Dato’ Sri Rossa Bakal Berkolaborasi Dengan Super Junior?

Share

Berita baik buat penggemar Ipop dan Kpop, Indonesia dan Korea bergabung dengan kolaborasi antara Dato’ Sri Rossa dan Super Junior! Yes, jangan terkejut dengan berita ini, kolaborasi antara dua negara dan dua agensi iaitu SM Entertainment dan Trans Media bersama CT Group selaku syarikat induk yang menjaga ratu pop Indonesia itu bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Menerusi Instagram Leeteuk (Ahli Super Junior) dia memuat naik gambar antara dirinya dan Rossa bersama bos besar SM Entertainment Lee So Man dan beberapa individu dari Indonesia. Masing-masing menunjukkan aksi “mini love” dalam gambar yang dimuat naik malam tadi dengan hashtag #Nantikankami !

Super Junior merupakan antara grup k-Pop yang menaikkan industri kpop ke mata dunia. Popular dengan lagu Sorry Sorry dan Bonamana, kumpulan generasi kedua K-Pop ini kini lebih kerap tampil dengan muzik bercirikan Latin pop dengan kolaborasi bersama artis negara tersebut.

Menurut sumber Coconuts.co, awal bulan lalu, SM Entertainment telah membuka cawangan pertama di Selatan Indonesia yang terletak di fX Sudirman Mall. Dijangkakan lagu duet antara dua negara ini akan dilancarkan pertengahan tahun ini sekaligus, menjadikan Rossa selebriti Indonesia pertama yang berkolaborasi dengan artis K-Pop.

Rasa-rasa ada peluang tak nak tengok Dato’ Sri Rossa menari kpop? REMAJA tak sabar nak tunggu.

 

IKLAN