Dana untuk kutipan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak terkecuali untuk menghulurkan bantuan dan mencari inisiatif, dimana beliau akan melakukan YouTube Live untuk kutipan dana PKP.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Secara ringkasnya, dana ini dinamakan sebagai Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Objektif misi ini dibahagikan mengikut kategori iaitu:
Ads
1. PEDULI: Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.
Pihak SNP mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.
Ads
Bagaimana misi ini akan dilakukan?
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.
Korang boleh menderma dengan cara membuat imbasan QR Code dan Dato’ Siti akan menghiburkan korang dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.
Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh klik link di BIO dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’.
Ads
Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ’n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.
Okay la tu, sambil berhibur korang boleh beramal kan? Diharap usaha ini dapat memberi peluang juga kepada masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Bukan apa, kadang-kadang niat membantu tu memang ada tapi kita tak tahu nak salurkan ke mana. Jadi, usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza ini boleh menjadi platform untuk kita sama-sama berkhidmat pada masyarakat.
Jangan lupa saksikan YouTube Live Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad ini, 19 April 2020 jam 2.30 hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan telah pun mengumumkan pelaksanaan i-Citra sebagai Bantuan Khas COVID-19 untuk individu yang terkesan dengan PKP 3.0 ini mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Permohonan telah pun dibuka hari ini (12 Julai 2021) hingga 30 September ini.
Pemohon boleh memohon i-Citra dengan jumlah maksimum pengeluaran sebanyak RM5,000 bergantung kepada baki akaun pemohon.
Berikut kami kongsikan cara-cara untuk korang memohon i-Citra.
1. Layari laman web icitra.kwsp.gov.my
2. Pilih Permohonan
3. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
4. Sahkan identity korang melalui Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
5. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN jika setuju dengan jumlah yang dipaparkan
6. Semak JADUAL BAYARAN yang dipaparkan dibawah
7. Klik pada butang yang ditunjukkan jika korang ingin mengurangkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
8. Gerakkan penunjuk untuk memilih AMAUN PILIHAN PENGELUARAN yang dikehendaki
9. Klik TERUSKAN
10. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
11. Lengkapkan Nombor Akaun Bank dan kaji selidik. Klik TERUSKAN
12. Semak MAKLUMAT PEMOHON dan JADUAL BAYARAN
13. Tandakan pada kotak PENGESAHAN dan kotak ‘Saya bukan robot’. Klik TERUSKAN
14. Permohonan korang diterima dan akan diproses
15. Korang dinasihatkan untuk menyimpan rekod permohonan sebagai rujukan dengan menekan CETAK & SIMPAN REKOD PERMOHONAN
Diharap dengan pengeluaran wang simpanan KWSP ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu yang terkesan teruk sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.
Setelah berdepan dengan isu yang tular di media sosial pada minggu ini, usahawan dan ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Mohamed serta syarikat kendaliannya telah menarik balik permohonan penjenamaan produk Daging Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Beliau berkata sedemikian menerusi satu sidang media ringkas yang diadakan secara virtual sebentar tadi.
Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen
“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya (memohon hak penjenamaan) itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.
“Saya memohon maaf dan sedar kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan. Saya juga berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” jelas beliau.
Tambahnya, beliau tidak sesekali berniat untuk menutup periuk nasih sesiapa terutamanya peniaga produk daging Harimau Menangis ataupun produk yang seakan dengannya.
Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen
Terdahulu, warganet terutamanya di Facebook dan Twitter bertindak menyelar tindakan Datin Noor Kartini termasuklah ahli keluarganya yang lain selepas video di mana beliau dan anaknya, Ameera Khan berbual mengenai perihal mempatenkan produk Daging Harimau Menangis tular.
Tambah memburukkan keadaan apabila tangkap layar permohonan syarikatnya di MyIPO tersebar lantas mengesahkan perbualan dua beranak itu.
Okaylah guys, tak perlulah lagi kita mencari ‘dosa kering’ dengan melontarkan cercaan. Isu ini telahpun selesai. Jika korang menyokong produk tersebut dan ingin merasainya sendiri, sokonglah dengan membelinya.
Jika tidak, lebih molek jika sebarang bentuk cercaan itu disimpan kepada diri sendiri saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan penularan wabak Covid-19 di negara kita sekarang sememangnya membimbangkan.
Umum sedia maklum bahawa salah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah disahkan positif Covid-19 semalam. Hal ini membuatkan ahli kabinet yang menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabtu lalu terpaksa menjalani kuarantin.
Jalani kuarantin kendiri
Selain daripada ahli kabinet, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut perlu menjalani kuarantin diri kerana menjadi kontak rapat kepada menteri tersebut.
Walau bagaimanapun, menerusi Astro Awani, Dr Noor Hisham memaklumkan akan terus melaporkan perkembangan semasa pandemik dari rumahnya.
Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa beliau telah mula menggunakan teknologi video untuk mesyuarat yang perlu dihadiri.
"Bergantung kepada pendedahan kita kepada risiko dan keadaan," katanya ketika ditanya mengenai jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah beliau jalani.
Untuk info, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!