadam semangat dan daya juang yang dimilikinya. kekalahan bukan bererti gagal selamanya. Setahun kemudian dia mempersiapkan dirinya dengan cabaran baharu sebagai salah seorang finalis Miss Grand Malaysia 2022.
Ternyata nasib menyebelahinya apabila dia dinobat sebagai juara dalam majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Sabah International Convention Centre. Dia yang merupakan pemegang Diploma Komunikasi Massa dari INTI International College, Subang Jaya berjaya mengetepikan cabaran enam peserta lain untuk bergelar juara.
Ads
Dalam sesi soal jawab, Charissa menerima soalan mengenai penyertaan wanita di dalam bidang ketenteraan. Jawabnya, “Sebagai wanita, kita memiliki pelbagai skil untuk disumbangkan dalam bidang ketenteraan sebagai contoh menjadi barisan hadapan, ketua mahupun pegawai.
“Diberikan peluang sebegitu, kita sebagai wanita Malaysia harus memiliki peluang dan pilihan untuk melakukan keputusan sendiri. Fokus kepada potensi dan katakan tidak kepada diskriminasi gender dan katakan ya kepada inklusiviti gender.”
Ads
Pada malam tersebut selain Charissa sebagai juara, wakil Sarawak, Viviana Alfred berada di kedudukan kedua manakala wakil Johor, Angela Quah berada di kedudukan ketiga.
Ads
Malaysia mula menghantar wakil ke pertandingan Miss Grand International pada tahun 2013. Setakat ini hanya tiga wakil berjaya bergelar semi-finalis. Ranmeet Jassal pada 2016 berada di kedudukan top 20, Jasabel robert pada 2021 di kedudukan top 10 dan Lishallinny Kanaran pada 2021 mara sebagai peserta top 20.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setakat pada hari ini iaitu 21 Mac 2020, Malaysia telah mencatat kan 8 kes kematian yang melibatkan wabak COVID-19. Sudah pastinya berita ini sangat meninggalkan kesan, terutamanya kepada ahli keluarga arwah ataupun si mati.
Terbaru satu hopital di Kedah terpaksa ditutup selama dua hari, bermula hari ini selepas mengesahkan kes pertama Covid-19 (koronavirus) di hospital tersebut. Hospital ini akan menutup operasinya untuk dua hari iaitu pada 22 dan 23 Mac ini untuk sesi pembersihan dan sanitasi diseluruh kawasan hospital.
Kes ini melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 30 tahun yang tidak memberikan pendedahan sepenuhnya semasa proses pemeriksaan di hospital ini dan dimasukkan ke hospital mengikut proses biasa untuk bersalin pada 18 Mac 2020.
Tunjuk Simptom Selepas Melahirkan Anak
Bagaimanapun, pesakit telah menunjukkan simptom demam selepas melahirkan anaknya pada 18 Mac 2020. Hasil sampel klinikal dan siasatan lanjut telah mengesahkan bahawa wanita itu menetap sekali bersama seorang ahli keluarga yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dan telah disahkan positif Covid-19.
Keputusan sampel juga telah mengesahkan pesakit positif Covid-19 telah diperolehi pada 19 Mac 2020. Rentetan berita itu, Pantai Hospital Laguna Merbok dengan segera telah menutup kesemua bilik rawatan dan wad yang menempatkan wanita itu pada hari yang sama dan menjalankan proses membersihkan kawasan tersebut secara teliti dengan garis panduan kawalan jangkitan ketat.
Ujian Saringan Dilakukan
Ujian saringan pengimbasan Covid-19 segera dilakukan pada semua kakitangan yang pernah berhubungan atau kontak terus dengan pesakit telah dikenal pasti serta diletakkan di bawah kuarantin.
Semua keputusan setakat hari ini adalah negatif. Pantai Hospital Laguna Merbok terus merujuk kes ini dengan segera dan sewajarnya menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kini, pesakit itu sedang menerima rawatan selanjutnya di Hospital Sultanah Bahiyah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pantai Hospital Laguna Merbok, Puan Tio Bee Chan, bagi menangani penularan wabak dan langkah kawalan tambahan, pihak hospital telah mengambil keputusan untuk menutup premisnya pada 22 dan 23 Mac.
Kesemua perkhidmatan klinikal akan beroperasi semula pada Selasa, 24 Mac 2020. Sejak Januari 2020, Pantai Hospital Laguna Merbok telah melaksanakan langkah-langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19, termasuk menghadkan pintu masuk ke hospital dan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kesemua staf dan pelawat yang datang ke hospital.
Di samping itu, pihak hospital telah mengambil inisiatif untuk menyekat pelawat, waktu melawat dan melaksanakan arahan menjarakkan kontak sesama staf. Pihak hospital ini menggesa semua pelawat untuk melakukan ujian saringan Covid-19 untuk membendung penyebaran Covid-19. Ini termasuklah mengamalkan kebersihan diri yang baik dan menyediakan perkongsian lengkap dan tepat semasa proses saringan dilakukan.
So korang penulis nasihatkan tolong la jangan mementingkan diri jika rasa diri mungkin dijangkiti Covid-19. Jangan membahaya nyawa disekeliling korang.
Selalunya pemain bola sepak dikaitkan dengan barangan premium dan mahal yang tak mampu kita miliki. Tapi sekarang korang boleh mempunyai bau badan seperti pemain kelab bola sepak Juventus dengan wangian…
DASHING!
Ya, jenama penjagaan peribadi lelaki Malaysia itu baru saja menandatangani kontrak bersama Juventus yang merupakan salah satu kelab bola sepak Eropah terunggul. Juventus juga merupakan kelab yang disertai oleh Cristiano Ronaldo sejak Julai 2018.
Tapi mengapa Dashing memilih untuk berkolaborasi dengan Juventus?
Menurut mereka, bola sepak merupakan sebahagian besar daripada kehidupan lelaki (ahem dan perempuan) di Malaysia. Ia bukan je sekadar sukan semata, tetapi adalah gaya hidup yang mampu menyatukan rakyat seperti di negara kita..
Malah, setiap pemain Juventus sendiri melambangkan semangat kesepasukanan dan saling menyokong antara satu sama lain. Itulah kualiti sama yang ada dalam diri lelaki Dashing.
Jadi setelah 25 tahun di pasaran, Dashing kini juga digunakan oleh para pemain Juventus sebagai produk penjagaan peribadi mereka. Why not korang pun cuba, kan?
Bukan saja korang boleh membeli produk yang sama dipakai oleh para pemain seperti semburan wangian, deodoran, sabun mandian dan penjagaan rambut.
Malah, Dashing menerusi syarikat pengedarannya, Wipro Unza Malaysia juga sedang merancang untuk mengeluarkan koleksi edisi terhad yang disertakan bersama jersi rasmi hitam-putih pasukan Juventus di kedai-kedai seluruh negara!
Menerusi tawaran tersebut, korang juga boleh menyertai peraduan bersama Dashing-Juventus untuk memenangi peluang ke bandar Turin, Itali di mana 6 orang pemenang bertuah akan dibawa menyaksikan pasukan Juventus bermain di stadium rasmi mereka iaitu di Stadium Allianz.
Jangan terkejut para beauty enthusiast, terbaru jenama kosmetik popular dengan penangan highlighter dan membuatkan ramai jadi taksub berkongsi berita penutupan di media sosialnya!
Berita tentang penutup jenama besar bukan satu benda yang asing lagi di zaman pandemik COVID-19 ini.
Memberi kenyataan di Instagram, Becca Cosmetics menjelaskan bagaimana pandemik ini memberi kesan kepada mereka dan nekad menamatkan jenama pada September ini.
“Di Becca, kami turut menerima impak global Covid-19, dan kami harus membuat keputusan yang memilukan untuk menutup jenama Becca pada akhir Septemer 2021.
Produk pilihan warna yang lebih tan membuatkan ramai pengguna taksub dan mahukan efek glowing seperti dicium matahari.
Untuk info, kosmetik BECCA ini ditubuhkan di Perth, Australia pada tahun 2001 oleh jurusolek Rebecca Morrice Williams. Label ini sering didapati melalui kedai-kedai Sephora seluruh Malaysia , dan BECCA Shimmering Skin Perfector® di bawah naungan Champagne Pop merupakan produk paling laku dan favourite ramai. Namun, jenama ini kemudian diambil alih oleh Estée Lauder pada tahun 2016.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!