Tular di media sosial kononnya laksa Kebok dari Baling, Kedah beracun sehingga mengakibatkan dua kematian termasuk 10 lagi mengalami keracunan selepas menikmati laksa popular dari Baling ini. Malah Kementerian Kesihatan turut mengarahkan penutupan sementara gerai laksa berkenaan bagi membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.
REMAJA menghubungi pemilik gerai laksa popular ini, Encik Daud Ismail, 51 dan beliau kelihatan tenang menjawap semua soalan diutarakan, adakah benar laksanya menjadi penyebab masalah cirit birit membawa kepada kematian selepas menikmati laksa keboknya.
“Jika beracun, kami mati dulu” kata pemilik gerai jualan laksa kebok yang kesal dengan tuduhan melulu ke atas perniagaannya tanpa usul periksa.
Laksa Kebok ini amat popular. Dijual RM12 bagi sekilo dan RM6 bagi setengah kilo. Laksanya dibuat sendiri di dalam kebok khas. Bahannya hanya tepung gandung, tepung beras dan airPemilik Laksa Kebok ini mengakui dirinya tidak lalu makan, tidak lena tidur selepas laksanya didakwa menjadi punca kematian orang lain. Sedihnya hati hanya Allah yang tahu, jelasnya
Menurut empunya gerai yang viral dan popular di media sosial ini kerana kesedapan kuahnya, Daud Ismail berkata, dia yakin laksa dijual sejak 2002 itu tidak tercemar malah penyediaannya dilakukan dengan baik seperti biasa, sama seperti hari-hari sebelumnya.
”Laksa ini kami buat sendiri, hanya gunakan tepung gandum, tepung beras dan air. Kemudian kami masak di dalam kebok. Sebab itulah namanya Laksa Kebok,” katanya yang mengusahakan perniagaan laksa ini bersama anaknya.
Menurutnya, setiap kali sebelum dijual, dia dan ahli keluarganya akan merasai terlebih dahulu laksa berkenaan.
“Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati. Kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru dua tahun setengah ini buka gerai depan rumah. Sebelum itu saja jual di pasar malam dan tepi jalan sebelum mengambil keputusan berniaga depan rumah. Malah sebelum jual pun kami akan rasa dulu, nak tahu sama ada masin atau sebaliknya,”katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Landak semalam.
Tambah Daud, laksa kebok ini dijual RM12 bagi sekilogram dan RM6 bagi setengah kilo. Sekilo itu lengkap dengan kuah dan sayur-sayurannya.
“Sehari dari Isnin hingga Khamis, biasa dalam 30 kg terjual. Hari Jumaat tutup manakala bagi Sabtu dan Ahad pula, biasanya jualan lebih dari 50 kg kerana orang ramai lalu lalang. Ramai pelanggan yang bawa balik makan di rumah,” katanya berkata, pada hari Sabtu itu jualan laksanya melebihi 50 kg namun tidak ada pelanggan dari luar seperti Pulau Pinang dan dalam negeri sendiri mengadu yang mereka sakit perut selepas menikmati laksa berkenaan. Yang mengadu sakit perut hanya dari Gerik sahaja.
“Aduan ini saya baca selepas Kementerian Kesihatan datang ke rumah. Jadi memang tak sangka kejadian ini boleh jadi tular dan saya sendiri amat sedih dengan kejadian yang terjadi,” katanya lagi.
Laksa makanan popular rakyat Malaysia dan dimakan pada bila-bila masa (gambar hiasan)
Tambah Daud, sepanjang 15 tahun menjalankan perniagaan, tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa.
“Kita sedia macam itu dari dulu, tak pernah campur bahan lain untuk bagi kuah atau laksa tahan lama. Jika orang nak beli bawa balik jauh pun kami akan asingkan kuah sebab tak mahu basi,”katanya.
Ads
Katanya lagi, dia hanya mengetahui laksa dijual dikait dengan keracunan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang melakukan pemeriksaan di gerainya pada jam 11 pagi kelmarin.
“Kali kedua Pejabat Kesihatan jam 9 pagi semalam. Hari pertama depa ambil sample laksa, kuah dan sayur, semalam ambil sayur sahaja. Bila waktu malam, tiba-tiba kami sekeluarga dapat mesej viral kata ada dua orang mati sebab makan laksa.
“Daripada malam tadi rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena. Duk fikir siapa lagi nak mai rumah ni,”katanya.
Bagaimanapun katanya, dia pelik apabila mendapati mesej ditularkan mempunyai tarikh berbeza.
“Anak saya, Hidayah mendapati mesej itu tular pada tarikh 10 September dan 7 Oktober. Ia perkara yang pelik bagaimana kejadian ini berlaku pada dua tarikh berbeza,”katanya.
Dalam pada itu, Daud turut memaklumkan pucok selom yang digunakan dalam bahan penyediaan biasanya dibeli di Pekan Sik dari pembekal yang sama sejak dulu. Daud salad pula beli di pasar di Pekan Kupang. Kegunaan biasanya bagi tempoh dua hari di mana hari Ahad beli, dan kemudian dibawa ke hari Isnin. Kalau ada lebih baru dibawa ke hari berikutnya.
Dalam pada itu, Daud memaklumkan kesan tular kononnya gerai ini menjual laksa ini membuatkan banyak kereta memperlahankan kenderaan mereka dan akan menoleh ke gerai jualannya.
Ads
“Kereta yang lalu sini, mesti tengok, selalunya tak tengok. Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat hal ini dengan adil. Kesan viral tanpa usul periksa ini akibatnya cukup besar. Apa pun kami anggap ini ujian ALLAH,”katanya mengakui dia kini menutup perniagaan yang diusahakannya selepas mendapat notis penutupan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditanya bila perniagaannya akan dibuka semula, kata Daud, dia hanya menantikan arahan dari pihak kementerian selepas siasatan selesai. Malah secara jujurnya, katanya dia sama sekali tidak menyangka kejadian seumpama ini terjadi.
Kredit : Wartawan Sinar Harian, Ammar dari Skuad Baling.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan hari ulangtahun kelahiran biasanya diraikan dengan dekorasi kek yang indah bagi menjamu para tetamu yang hadir. Namun, dah jadi trend sekarang apabila muncul pembuat kek yang kreatif dapat menghasilkan pelbagai bentuk dan reka cipta sesuai dengan kehendak pelanggan.
Dapat pula kawan-kawan yang suka menyakat, mahu taknya kek korang nanti macam-macam bentuk jadinya. Hiks!
Terbaru, seorang home baker di Ipoh telah tular di media sosial kerana menghasilkan kek dengan dekorasi cicak atas permintaan pelanggannya.
Perkongsian gambar kek tersebut telah mendapat lebih daripada 12 ribu shares dan 7.2 ribu komen di laman Facebook.
Rata-rata netizen memberikan reaksi mereka di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, menurut Halal Foodie, The Slice Ipoh tidak mempunyai sijil halal dan sebahagian kek mengandungi alkohol.
Untuk pelanggan bukan Muslim mungkin tidak ada masalah bagi mereka untuk memesan atau membuat permintaan seperti kek cicak ini. Jadi, tidak perlulah untuk kita timbulkan isu halal atau tidak kerana pelanggan mereka bukan hanya daripada individu yang beragama Islam.
Semalam seorang pengguna twitter atas nama Moonie@ munieyrah_midie memuat naik dua keping gambar yang nampak agak menyeramkan. Niat asal menghantar gambar kerana ingin memaklumkan kepada gurunya ada sebuah komputer yang terpasang dan masa yang sama pintu makmal komputer ini berkunci.
Kerana ingin memberikan bukti, dia menangkap gambar komputer yang terpasang itu sekitar jam 9.30 malam, masih awal lagikan kata orang. Selepas dia menghantar gambar tersebut, ramai kawan-kawannya mula kecoh kerana kata mereka dalam gambar tersebut kelihatan makhluk halus yang agak menyeramkan seolah tepat sedang memandang ke arahnya (lihat gambar dalam bulatan). Dalam gambar itu jelas nampak wajah menyeramkan itu seolah-olah berdiri di belakang tiang (tiang berdekatan itu adalah refleks cermin) makmal komputer tersebut.
Pergh, memang seramlah sangatkan.Kalau korang dekatkan gambar tu, memang nampak sangat muka wanita dengan rambut kusut masai, pucat keputihan dengan wajah sangat mengerikan. Sapa yang berani bolehlah zoom ya, kalau tak korang tak digalakkan berbuat demikian.
Tweetnya itu telah mendapat lebih 7000 perkongsian malah seorang individu berkata, penampakan wajah seram ini bukan kali pertama dilihat di Politeknik (tak dinyatakan Politeknik mana) tetapi bezanya kata pelajar itu, dia sendiri akan cabut 4X100 meter (padu lariannyakan) tetapi bezanya Moonie berjaya menangkap gambar tersebut.
Apa yang pasti, Allah menciptakan langit ini tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi. Jika manusia dijadikan dari tanah, malaikat dijadikan dari cahaya manakala makhluk halus ini dijadikan dari api. Semuanya adalah makhluk Allah tetapi berbeza-beza.
Baca tweetnya seperti dikongsikannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena dengan pembukaan Pulau Langkawi sebagai Travel Bubble pada 16 September, ramai pelancong sudah membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan lebih awal setelah lama ‘terpenjara’ di dalam rumah.
Foto: Kosmo
Hampir semua produk pelancongan di sana akan dijangka dibuka kepada pelancong, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Susulan itu, beberapa SOP telah ditambah bagi mengambil langkah berhati-hati agar pandemik Covid-19 ini tidak menular di pulau lagenda berkenaan.
Antara SOP terbarunya ialah pengunjung yang menaiki kenderaan persendirian tidak dibenarkan kunjungi ke Langkawi dan pengunjung tidak diwajibkan menjalani saringan sebelum ke lokasi berkenaan, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri seperti dipetik dari Bernama.
📌Kenderaan persendirian tidak dibenar bagi kunjungi Langkawi, pengunjung digalak guna agensi pelancongan
📌Saringan COVID-19 untuk kunjungi Langkawi tidak diwajibkan
Menurut Nancy lagi, orang ramai digalakkan menggunakan agensi pelancongan untuk berkunjung ke pulau itu.
Sebelum ini ada beberapa SOP yang turut korang ambil tahu, iaitu:
1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.
2. Jenis percutian yang dibenarkan:
secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama),
bermalam,
percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu,
dan percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
3. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.
5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.
6. Aktiviti yang dibenarkan termasuk:
penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan,
aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial,
aktiviti pelancongan minat khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
aktiviti eko geo-kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya),
premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/ kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain,
taman tema dan pusat hiburan keluarga,
dan lawatan bersifat akademi seperti Geopark Discovery Centre, Balai Seni dan Laman Padi.
7. Tiada had umur yang ditetapkan, namun individu di bawah 18 tahun perlu bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
8. Perlindungan insuran serta saringan COVID-19 tidak diwajibkan.