Dengan Sekali Lafaz, Imran Aqil Sah Bergelar Suami Kepada Dahlia Rizal

Share

Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil selamat bergelar suami kepada pempengaruh terkenal, Nur Dahlia Ahmad Rizal dengan sekali lafaz, malam tadi.

Bekas peserta Hero Remaja 2020 itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Nordin berwakil walikan bapa pengantin perempuan iaitu Ahmad Rizal.

Dalam majlis yang diadakan di Villa Istana
Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Menjengah pada hantaran di Instastory Dahlia, dia ada memuat naik sekeping gambar yang dilihat sedang erat berpegangan tangan bersama suami tercintanya itu.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.

SUMBER FOTO: TikTok Sepocen & Dahlia Rizal

IKLAN