Tidak dinafikan, pemasangan kamera ini mempunyai kelebihan kerana dapat merekodkan segala yang berlaku di atas jalan raya, termasuklah kes road bully.
Jika dulu, mungkin pemasangan dash cam ini agak mahal dan tidak semua mampu untuk memilikinya. Namun begitu, disebabkan permintaan yang tinggi, kini terdapat banyak jenis dash cam yang dijual dengan harga mampu milik.
Malah, korang boleh dapat dash cam terbaik dengan harga bawah RM150.
Berikut kami senaraikan antara 6 yang terbaik.
1. Dash Cam 4 dalam 1
.
Menawarkan 3 kamera termasuk kamera depan dan belakang untuk rakaman video penuh semasa memandu. Dilengkapi dengan kualiti definisi tinggi 1080p dan mampu berpusing sehingga 360 darjah.
Ia juga dilengkapi dengan ciri rakaman waktu malam untuk gambaran yang lebih jelas, terutamanya di kawasan yang gelap. Kamera ini kalis air dan menyokong penggunaan kad TF dan rakaman ulangan.
Harga: RM85-RM110
Ads
2. 3.0” Vehicle 1080p Car Dashboard DVR Camera
.
Dilengkapi dengan skrin 3 inci untuk melihat gambar dan video yang telah dirakamkan dengan jelas. Rakaman boleh dibuat sehingga 120 darjah untuk rakaman yang luas tanpa perlu mengubah kedudukan kamera.
Kualiti rakaman mempunyai resolusi tinggi iaitu 1080p untuk rakaman video yang lebih jelas. Ciri utama kamera ini adalah sensor gravity, pengesan pergerakan, mikrofon, anti-gegaran dan pengimbang warna automatik.
Harga: RM32.50-RM49.99
Ads
3. Touch Screen Camera Car Recorder
**pullquote**
.
Kalau korang tengah mencari sistem dash cam tanpa perlu pemasangan kamera tambahan, pilih touch screen dash cam ini. Ia dipasang pada cermin pandang belakang supaya tak perlu membeli kamera berasingan untuk kegunaan dash cam korang.
Satu kamera berfungsi untuk semua termasuklah kamera depan dan belakang. Mempunyai lensa bersaiz 12 megapiksel dan mampu mengelakkan daripada pantulan cahaya berlebihan dalam memberikan pandangan yang jelas. Sesuai digunakan untuk pemanduan siang dan malam.
Harga: RM67.90-RM109.90
Ads
4. Mayi-Lens Car Dash Cam HD Video Recorder
.
Menawarkan 3 lensa kamera termasuklah kamera dalaman, kamera hadapan dan kamera belakang. Skrin bersaiz 4 inci ini memberi kemudahan untuk korang menyemak semula rakaman gambar dan video yang telah dirakamkan semasa pemanduan.
Ianya akan dimatikan dan dihidupkan secara automatik selaras dengan enjin kereta. Jadi, korang tak perlu risau untuk mematikan atau menghidupkannya sebelum dan selepas memandu.
Harga: RM85
Pendek kata memang berbaloi sekiranya korang memasang dash cam di dalam kereta. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi nanti, so dengan ikthiar seperti ini harapnya dapatlah membantu jika berada dalam situasi yang merumitkan.
Tak salah kalau melabur wang sikit untuk kesenangan korang juga kan?
Lewat malam semalam, aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook tergendala di seluruh dunia dan ramai yang menganggap bahawa talian internet mereka yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat mengakses platform media sosial tersebut.
Masyarakat yang tinggal di benua Asia mungkin tidak terlalu terkesan (walaupun ramai yang ‘hilang arah. Hiks!) kerana ia berlaku lewat malam, tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi, seperti di Afrika, Eropah dan Amerika.
Agaknya apa yang berlaku ya?
Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan ‘backbone routers’ yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh.
Ia bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostic yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkain Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.
Difahamkan, dalam masa enam jam, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian sebanyak $7 billion atau lebih kurang RM29 billion.
Walau bagaimanapun, Facebook turut menjelaskan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang berlaku, khususnya kepada individu yang menggunakan platform mereka untuk urusan bisnes.
Kalau di Malaysia, WhatsApp, Instagram dan Facebook down, tidur awal la semua malam tadi ya? Hiks!
Selepas kematian George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis baru-baru ini, Amerika Syarikat digegarkan dengan insiden tunjuk perasaan besar-besaran bagi menunjukkan solidarity kematian beliau.
Tular di media sosial apabila banyak butik-butik mewah dipecah masuk dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil barangan daripada butik yang telah dirusuh.
Gambar hiasan
Apple Store tidak terkecuali daripada menjadi mangsa ‘rompakan’, apabila iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran kedai dan stok di dalam stor telah dicuri. Namun, apa yang mungkin tidak diketahui si ‘perompak’ ialah peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem akan menyahaktifkannya apabila ia dicuri.
Seorang individu yang dipercayai telah mengambil iPhone tersebut memuat naik gambar di media sosial dengan menunjukkan amaran yang dipaparkan untuk memulangkan semula dari lokasi ia dicuri serta peranti sedang dijejak oleh pihak berkuasa yang telah dihubungi.
Sistem GPS yang menjejak lokasi peranti boleh digunakan secara percuma dan disebabkan itu, peranti boleh dikesan dengan mudah oleh pihak Apple selagi ia dihidupkan. Semua peranti yang dicuri kini tidak lagi boleh digunakan dan hanya bernilai sebagai alat ganti haram.
Ha, dalam mimpi sahajalah mereka nak pakai iPhone secara percuma. Sudahlah tak boleh guna, tak pasal-pasal didakwa mencuri pula. Hiks!