Dah Namanya Rezeki, Peniaga Bundle Berjaya Jual T-Shirt ‘Lusuh’ Dengan Harga RM37,500

Share

Siapa sangka rezeki seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) apabila t-shirt lusuh Geisha Official terkemuka dunia berjenama Nike berjaya dijual dengan harga RM37,500 menerusi jualan secara bidaan di laman Facebook.

Foto: Facebook Mat Yie To Ube

Tidak dinafikan pakaian bundle mempunyai peminatnya tersendiri kerana mereka gemar mengumpul koleksi ‘rare’ dan disebabkan itu, tidak hairanlah sekiranya kita melihat golongan ini sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan pakaian terpakai yang dijual oleh peniaga bundle.

Dikenali sebagai Mat Yie To Ube

, dia memberitahu kepada Sinar Harian t-shirt ‘lusuh’ yang dijual itu berusia hampir empat dekat dan telah dibeli oleh seorang pengumpul pakaian vintage dari Kuala Lumpur.
Foto: Facebook Mat Yie To Ube

Menurutnya, walaupun dilihat sebagai sehelai ‘kain buruk’, namun bagi peminat pakaian vintage ia adalah sesuatu yang bernilai terutama daripada sudut salur galur t-shirt tersebut. Baju itu juga merupakan edisi terhad dan difahamkan kuantitinya tidak lebih daripada 10 item di Malaysia.

Selain daripada baju, peniaga bundle ini juga turut menjual pelbagai topi berjenama. Rata-ratanya berharga RM300 dan ke atas bergantung kepada nilai sentimental.

Kesemua barangan yang dijual akan dihantar sendiri kepada pembeli bagi mengelakkan kejadian barangan rosak atau dicuri.

Foto: Facebook Mat Yie To Ube

Masing-masing punya minat yang tersendiri kan? Jadi, janganlah kita mempersoalkan jika ada individu yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan sesuatu barang itu. Mungkin pada korang barang tersebut tidak ada nilai, tapi kami percaya buat peminat barangan terpakai, mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

Sumber: Mat Yie Tok Ube, Sinar Harian

IKLAN