Baru-baru ini, jaguh muda Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila memberi teguran jujur di media sosial yang sarat emosi dan penuh makna selepas beliau terpaksa akur dengan kekalahan di tangan petarung Colombia-Amerika, Diego Paez.
Menerusi perkongsian di Instagram, atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dengan lantang menyuarakan perasaan kecewa beliau bukan hanya dengan kekalahan berkenaan, tetapi juga dengan sikap segelintir rakyat Malaysia sendiri yang hanya berani mengecam selepas atlet tersebut tewas dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu.
“Kepada pembenci saya yang dari Malaysia, sebab korang lah negara kita tak boleh sampai ke tahap seterusnya”
“Korang jangan harap lah nak buat saya koyak dengan komen-komen korang. Malu dengan mentaliti sampah orang kita sendiri,” tulisnya menerusi perkongsian gambar yang sama.
Menurut atlet yang kini berusia 21 tahun itu, beliau bertarung bukan semata-mata untuk nama sendiri. Malah, setiap langkahnya di gelanggang adalah pengorbanan untuk negara tercinta.
“Sejak umur 18, saya mengorbankan nyawa atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi saya bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit. Modal pun keluar sendiri sebab nak pastikan persediaan tip top, tapi untuk apa?,” ujarnya kesal.
Pada masa yang sama, Jojo turut menyentuh beberapa pengorbanan keluarganya yang berbakti kepada negara, bermula dari datuknya seorang bekas tentera ternama sehingga bapanya yang berkhidmat sebagai anggota polis selama 25 tahun.
Ads
“Datuk saya, Tan Sri Ghazali Che mat mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ini. Bapa pula berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun demi negara ini. Adik-beradik saya semua wakil Malaysia di peringkat yang tertinggi, tapi untuk apa?”
“Masa saya dekat atas bukan main, masa saya jatuh. Keluar perangai sebenar rakyat kita,” katanya yang menjelaskan sifat semangat patriotik segelintir peminat sukan seolah-olah terhenti apabila beliau tersungkur, berbanding ketika dirinya berada di kemuncak.
Ads
Tidak dinafikan, bintang muda ini sering mendapat perhatian dan dikecam kerana personalitinya yang berani dan lantang. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak gentar untuk terus berdiri buat dirinya dan juga penyokong sejati.
“Korang cakap lah apa korang nak cakap, saya berlagak la, kejar glamour la apa la. Tapi korang jangan lupa, disebabkan usaha saya mengejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour,” jelasnya lagi.
“Bermula dari sekarang, saya hanya mementingkan diri sendiri dan orang yang betul-betul menyokong,” tambahnya.
Ads
Sementara itu, Jojo juga sempat menitipkan pesanan agar rakyat Malaysia dan penyokong sukan negara untuk mengubah mentaliti masing-masing dalam menerima setiap kekalahan dan juga kemenangan yang diraih oleh setiap wakil negara.
Selain itu, beliau juga menganggap kekalahan ini bukan penamat, malah ia menjadi permulaan babak baharu buat dirinya.
Walau apa pun yang berlaku, semangat yang ditunjukkan oleh Johan Jojo Ghazali ini wajar dihargai. Di sebalik kritikannya, ada mesej penting tentang betapa sukarnya menjadi pejuang muda di tanah air sendiri, di mana beliau bukan sekadar berlawan di gelanggang, tetapi juga persepsi dan mentaliti sesama sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, mengumumkan bakal bekerjasama dengan personaliti TikTok yang semakin popular, Kak Cik Yah, untuk mencipta kandungan masakan di media sosial.
Menerusi laporan media tempatan, Khairul Aming meluahkan rasa teruja untuk berkolaborasi dengan Kak Cik Yah selepas perayaan Aidilfitri nanti.
“Pertama sekali, terima kasih Kak Cik Yah. Video Kak Cik Yah sangat comel, kolaborasi of course!
“Saya sangat happy dan teruja kalau Kak Cik Yah nak berkolaborasi tapi mungkin kita buat lepas Raya,” katanya.
kredit: Bernama
Apa yang lebih menarik, Khairul juga memuji semangat dan kreativiti pempengaruh berusia 75 tahun itu, dalam menghasilkan kandungan meskipun menggunakan teknologi sederhana.
“Kak Cik Yah adalah bukti bahawa kandungan media sosial boleh dihasilkan tanpa mengira usia atau menggunakan teknologi canggih,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggemar makanan laut, selalunya sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk menikmati kelazatan hidangan laut disukai. Bagi mereka, kesegaran setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Makanan laut yang digemari ramai selain ikan, udang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu. Lagi-lagi orang Malaysia memang power bab makanan ni!
Foto via pexels
Namun, awas ya!
Baru-baru ini seorang bekas personaliti TV, Hazeman Huzir berkongsi mengenai kewujudan plastik yang terdapat di dalam perut ikan dan meminta orang ramai supaya berhati-hati. Lagi-lagi jika korang pengemar makanan laut.
Hati-hati makan ikan. Ikan sekarang ada plastik dalam perut.
Menurut Haze, hal ini itu berpunca daripada sampah plastik yang dibuang ke dalam laut sehingga menyebabkan pencemaran laut. Kemudian, sampah plastik itu dimakan ikan dan hidupan laut. Sekaligus masuk ke dalam badan hidupan tersebut.
“Sebab sampah dalam ikan yang kita makan tu affect sistem pembiakan manusia dan imun,” katanya.
Untuk info, Mikroplastik adalah istilah yang menggambarkan serpihan plastik yang tersebar di lautan dan plastik ini berkemungkinan akan dimakan oleh organisma laut. Mikroplastik juga merupakan bahan sintetik dengan kandungan polimer yang tinggi dan tidak dapat dihancurkan.
Sumber: Twitter
“Termanya microplastic. Puncanya sampah yang kita buang dalam laut tu dia pecah, ikan makan. Dan serap dalam badan ikan.”
Pencemaran mikroplastik dikesan menjadi ancaman kepada manusia yang memasuki sistem rantaian makanan melalui ikan termasuk di Malaysia.
Sebelum ini, menurut laporan Sinar Harian, isu pencemaran mikroplastik ini akan menyebabkan manusia terus menerus memakan plastik daripada ikan jika tidak ditangani segera.
“Pada Oktober 2018 kajian saintis antarabangsa temui mikroplastik dalam najis manusia, jadi kita jalankan kajian awal.
Tiada kesedaran sivik dan sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin boleh mengundang ancaman buat bumi kita. Perkongsian itu mendapat respon dalam kalangan netizen yang turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter @hazemanhuzir, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sama seperti rumah, kereta juga merupakan keperluan asas masa sekarang. Yelah macam mana nak pergi kerja kalau tak ada kenderaan kan. Tapi nak beli kereta baru mesti ada backup simpanan, lagi-lagi untuk mereka yang baru saja nak mulakan kerjaya.
Bukan setakat down payment je, kos penyelenggaraan, insurans, road tax dan kos minyak juga perlu diambil kira. Semuanya nak kena pakai duit, lagi-lagi di musim pandemik dan ekonomi tidak menentu ini.
Baca perkongsian dari Perunding Pengurusan Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad dalam facebooknya mengenai lapan perkara penting yang perlu korang buat apabila gagal untuk teruskan pembayaran kereta. Jom ikuti perkongsian ini.
TIPS BILA GAGAL BAYAR KERETA
Sumber : Azizul Azli Ahmad
1. Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis.
2. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab kena berhenti kerja atau terlebih gaya.
Jangan lakukan ini kawan:
Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.
Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.
Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.
Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.
Report kereta hilang atau kena curi.
3. Jika dah masuk bulan ketiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank.
4. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual mekap mercuri dan tuntut kembali.
5. Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada.
6. Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:
Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
Pada hari cuti umum.
Selepas jam 9 malam.
7. Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
8. Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta.
Biar malu guna kereta lama, dari malu satu Malaysia bayar kereta dengan Baygon sahaja.
Azizul Azli Ahmad
#ShareJerKawan
#JanganBeliKeretaYangSalah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!