Inpirasi

“Dia Anak Autism Tapi Boleh Pikul Misi Besar” Ustaz Mad Kecil Kagum Keberanian Greta Thunberg, Titip Doa Hidayah

Share

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Bin Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Mad Kecil, mencuri perhatian masyarakat apabila mendoakan agar aktivis muda Greta Thunberg mendapat hidayah Allah selepas pendedahan peranannya sebagai antara individu terpenting di sebalik misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook miliknya, Ustaz Mad mengakui kagum dengan keupayaan Greta, gadis asal Sweden yang kini berusia 22 tahun itu. Meskipun menghidap Asperger, Greta mampu merangka strategi besar sehingga menyatukan 46 negara dalam pelayaran kemanusiaan tersebut.

“Dia antara mastermind dibelakang Global Sumud Flotilla. Otak dia bergeliga, strategi berlapis-lapis, sampai kita sendiri tak perasan apa dia rancang, tahu-tahu je hari ini BOOM jadi!” katanya.

BACA: Kementerian Luar Sahkan Rakyat Malaysia Misi GSF Selamat, Pulang Melalui Negara Ketiga

BACA: Aktivis Remaja Berani, Greta Thurnberg Turut Ditahan Dalam Misi Bantuan Ke Gaza

Ustaz Muhammad Abdullah atau Mad Kecil merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif di media sosial, kini ditahan tentera Israel.
Greta Thunberg yang merupakan individu terpenting di sebalik misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Pada masa yang sama, Ustaz Mad dalam catatannya turut mendoakan agar aktivis itu mendapat rahmat dan hidayah.

“Greta Thunberg! Semoga kamu mendapat hidayah dan lindungan Allah,” ujarnya lagi yang menzahirkan kekaguman terhadap keperibadian aktivis muda tersebut.

Menurut Ustaz Mad, walaupun Greta bukan seorang yang beragama Islam. Namun tindakannya membuktikan nilai kemanusiaan mampu mengatasi sempadan agama dan bangsa. 

“Dia bukan Muslim (moga dapat hidayah), dia cuma ada perikemanusiaan yang kebanyakan pemimpin-pemimpin negara tak miliki,” jelasnya.

Selain itu, beliau menjelaskan bagaimana Greta berjaya mengatur strategi berperingkat dengan bijak, termasuk menghantar beberapa pempengaruh serta media terlebih dahulu untuk menarik perhatian dunia terhadap isu berkenaan, sebelum menggerakkan kapal yang membawa doktor serta pasukan kemanusiaan profesional.

Sementara itu, Ustaz Mad juga menegaskan bahawa keberanian Greta sebagai seorang remaja autism yang sanggup memikul tanggungjawab besar adalah sesuatu yang luar biasa dan wajar dijadikan contoh oleh masyarakat global.

Sekadar info, Greta Thunberg sebelum ini lebih dikenali dengan perjuangan menentang perubahan iklim dunia. Namun, keterlibatannya dalam GSF memperlihatkan sisi lain perjuangannya yang menjangkau isu kemanusiaan sejagat.

Untuk pengetahuan, Ustaz Mad Kecil merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif di media sosial. Beliau terkenal dengan gaya bahasa santai namun sarat mesej dakwah serta motivasi dan sering menekankan kepentingan nilai kemanusiaan sejagat sambil mengajak masyarakat menzahirkan doa dan harapan baik kepada individu yang memperjuangkan kebaikan, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE