Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Pelbagai aplikasi yang digunakan seperti Microsoft Teams, Zoom, dan juga whatsapp.
Namun, bagaimana pula dengan para pelajar yang sukar mendapat capaian Internet demi menyiapkan tugasan yang diberikan guru?
Seperti di Indonesia, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian kerana tiada akses Internet di kawasan kediaman.
Ads
Menurut Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet. Mereka perlu mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang berikan oleh tenaga pengajar.
Salah satunya Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.
“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.
Ads
Ketua kampung juga bapa kepada Alodia, Warisna berkata, sejak penularan wabak koronavirus (COVID-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah.
“Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan.
“Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun,” katanya.
Ads
Katanya, pelajar-pelajar di kampung itu juga terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu demi mendapat talian Internet.
Dalam perkembangan lain, seorang pensyarah Universitas Negeri Padang, Desri Nora berkongsi beberapa keping gambar pengorbanan para pelajarnya demi tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.
Bila tengok kes macam ni, rasa bersyukurnya kita yang duduk di Malaysia ni kan.
Tak dapat REMAJA nafikan, TWICE merupakan antara grup K-pop wanita yang paling popular di Korea dan dunia. Dianggotai oleh seramai 9 orang gadis cantik yang terdiri daripada Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chayoung dan our personal favourite, Tzuyu!
Tapi ada berita tidak baik buat peminat anggota kumpulan TWICE, apabila Tzuyu diarah kuarantin selepas pulang dari rumah ibu bapanya di Taiwan.
Melalui Allkpop, Tzuyu diarahkan pihak berkuasa Taiwan supaya melalui proses kuarantin selama 14 hari di kediamannya.
Tzuyu yang merupakan salah seorang daripada sembilan anggota kumpulan TWICE dilaporkan tiba di Taiwan pada 3 Mac.
Sementara itu, ibunya Huang Yen Ling pada masa sama memberitahu bahawa Tzuyu kecewa kerana tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah selama dua minggu.
“Tetapi kita perlu bekerjasama dengan dasar kuarantin kerajaan,” kata ibunya lagi.
Huang juga menyatakan bahawa anaknya menjadikan tempoh kuarantin itu umpama percutian yang diluang dengan aktiviti menonton filem serta bersenam di rumah.
Sebelum ini, Tzuyu menerima kritikan daripada rakyat China selepas dia mendermakan sebanyak AS$42,000 (kira-kira RM180,000) bagi mengekang penularan COVID-19 di Korea Selatan.
Namun, buah mulut yang memberi kritikan itu terhenti sebaik Tzuyu turut bertindak untuk menderma sebanyak AS$43,000 (RM180,000) kepada misi sukarelawan di China.
Rata-rata peminat Tzuyu memberikan kata-kata semangat di laman sosial.
Grup yang ditubuhkan sejak tahun 2015 ini dan popular dengan album ‘What Is Love?’ dan Tzuyu merupakan Maknae atau ahli paling muda TWICE yang berasal dari Taiwan ini mempunyai definisi kecantikan luar biasa.
Harapnya tiada apa la yang buruk berlaku pada Tzuyu dan cepat-cepat sihat seperti sediakala.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Kesihatan dalam sidang media hari ini mengesahkan punca kematian orang asli dari suku kaum Bateq di Kuala Koh, Gua Musang berpunca dari penularan jangkitan measles (demam campak).
Ia menjawap isu penyakit misteri yang tiba-tiba timbul termasuklah jangkitan kuman di saluran pernafasan akibat perlombongan bijih besi di kawasan terbabit. Malah kampung orang asli ini turut menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk datang ketika isu ini heboh diperkatakan media.
Masyarakat orang asli dari suku kaum Bateq menjadi tumpuan berikutan berlaku 14 kematian hingga menggemparkan negaraAir sungai yang didakwa tercemar turut disahkan selamat dan tiada kaitan dengan perlombongan bijih besi di kawasan terbabit
Ditambah 14 kematian orang asli dari kaum Bateq, Kuala Koh Gua Musang termasuk kubur-kubur lama digali semula untuk mencari punca kematian.
Berikut merupakan kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI TERKINI KLUSTER JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN DI KALANGAN KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG KUALA KOH, GUA MUSANG, KELANTAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan situasi terkini kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan di kalangan Orang Asli yang berkaitan dengan Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang telah dilaporkan sejak 3 Jun 2019.
Sehingga 15 Jun 2019, sebanyak 112 kes termasuk dua (2) kematian telah dilaporkan kepada KKM. Komuniti Orang Asli ini mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selsema dan beberapa kes mengalami gejala mata merah.
Daripada jumlah tersebut, seramai 52 kes masih dirawat di hospital iaitu 48 kes di wad biasa dan empat (4) kes di Unit Rawatan Rapi. Sebanyak 19 kes dengan gejala ringan berada di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang dan 39 kes telah dibenarkan pulang. Seramai 170 dari 185 (92%) penduduk Kampung Kuala Koh telahditemui dan diperiksa status kesihatan mereka.
Sehingga 15 Jun 2019, 37 kes telah disahkan measles melalui ujian makmal. Keputusan ujian-ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, melioidosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif.
Berdasarkan daripada keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang AsliKampung Kuala Koh ini ialah wabak measles (demam campak).
Hidup berpindah randah antara punca suntikan vaksin tidak dapat disempurnakan di kalangan orang asli di Kuala Koh ini
Faktor penyumbang kepada penularan jangkitan measles dalam komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh ini adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5% bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-MumpsRubella (MMR) dan 30% bagi suntikan dos kedua.
Pasukan kesihatan sukaruntuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum ini yang kerap berpindah randah. Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi.
Sejumlah 14 kematian telah dilaporkan berlaku, namun hanya dua (2) kes terakhir telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat yang pertama, punca kematian dilaporkan sebagai pneumonia (radang paru-paru).
Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan dibantu oleh Pasukan Perubatan Forensik KKM telah berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga jam 6.40 petang semalam dan telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian.
Measles adalah jangkitan virus measles yang amat mudah merebak. Satu kes measles boleh menularkan jangkitan kepada 12 – 18 individu lain. Jangkitan menular melalui titisan cecair pernafasan di udara dan sentuhan langsung dengan cecair pernafasan daripada orang yang dijangkiti. Measles boleh dicegah dengan imunisasi. Vaksin MMR diberikan sebanyak dua dos kepada bayi berumur 9 bulan dan 12 bulan.
Gejala penyakit measles adalah demam dengan batuk, selesema atau mata merah (konjunktivitis), diikuti dengan ruam selepas beberapa hari. Komplikasi jangkitan measles berlaku terutama kepada bayi, kanak-kanak, serta individu yang mengalami kekurangan zat makanan dan tahap imuniti yang rendah. Komplikasi measles termasuk pneumonia, cirit-birit, keradangan otak (encephalitis), otitis media dan kematian. Kadar kematian kes measles (case fatality rate) lazimnya kurang dari 1%, namun boleh setinggi 3-6% sekiranya mengalami kekurangan zat makanan.
Tindakan pencegahan dan kawalan wabak telah dijalankan dan masih diteruskan, termasuk:
1. Carian kes secara aktif di perkampungan Orang Asli ini dan di perkampungan sekitar berdasarkan pergerakan mereka sebelum ini;
2. Memberi vitamin A kepada semua kanak-kanak bagi kes Measles yang dirawat, bertujuan meningkatkan sistem imuniti memandangkan
mereka mengalami masalah kekurangan zat makanan;
3. Menjalankan aktiviti imunisasi kepada semua penduduk Orang Asli di lokasi terlibat;
4. Pendidikan kesihatan kepada penduduk, termasuk sesi kaunseling bagi mengurangkan tekanan dan keresahan; dan
5. Mempertingkatkan Infection Prevention Control (IPC) di fasiliti kesihatan dan sentiasa mengamalkan penggunaan alat perlindungan diri (Personal Protective Equipment) yang bersesuaian.
KKM turut mengarahkan negeri-negeri lain untuk mempertingkatkan survelan jangkitan measles serta meningkatkan liputan imunisasi di kalangan komuniti
Orang Asli di negeri masing-masing. Pihak negeri hendaklah memaklumkan segera kepada KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan sekiranya terdapat kluster kes dan/atau kematian yang mempunyai gejala yang sama.
Pihak Polis Di Raja Malaysia terus memantau dan mengawal kemasukan orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain dari memasuki ke kawasan Kampung Kuala Koh yang terlibat bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan.
Kolaborasi antara pelbagai agensi amat penting untuk memastikan kejadian wabak penyakit seperti ini tidak berulang. Keadaan persekitaran tempat tinggal
yang bersih termasuk bekalan air yang selamat dan sumber bekalan makanan yang mencukupi perlu dipertingkatkan dengan segera. KKM komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada Orang Asli di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Malaysia
17 Jun 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini kenderaan persendirian tidak dibenarkan menggelapkan cermin melebihi had ditetapkan terutama di bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi memudahkan pemeriksaan apabila ditahan pihak berkuasa. Namun sejak beberapa bulan lalu wujud cadangan memberikan kebenaran cermin gelap secara keseluruhan bagi kenderaan persendirian.
Bila isu ini timbul wujud pro dan kontra di mana Polis Di Raja Malaysia pernah menyuarakan pandangan tidak bersetuju kerana tugas membuat pemeriksaan kenderaan khususnya penjenayah menjadi agak sukar. Dan satu pertanyaan pasti timbul, adakah kadar jenayah akan meningkat kerana pihak berkuasa tempatan akan lebih sukar mengesan penjenayah yang berada dalam keadaan mencurigakan?
Mulai esok kenderaan persendirian dibenarkan tinted sepenuhnya
Namun hari ini, Kementerian Pengangkutan membenarkan membenarkan penggunaan cermin gelap untuk bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian di seluruh negara berkuat kuasa esok.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.
“Kadar ketelusan cahaya pada bahagian cermin depan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.
“Namun, mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap bagi kedua-dua cermin terbabit atas faktor keselamatan dan kesihatan,” katanya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pindaan peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan motor di lobi Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Peraturan sebelum ini menetapkan kadar gelap Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan ialah cermin hadapan sebanyak 70 peratus, cermin sisi hadapan (50 peratus) serta cermin penumpang dan belakang (30 peratus).
Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, permohonan yang diluluskan untuk tujuan menggelapkan cermin kenderaan sepenuhnya akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi setiap kenderaan untuk tempoh dua tahun.
Menurutnya, sebelum itu, pemilik kenderaan perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan.
“Permohonan di atas faktor kesihatan pula akan dikecualikan daripada bayaran fi namun perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan.
“Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap perlu memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya” katanya.
Sementara itu, Siew Fook berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari sekarang.
“Sebarang permohonan pengecualian boleh dikemukan mulai tarikh kuat kuasa pindaan kaedah ini,” katanya.
Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pindaan peraturan penggunaan cermin gelap itu antara lain bertujuan meningkatkan hasil kerajaan menerusi bayaran fi permohonan dan pemprosesan yang dikenakan. – Sumber : K! ONLINE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...