Perlawanan akhir di antara Real Madrid dan Liverpool semalam merupakan salah satu perlawanan paling epik yang pernah disaksikan dan Twitter, setuju.
Bukan sahaja peminat sukan bola sepak seluruh dunia yang memastikan pendapat dan komen mereka didengari, malah kelab antarabangsa dan bekas pemain bola sepak terkenal juga tak ketinggalan memberikan respon kepada perlawanan di Kiev Ukraine tersebut.
Tahniah Kepada Real Madrid
Bixente Lizarazu: Bekas pemain Perancis untuk kelab Bayern Munich, Marseille dan Bordeaux.
“Sebagai jurulatih, Zinedine Zidane telah berjaya dalam saingan Liga Juara-Juara. 3 kali berturut-turut.. Crazy, just crazy.
FC Barcelona
Ian Wright: Bekas pemain bola sepak Inggeris untuk kelab Arsenal, West Ham United & Celtic.
Ads
Raphael Varane, Pemain bola sepak Perancis untuk kelab Real Madrid.
Phillip Lahm: Bekas pemain bola sepak Jerman untuk kelab Bayern Munich.
Emilio Butragueno: Bekas pemain Sepanyol untuk kelab Real Madrid dan Celaya.
“Satu lagi malam bersejarah. Tahniah Madrid!”
Michael Ballack: Bekas pemain Jerman untuk kelab Bayern Munich & Chelsea.
“Hanya yang kuat saja akan memikul tanggungjawab, dan mereka yang tidak pernah berada di posisi (Loris Karius) akan selalu menjauhkan diri daripada mengakui kesalahan mereka kerana mereka tidak memahami apa perasaan berada di padang. Many super brave wishes Loris.”
Dan Karius betul-betul mengakuinya.
Neville Southall: Bekas pemain bola sepak Wales.
Liverpool FC
Kelab SSC Napoli.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak keterlaluan jika REMAJA sifatkan tahun 2022 sebagai tahun paling meriah dengan lambakan lagu-lagu raya baharu. Bukan setakat golongan penyanyi yang menghangatkan lagi semangat untuk beraya, malah beberapa usahawan popular juga mengambil peluang untuk berkongsi lagu raya sehingga adalah yang mencetuskan kontroversi.
Ingatkan semua lagu raya 2022 telah diluncurkan untuk tontonan serta dilayan oleh rakyat Malaysia. Rupa-rupanya ada satu lagi yang bakal menemui kita semua pada jam 11 malam ini.
Ia tidak lain tidak bukan adalah buah tangan terbaru Dato Sri Vida yang bakal muncul dengan lagu raya keduanya, Muah Muah Raya selepas pernah memperkenalkan lagu raya berjudul Lavida Raya pada tahun 2018.
“Malam ini lepas Tarawih, lepas makan tengok lagu saya.
“Siap sedia, bakal bermain di fikiran uols pukul 11 malam. Muah Muah Raya. Muah Muah Salam Raya. Save the best for the last!” umum beliau sambil mengeluarkan dua hantaran teaser di akaun Instagram.
Seperkara lagi faktor yang menjadikan Muah Muah Raya hangat diperkatakan adalah kerana faktor solekan ‘berani’ Vida seperti yang pernah dilakukannya untuk teaser dan video muzik lagu terbarunya, Ku Ikhlaskan.
Kali ini, Vida memilih pembayang mata biru firus dengan solekan ekstra pada bahagian bawah mata bagi ilusi mata besar. Ditambah pula dengan penggunaan bulu mata palsu serta solekan bibir mengilau dek butiran batuan merah padanya, Vida memang tidak gentar dengan kecaman yang bakal menyinggah di media sosialnya.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati komen bercampur-baur dilontarkan oleh warganet mengenai lagu Muah Muah Raya ini termasuklah daripada selebriti tempatan.
Janna Nick secara berseloroh berkata, “(Ketawa) dia buat lagi.”
Manakala ada juga yang berpendapat agar Vida tidak meneruskan niatnya untuk meluncurkan lagu tersebut bagi, “Menghormati umat Islam yang sedang berpuasa sekarang. Hilang pahala aku puasa malam ini sebab sibuk kecam Vida.”
Komen @alanghaffis727 pula, “Dato elakkan kata-kata kesat netizen akhir-akhir Ramadhan… sambung lepas Raya boleh tak.” Manakala, @ct__dilan pula sinis berkata, “Orang lain buat lagu Raya, dia pun nak buat juga.”
Bukan Dato Seri Vidalah namanya kalau mudah terusik dan perasaannya terganggu dengan komen-komen nakal ini. Macam manalah agaknya lagu Muah Muah Raya ini ya?
“(Ini) bukan lagu yang meminta’ ni..!! !! (Ini) lagu yang boleh feel enjoy sakan satu keluarga,” catatnya lagi.
Sama-samalah kita nanti jam 11 malam ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seimbangkan karier sukan dan pembelajaran telah membawa penjaga gol Pahang, menggenggam ijazah sarjana muda baru-baru ini. Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi cabang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) itu juga penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC berjaya menamatkan pengajian.
Karier Bola Sepak Bukan Halangan Penjaga Gol Pahang Genggam Ijazah – “Pernah Rasa Nak Give Up…”
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya.
“Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa sebaliknya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan.
Dengan jadual latihan yang padat, perlawanan yang kerap, serta keperluan untuk menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan, dia mengakui perjalanan ini tidak mudah, namun komitmen dan disiplin tinggi telah membuahkan hasil.
Menurutnya, sokongan daripada keluarga, rakan sepasukan, serta pasukan pengurusan adalah kunci kejayaan ini.
Pemain tersebut juga berharap agar pengalamannya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak muda lain, agar tidak meninggalkan pelajaran walaupun mengejar impian dalam dunia sukan. “Sukan adalah sebahagian daripada kehidupan saya, tetapi pendidikan juga amat penting. Saya ingin membuktikan bahawa kita mampu menguasai kedua-duanya, asalkan ada keazaman dan pengurusan masa yang baik,” katanya dalam temubual.
Kejayaan penjaga gol Pahang ini bukan sahaja menunjukkan potensi untuk mengukir nama dalam dunia bola sepak tetapi juga mengingatkan bahawa pelajaran adalah aset yang berharga.
Semoga kisah penjaga gol Pahang ini menjadi inspirasi buat semua. Karier dalam bola sepak mungkin singkat, tetapi dengan ilmu dan kelayakan akademik, masa depan yang lebih cerah menanti setiap atlet yang berani untuk mencapai kedua-dua cita-cita ini!
Jika dahulu, ramai akan merasa gentar sekiranya mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang mewajibkan mereka untuk kuarantin di rumah atau di pusat pengawasan Covid-19 (CAC).
Terbaru, ada satu lagi warna gelang terbaru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Gelang berwarna hitam berbelang ini dikhususkan untuk golongan antivaksin yang disekat oleh pihak kerajaan daripada bergerak bebas. Ini demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan orang ramai setelah negara melebihi kadar vaksinasi dewasa 90%.
Selain itu, secara tidak langsung, masyarakat akan sedar akan keberadaan golongan antivaksin di kawasan awam lalu menjauhi mereka.
Adakah rupa gelang hitam berbelang itu kelihatan seperti ini? Sumber Foto Hiasan : Support Store
Tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, gelang hitam berbelang adalah satu bentuk amaran kepada golongan antivaksin yang bukan saja memilih untuk tidak mahu divaksin. Malah ada dalam kalangan mereka yang menyebarkan berita palsu secara lantang di media sosial berkenaan proses vaksinasi lalu mempengaruhi kejiranan, ahli keluarga dan rakan lain.
Dengan adanya gelang ini, mereka tidak lagi boleh bergerak bebas seperti memasuki premis, dikenakan larangan dine-in dan larangan rentas negeri. Malah, KJ juga berkata ia akan. “menyusahkan hidup golongan antivaksin.” Fuh..
Dalam pada itu, ada yang mengesyorkan sekiranya aplikasi MySejahtera menyediakan label baharu seperti ‘Tidak Mahu Divaksin’ dan ‘Dikecualikan Vaksin’ bagi membezakan golongan antivaksin dan mereka yang tidak divaksin kerana masalah kesihatan.