
Nama Danial Chuer bukan asing lagi buat peminat muzik tempatan, namun kali ini penyanyi muda berbakat besar itu sekali lagi mencuri perhatian, bukan sahaja di pentas nyanyian, tetapi dalam dunia akademik.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Danial berkongsi berita gembira apabila beliau telah dipilih sebagai Graduan Terbaik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan bakal menerima
Anugerah Cemerlang Alumni UiTM pada konvokesyen ke-103 universiti itu nanti.Tambah Danial, kejayaan ini adalah untuk insan-insan tersayang yang sentiasa ada bersamanya sepanjang perjalanan penuh cabaran.
Sekadar imbasan, Danial sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Naib Juara Big Stage musim keempat, pertandingan nyanyian popular anjuran Astro yang memperkenalkan ramai bakat baharu dalam industri muzik tanah air.
Kini setelah menamatkan pengajian, Danial meneruskan kerjaya sebagai pendidik vokal dan piano
di The Music Academy Center, membuktikan bahawa kejayaan boleh dikecap dalam pelbagai bidang, asalkan ada usaha dan minat yang mendalam.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.