Pelakon meningkat naik, Kimberly Chuah mendedahkan tahun ini menjadi tahun ketiga tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga tercintanya.

Menurut bekas peserta Dewi Remaja 2022 itu, dia bagaimanapun berterima kasih kepada keluarga yang sangat memahami komitmennya terhadap tugas sebagai seorang anak seni.

“Dah Tiga Tahun Saya Tak Sambut Tahun Baru Cina…” -Kimberly Chuah

“Jujurnya, saya sudah lama tidak sambut raya Cina dengan keluarga iaitu hampir tiga tahun. Macam tahun lepas pun pada musim perayaan ini saya di Perlis menjalani penggambaran.

“Boleh dikatakan segalanya berubah selepas saya sertai industri seni, kalau ikutkan saya nak sambut raya dengan keluarga sejak mula berlakon, macam esok (hari ini) pun saya masih di set.

“Apa pun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada emak yang selalu beri sokongan, faham kerja saya dan tanpa dia siapalah saya sekarang,” katanya kepada Remaja.

IKLAN

“Dah Tiga Tahun Saya Tak Sambut Tahun Baru Cina…” -Kimberly Chuah

Ditanya pula mengenai momen indah Tahun Baru Cina sebelum ini, gasid berusia 24 tahun itu merindui saat berkumpul beramai-ramai bersama saudara-mara.

“Setiap perayaan menguatkan hubungan kekeluargaan, masa raya itu sahaja kita ada masa yang panjang untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini saudara kita.

IKLAN

“Kalau waktu lain ada masa pun, kita akan luangkan masa dengan kawan-kawan tapi tak jenguk keluarga, jadi waktu perayaan sebegini kita lebih hargai masa bersama orang terdekat.

“Saya dengan emak selalu pergi rumah mak long makan kuih raya dan berborak sebab keluarga saya sendiri hanya ada saya dan emak sahaja, ayah saya meninggal lima tahun lepas,” ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Project: Exit, semalam.

“Dah Tiga Tahun Saya Tak Sambut Tahun Baru Cina…” -Kimberly Chuah

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Kimberly tampil dalam drama terbitan Astro Shaw iaitu Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.

Drama enam episod berkenaan turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman,Naim Daniel, Shasha Abedul dan Nabila Huda.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Kimberly Chuah


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI