
Alhumaira bukan lagi satu jenama baharu dalam industri perniagaan berasaskan tudung di Malaysia.
Terkenal dengan kelembutan fabrik, warna-warna pastel menarik dan tentunya harga yang berpatutan, Alhumaira baru-baru ini kembali dengan koleksi khas Aidilfitri berjudul ‘Sally & Remy’ yang diilhamkan daripada kisah percintaan Tan Sri P. Ramlee dan biduanita negara, Saloma.
REMAJA berkesempatan untuk menemui pengasas jenama Ahumaira, Hani Elia Rousli dan duta Alhumaira yang juga merupakan pelakon yang kian menaik namanya, Qasrina Karim.

“Sebenarnya ini merupakan tahun keenam Qasrina bersama Alhumaira. Rezeki kami juga dapat bekerjasama dengan Qasrina. Kita berjumpa di Instagram dan pada waktu itu, dia masih belajar dan kita ‘melamarnya’ di sana untuk menjadi wajah Al-Humaira.”

“Qasrina ini orangnya.. mudah bekerjasama, mempunyai attitude yang cukup bagus. Sangat menepati masa dan berdisplin. Jadi mudah untuk kami memperolehi chemistry dengannya hingga sekarang,” jelas Hani.
Jika diperhatikan pada graf kerjaya seni Qasrina Karim, si cantik manis ini bermula sebagai seorang model dan kini lebih menonjol sebagai seorang pelakon seperti kemunculannya dalam drama hit sohor kini, Imam Instant Ustazah Scammer.
Bersyukur di atas catatan rezeki Ilahi yang menjadikan tahun 2023 sebagai tahun penapakannya secara lebih kukuh dalam industri seni, Qasrina menyifatkannya sebagai satu amanah yang perlu dipikulnya. Lebih popular, lebih banyak job, lebih kurang masa yang dimilikinya untuk diri sendiri serta keluarga.
“Tahun ini saya boleh nampak rezeki saya lebih banyak masuk dari segi lakonan dan modelling. Bagi saya, Alhamdulillah ini semuanya rezeki dan saya amat bersyukur di atasnya.”

“Kali pertama menjalani penggambaran bersama Alhumaira enam tahun lepas, pada waktu itu saya belum menjadi wajah rasmi Alhumaira pun tetapi saya sudah jatuh cinta dengan produk-produknya.
“Sebelum itu, saya pakai apa-apa jenis tudung. Tetapi apabila saya mencuba tudung Alhumaira, saya sudah tidak memakai tudung jenama lain.
“Dari situlah bermulanya perjalanan saya dengan Alhumaira dan saya jujurnya dapat melihat perkembangan Alhumaira dari segi bisnes serta rekaannya.
“Jika dahulu, Alhumaira bermula dengan rekaan pleats ringkas. Biarpun sudah enam tahun bersama mereka, saya perhatikan rekaannya mengikut trend tetapi masih bersifat malar segar. Ia akan sentiasa relevan dan itulah salah satu sebab saya gemarkannya.
“Mengenai koleksi khas Aidilfitri ‘Sally & Remy’ ini, classic songket will never go out of style. And there is a sense of elegance yang saya suka dan mudah disuaikan dengan pakaian berhari raya nanti,” simpul Qasrina.
*
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, koleksi khas Aidilfitri ‘Sally & Remy’ ini merupakan simbolik kepada penceritaan kisah cinta Tan Sri P Ramlee dan biduanita negara Saloma. Sebagai seorang ikon fesyen dan trendsetter di Tanah Malaya satu ketika dahulu, Al-Humaira memetik inspirasi daripada paten bunga-bungaan pada perincian cetakan serta embroidery pada pilihan hijab kali ini.

Koleksi ‘Sally & Remy’ ini membawakan tiga rekaan dengan motif berbeza yang menceritakan bait-bait lagu nyanyian pasangan lagenda seni hiburan itu menerusi simbolik bunga Melur serta corak songket.
Selain warna-warna pastel, Al-Humaira juga mempertaruhkan beberapa pilihan warna bold dan garang.
FOTO: Ihsan Alhumaira
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









Jika sudah amalkan rutin ini, tahniah! Korang berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit merengsa.
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.

