
Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Shukri, Datin Seri Shahida, meluahkan rasa sebak apabila mengenang perjalanan putera sulungnya, Ammar Ahyan yang kini semakin membesar dan matang.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida menzahirkan rasa syukur melihat perubahan Ammar yang kini lebih berani berbanding sebelum ini.

“Sejujurnya sebak dan gembira melihat anak membesar, dulu masa Ammar kecil saya selalu terfikir macam mana dia nak ke depan.
“Dia tak suka kamera, tak nak ke depan tapi siapalah kita menidakkan percaturan Allah,” tulisnya.
Tambah Shahida lagi, dia tidak menyangka anaknya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang introvert akhirnya mampu tampil lebih yakin di khalayak.

“Rahsia Allah yang kita tak tahu, budak introvert yang selalu kena bising ni akhirnya boleh ke depan.
“Mama bangga lah dengan Ammar walaupun Ammar kayu,” katanya berseloroh.
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat perubahan Ammar.

Malah, ramai yang memuji sifatnya yang mudah didekati selain mendoakan kejayaan anak sulung pasangan ini.
Sebelum ini, Shahida turut berkongsi rasa syukur apabila Ammar diterima masuk ke sebuah universiti swasta di Subang Jaya bagi mengikuti program asasi selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agama Tidak Halang Jadi Kaya, Tapi Berharta Tidak Semestinya Berjaya

Siapa je dalam dunia ini yang tidak mahu hidup senang?
Tidak perlu fikirkan berapa wang yang perlu digunakan untuk membeli barang keperluan. Tidak perlu risau makanan akan sedia terhidang di atas meja pada setiap hari. Apa saja yang diinginkan tertunai dalam sekelip mata. Pada pandangan ramai orang, itulah definisi kejayaan dunia.
Namun, bagaimana jika kami katakan bahawa kekayaan itu tidak mencerminkan kejayaan seseorang?
*
Stigma masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi selalu melihat kejayaan seseorang dari sudut harta. Kalau kaya, maksudnya seseorang itu harus dihormati dan disanjungi. Merekalah yang paling berfikiran luas, ‘educated’.. segala yang terpacul dari bibir itu adalah kata-kata hikmah demi kebaikan semua.
Individu yang hidupnya lebih sederhana atau miskin pula dipandang sebagai orang yang terpaksa berkorban, tidak mampu membahagiakan keluarga. Kadangkala dihina di belakang DAN secara face to face.
Yang berharta tetap gah, yang miskin disanggah.
Tapi adakah orang kaya ini benar-benar kaya?
Adakah mereka benar-benar ‘mulia’ seperti yang disangka?
Jika kaya dengan cara menindas, adakah dia berjaya? Jika kaya dengan percaturan minda yang memanipulasi masyarakat, adakah dia berjaya? Jika kaya dan ingin membantu masyarakat sekeliling tetapi bertindak menghina, mencaci dan memalukan orang di hadapan khalayak, adakah itu berjaya? Jika kaya tetapi adab dibuang ke dalam longkang, suara ditinggikan, ibu bapa dipinggirkan, adakah itu berjaya?
Soal kejayaan ini bagi kami bergantung kepada individu itu sendiri.
Ingat, agama Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengejar kekayaan. Namun tidak juga ia menjadikan kekayaan itu sebagai satu destinasi mutlak umatnya. Tidak ada disebut, jadilah kaya untuk berjaya dalam kehidupan.
Apa yang disebut dalam surah Al-Imran ayat 185 adalah, “Barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya.”
Sebagai remaja, biasalah jika kita mudah terbuai dengan impian dan cita-cita di dunia. Umpamanya, mengapa kita belajar – untuk cari kerja – mengapa cari kerja – untuk kaya – mengapa hendak kaya – untuk berjaya.
Akan tetapi guys, kejayaan hakiki sebenarnya melebihi faktor kekayaan.
Kejayaan seseorang itu bermula dari niat di hati. Apakah motif di sebalik mengejar rezeki kurniaan Tuhan? Adakah ia untuk digunakan semula pada jalan Allah ataupun demi kepentingan diri? Adakah kekayaan menjadi tiket untuk kita merasa bangga di hadapan rakan dan ahli keluarga? Atau adakah kekayaan yang diterima itu mengingatkan diri kita semula akan tujuan sebenar kita mencari rezeki? Demi keluarga, demi masyarakat, negara dan di jalan agama.
Dewasa ini, lebih ramai orang kaya di Malaysia yang hanya kaya luaran tetapi miskin nilai.

Mata masyarakat telah dikaburi dengan imej kejayaan mereka ini tetapi tidak ramai tahu bagaimana keadaan hati mereka. Adakah bersih hatinya atau sebaliknya? Adakah bahagia perasaannya atau sengsara?
Ya, kita tidak boleh mengawal hati dan perasaan orang lain – kaya atau tidak. Tapi kita boleh mengawal hati sendiri. Jangan diingat yang kaya itu tenang; jika tidak masakan banyak saja kes orang kaya yang hidupnya tertekan dan tidak tentu hala. Makanan terhidang memenuhi setiap sudut meja makan namun tiada kelazatan yang dirasa. Katil bertilamkan permukaan empuk namun tidur pula tidak lena.

Apa yang lebih utama daripada mengejar kekayaan adalah mengejar kebahagian.
Ya, kami tahu.. itu klise.
Tetapi apa yang pasti, itulah definisi kejayaan di dunia yang sebenar. Usahlah disamakan takrif kaya dan berjaya. Jika satu bentuk persamaan itu perlu diwujudkan sekalipun, ia haruslah antara bahagia dan berjaya.
BACA LAGI : “I’m Sorry Malaysia”, Lelaki Biadap Kepada Warga Emas Minta Maaf – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khatam Al-Quran Atas Puncak, 34 Pelajar Tahfiz Al-Muhammadi Takluk Gunung Stong

Baru-baru ini, seramai 34 pelajar Tingkatan Empat dari Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Nipah, Bachok, Kelantan meraih perhatian apabila berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran secara berkumpulan di puncak Gunung Stong, Kelantan.
Memetik laporan Sinar Bestari, program ini diadakan bersempena Kem Mukhayyam Tarbawi 2025 dengan tema ‘HANGAT – Hayati Alam, Ingat Tuhan’ dan ia bukan sahaja diisi dengan pelbagai aktiviti rekreasi serta pendakian setinggi 1,422 meter tetapi sekaligus menjadi medan tarbiah untuk membina ketahanan fizikal, mental dan spiritual demi menyempurnakan misi khatam al-Quran.

Dalam pada itu, Pengarah Program merangkap Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Aris Farizal Abdul Halim berkata, program ini sudah memasuki tahun ketujuh sejak 2016 menjadi antara aktiviti tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar.
“Mukhayyam ini menguji fizikal dan mental, namun yang lebih utama adalah bagaimana ia mengukuhkan ukhuwah dan menjentik rasa kekaguman terhadap ciptaan Allah. Setiap peluh yang menitis sepanjang pendakian membawa makna mujahadah yang mendalam,” katanya.
Selain itu, antara aktiviti menarik sepanjang program termasuklah perkhemahan di Kem Baha, aktiviti khatam 30 juzuk secara berkumpulan, menikmati sunrise dari viewpoint Gunung Stong serta berendam di Telaga Tujuh Puteri yang jernih bak kristal.

Sementara itu, menurut Pengetua Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Muhamad Sharifuddin Noh, beliau menegaskan bahawa pembelajaran di luar bilik darjah sebegini penting dalam melahirkan huffaz yang bukan sahaja kuat rohani, tapi juga cergas fizikal dan tajam intelek.
“Kami tidak mahu hanya melahirkan pelajar yang menghafaz al-Quran semata-mata, tetapi juga memiliki kekuatan emosi dan jiwa kepimpinan. Di sinilah alam menjadi guru dan tarbiah secara langsung berlaku dalam keadaan paling asli,” katanya.
Walau bagaimanapun, program seperti ini bukan sekadar mencabar fizikal melalui pendakian, tetapi lebih mendalam ia membuka ruang untuk refleksi diri, menguatkan hubungan dengan Al-Quran dan alam ciptaan Tuhan serta menjadi kenangan yang membentuk jati diri, menyemai kekuatan spiritual serta menjadikan pengalaman khatam 30 juzuk itu benar-benar hidup dalam sanubari para pelajar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anggur ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Bahan Kimia Bahaya!

Anggur jenis ‘Shine Muscat’ menjadi popular di kalangan pencinta buah-buahan di Malaysia kerana rasanya yang manis, kulitnya yang nipis, dan isinya yang berjus.
Namun, baru-baru ini ada laporan bahawa buah anggur ‘Shine Muscat’ yang merupakan varieti anggur tanpa biji yang berasal dari Jepun ini mengandungi bahan kimia berbahaya telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna.
ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Pengsan & Hampir Maut Dipercayai Termakan Biskut Beracun

Laporan daripada Thai PBS mengatakan anggur Shine Muscat yang diimport dari China didapati mengandungi banyak bahan kimia berbahaya, termasuk chlorpyrifos.
Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.
Shine Muscat grapes imported from China have been found to be heavily laced with dangerous chemicals, including chlorpyrifos, the Thai Pesticides Alert Network (Thai-Pan) and the Foundation for Consumers announced today.
Read more: https://t.co/PbGvsMrS5t#ThaiPBSWorld… pic.twitter.com/IVG6jbIFBF
— Thai PBS World (@ThaiPBSWorld) October 24, 2024
Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.
Apakah Risiko Kesihatan?
Penggunaan bahan kimia yang tidak diselia dengan betul boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk alahan, gangguan perut, dan masalah kesihatan jangka panjang seperti kerosakan hati atau buah pinggang. Untuk sesetengah orang, terutama kanak-kanak dan orang tua yang mempunyai sistem imun yang lebih lemah, kesan pendedahan ini mungkin lebih serius.
Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah:
- Alahan kulit atau mulut
- Kerosakan sel hati
- Masalah pencernaan
- Risiko jangka panjang seperti kerosakan organ utama
Sehubungan dengan itu Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.
Sekiranya benar anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihaknya akan membuat pengumuman dan tindakan susulan akan diambil.
Jadi, ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat iaitu menggunakan baking soda!

1. Campurkan larutan baking soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).
2. Rendam buah-buahan selama 10–15 minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.
3. Bilas bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!
Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia. Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Sinar Harian , Public Health
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

