‘Alhamdulillah, syukur sangat’

Itu luahan penuh makna daripada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, apabila berkongsi pencapaian membanggakan anak-anaknya sempena Hari Anugerah Sekolah melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Agama (SRA).

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, kejayaan tersebut adalah hasil usaha berterusan anak-anaknya yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dan menyerlah dalam bidang kokurikulum di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Daddy Sangat Bangga Dengan Kamu Semua” –Dr Sheikh Muszaphar Syukur Kejayaan Anak-Anak Di Sekolah

“Alhamdulillah, syukur sangat melihat anak-anak ini terus cemerlang di sekolah. Mereka bukan sahaja bekerja keras dalam akademik, malah berlatih dan berusaha sepenuh hati dalam kokurikulum serta sukan,” katanya.

Di peringkat Sekolah Kebangsaan, Adam menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Murid selain Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Antarabangsa. Noah pula meraih Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan, manakala Tasha menerima Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Antarabangsa.

“Daddy Sangat Bangga Dengan Kamu Semua” –Dr Sheikh Muszaphar Syukur Kejayaan Anak-Anak Di Sekolah

Ads

Sementara itu di Sekolah Rendah Agama, Adam terus menyerlah apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik serta Terbaik Mata Pelajaran, diikuti Noah yang turut memperoleh Kecemerlangan Akademik.

Bagi Dr Sheikh Muszaphar, kejayaan ini tidak datang bergolek. Ia lahir daripada disiplin, latihan berterusan serta sokongan keluarga yang konsisten.

“Daddy Sangat Bangga Dengan Kamu Semua” –Dr Sheikh Muszaphar Syukur Kejayaan Anak-Anak Di Sekolah

“The kids excel. They worked hard. They trained hard. They played hard.

“Sebagai ibu bapa, kehadiran kami dalam setiap fasa kehidupan mereka sangat penting. Sama ada dalam latihan, sukan mahupun pertandingan, sokongan itu amat bermakna buat anak-anak,”tulisnya di Instagram.

Ads

“Daddy Sangat Bangga Dengan Kamu Semua” –Dr Sheikh Muszaphar Syukur Kejayaan Anak-Anak Di Sekolah

Namun, akui beliau, terdapat ketikanya komitmen kerja menuntut pengorbanan. Dr Sheikh Muszaphar terpaksa melepaskan peluang menghadiri Hari Anugerah Sekolah kali ini kerana terlibat dengan tugasan Sukan SEA di Bangkok.

Walaupun tidak dapat hadir secara fizikal, perasaan bangga sebagai seorang bapa tetap tidak berbelah bahagi.

Ads

“Daddy Sangat Bangga Dengan Kamu Semua” –Dr Sheikh Muszaphar Syukur Kejayaan Anak-Anak Di Sekolah

“Saya jarang tidak hadir. Saya sentiasa pastikan untuk berada di sana. Jika bukan saya, pasti ibu mereka akan ada. Salah seorang daripada kami mesti berada di sisi, apa pun keadaannya.

“Daddy pun happy. Daddy is proud of you kids,” tambahnya lagi.

“Daddy Sangat Bangga Dengan Kamu Semua” –Dr Sheikh Muszaphar Syukur Kejayaan Anak-Anak Di Sekolah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads