“Dia Mula Update Status Tentang Akhirat..” Suasana Pilu Iringi Pelajar Kolej Penerbangan Lemas

Share

 

Suasana di sekitar bilik mayat Hospital Hulu Terengganu bertukar pilu dek insiden lemas yang meragut nyawa seorang pelajar Kolej Penerbangan Admal Aviation College, semalam.

Dalam insiden yang berlaku di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di Hulu Terengganu itu, mangsa yang dikenali sebagai Faris Iskandar Mohd Radhi, 19 adalah sebahagian daripada sekumpula 13 orang pengunjung yang bermandi-manda di kawasan rekreasi itu.

Sedang mereka sedang berkelah dan bersuka-ria, dua daripada mereka berdepan dengan kejadian hampir lemas.

Menyedari keadaan itu, Faris bergegas menyelamatkan Mohd Thaqiff Harry Mohd Fadhil, 12 dan Mohd Fakhri Mohd Nor, 25.

Sumber : Twitter @_Han_IF

Namun, Faris sendiri bergelut ketika berada di tengah sungai setelah menyelamatkan mereka, lalu tenggelam dan hilang daripada penglihatan.

Mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota bomba dan penduduk kampung kira-kira pada jam 7.33 petang semalam sebelum dihantar ke bilik mayat di Hospital Hulu Terengganu.

Sumber : Twitter @_Han_IF

 


Suasana Pilu Di Bilik Mayat & Media Sosial

Rakan media di Astro Awani menemui bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin yang berkata dirinya redha apabila kematian anaknya itu adalah disebabkan menyelamatkan orang lain yang hampir lemas.

Dia menyedari ada perubahan sikap pada anak ketiga daripada lima beradik itu baru-baru ini, namun tidak mengambil pusing.

“Dia cuma banyak ‘update’ status di WhatsApp berkenaan akhirat. Dia juga banyak menegur kawan-kawannya tentang kepentingan hidup ini, tentang solat. Katanya masa kita tak lama.

“Saya perasan perubahan itu apabila saya baca statusnya. Mungkin kerana dia remaja kan, kita tak ambil pusing sangat,” kata beliau.

Tinjauan REMAJA di laman Twitter juga mendapat ramai warga net yang sedih akan kejadian yang berlaku.

Salah seorang sahabat Allahyarham Faris memohon agar orang ramai menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan kenalan rapat mangsa.

IKLAN