Nama Sir David Beckham sekali lagi mencipta sejarah, tetapi kali ini bukan di atas padang bola sepak. Bekas kapten England itu dilaporkan menjadi ahli sukan Britain pertama bergelar bilionair selepas nilai kekayaan beliau bersama isterinya, Victoria Beckham, melonjak kepada anggaran £1.185 bilion.
Menurut laporan Sunday Times Rich List, pasangan terkenal itu kini berada di kedudukan kedua dalam senarai individu terkaya dalam dunia sukan di United Kingdom. Kekayaan mereka meningkat dengan ketara berbanding tahun sebelumnya apabila nilai mereka dianggarkan sekitar £500 juta pada 2025.
Peningkatan besar ini dikaitkan dengan pelbagai pelaburan bijak pasangan tersebut dalam bidang bola sepak, makanan dan minuman, hartanah, fesyen serta beauty business.
David Beckham Bina Empayar Perniagaan Global
David Beckham bukan lagi sekadar legenda bola sepak dunia. Selepas bersara daripada sukan profesional, beliau berjaya membina empayar perniagaan kukuh melalui endorsement, pelaburan strategik dan penglibatan aktif dalam industri sukan moden.
Antara penyumbang terbesar kepada peningkatan kekayaan David Beckham ialah pemilikannya dalam kelab bola sepak Amerika Syarikat, Inter Miami CF. Kelab itu semakin mendapat perhatian dunia selepas berjaya menarik beberapa nama besar ke Major League Soccer.
Ads
Selain itu, jenama peribadi David Beckham masih mempunyai pengaruh besar dalam industri fesyen, gaya hidup dan komersial. Walaupun sudah lama meninggalkan bola sepak profesional, popularitinya masih kekal kukuh di peringkat global.
Victoria Beckham pula terus mengembangkan jenama fesyen dan kecantikannya sendiri. Walaupun perniagaannya pernah berdepan cabaran sebelum ini, jenama tersebut masih menjadi sebahagian penting dalam nilai keseluruhan empayar Beckham.
Antara Individu Sukan Terkaya Britain
Ads
Dalam senarai tersebut, David dan Victoria Beckham berada di kedudukan kedua selepas tokoh Formula 1, Bernie Ecclestone dan keluarganya, yang dianggarkan memiliki kekayaan sekitar £2 bilion.
Pasangan Beckham turut mengatasi beberapa nama besar lain dalam dunia sukan termasuk Barry Hearn dan Eddie Hearn, pengasas Gymshark Ben Francis serta juara Formula 1, Sir Lewis Hamilton.
Pencapaian David Beckham ini membuktikan bahawa legasi seorang atlet tidak semestinya berakhir selepas bersara. Daripada pemain bola sepak berbakat kepada ikon global bernilai lebih £1 bilion, Beckham kini menjadi simbol kejayaan dalam dunia sukan dan perniagaan moden.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada apa ya dengan orang yang namanya bermula dengan huruf F ini?
Setelah tiga bulan menyembunyikan identiti anak mereka atas keputusan peribadi, Fattah Amin & Nur Fazura mengambil tarikh istimewa 1 Disember 2021 ini untuk berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya buat kali pertama di media sosial.
Dua foto yang telah dimuat naik oleh Fazura pada tengah malam tadi dan pagi ini telah mengesahkan tekaan peminat betapa comelnya wajah Fatima yang berada dalam pangkuannya itu.
Muat naik tersebut telah mendapat respon hangat di kalangan selebriti apa apabila masing-masing menyampaikan rasa teruja di ruangan komen. Netizen pula jelas merasakan wajah Fatima buat masa ini menyamai wajah Fattah yang calm, cool & collected.
Karakter Insan Berhuruf F
Apapun, penulis pasti karakter Fatima akan mirip karakter peribadi Fattah & Fazura. Kata orang, insan yang namanya bermula dengan huruf F ini adalab seorang yang idealistik dan romantis.
Dia akan mencari pasangan terbaik yang dapat dia temukan dan setelah tercapai hasratnya itu, dia akan kekal setia.
Insan berhuruf F ini juga yakin dengan kecantikan dan rupa paras yang dimilikinya. Lihat beberapa lagi karakter mereka di bawah:
1 Suka menyenangkan hati orang lain.
2 Bermurah hati
3 Energetik pada masa yang tepat, ceria dan mudah berkawan.
4 Mampu menerima pendapat orang lain walaupun ia mungkin bertentangan dengan pendapatnya.
5 Suka mengajak orang lain untuk positifkan diri.
6 Manja dan suka merajuk.
7 Seorang yang bersifat kental dengan fighting spirit demi perkara yang dipercayai olehnya.
Kalau korang pernah tengok siri ‘Friends’ pasti korang kenal pelakon Gunther yang membawa watak sebagai pelayan di kafe Central Perk. Wataknya yang selamba dan lucu, dan juga meminati Rachel di dalam siri ‘Friends’ tersebut dibawa oleh aktor James Michael Tyler yang kini berusia 59 tahun.
Sumber: BBC
Tyler mengumumkan tentang keadaannya yang kini sedang menghidapi barah prostat tahap 4. Dia memberitahu khabar tersebut ketika ditemubual didalam sebuah rancangan bersama NBC iaitu Today Show pada Isnin.
Beliau juga memberitahu yang beliau menghidapi penyakit barah prostat ini sejak September 2018 lagi, dan ianya telah merebak ke tulang belakangnya. Menurutnya lagi, para doktor telah mengesan penyakit itu padanya sejak beliau berusia 56 tahun lagi. Sejurus selepas itu, beliau telah diberikan rawatan hormon.
Tyler juga memberitahu yang barah berkenaan telah menjadi lebih agresif pada peringkat awal virus COVID-19 melanda dunia, dan ianya kini telah merebak keseluruh tulang belakang nya juga. Ketika ini, dia tidak mampu lagi untuk berjalan.
Ketika reunion siri ‘Friends’ berlangsung pada bulan lepas, Tyler muncul seketika melalui aplikasi Zoom. Siri khas reunion itu disiar melalui HBO Max, dibintangi oleh pelakon utama sitkom tersebut iaitu Courteney Cox, Jennifer Aniston, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, dan Matthew Perry.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bilik tidur bukan sekadar tempat untuk melelapkan mata, tapi bagi anak-anak muda ia adalah sebuah ‘syurga’ kerana inilah satu-satunya port untuk mereka melarikan diri daripada dunia luar.
Tidak semua orang suka menghabiskan masa di shopping kompleks atau pun kafe hipster, kerana ada yang memang lebih suka duduk rumah dan hanya memerapkan diri dalam bilik sama ada menonton tv, baca buku atau tidur sepanjang hari.
Kalau dah bilik jadi tempat seharian untuk melepak, mestilah korang nak deko dengan hiasan yang trendy dan bergaya kan?
Kami nak kongsi kan 10 idea bilik tidur yang mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menghias bilik tidur korang nanti.
Ada orang suka kan bilik yang sarat tetapi masih lagi kemas dan selesaSempoi je guna palette kayu untuk letak tilam dan selebihnya dibuat seperti rak bukuKemas dan tak sarat dengan hiasan mahu pun aksesori-aksesori lainNak jimat space, guna dinding untuk jadikan rak bukuOrang-orang seni mungkin suka dengan idea bilik tidur ni. Hehe..Nak nampak lain sikit, gantung mentol macam tu okay?Untuk mereka yang suka tidur dengan bantal yang banyakTak perlu risau kalau lupa formula yang cikgu bagi, tulis je dekat papan hitam tu. Hiks!Remaja dan muzik memang tak dapat dipisahkanTema black & white. Simple tapi tetap menarik perhatian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan sekadar bergandingan di hadapan kamera, malah hubungan mesra antara pelakon senior dan pendatang baharu turut mencuri perhatian ramai.
Pelakon terkenal, Fasha Sandha baru-baru ini...