Kira-kira dua tahun lalu; pempengaruh, YouTuber & pelakon baharu, Nur Aisyah Muhammaf Razip atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah pernah sensasi dengan persengketaan yang pernah tercetus antara dirinya dengan pempengaruh, Kasih Iris Leona Azhar.
Sekian lama memilih untuk menutup mulut kecuali kenyataan yang pernah dimuat naik menerusi Instagram demi tidak mengeruhkan keadaan.
Biarpun sudah cuba menjelaskan sebaik mungkin, nama Aisyah tetap menerima tempias kontroversi berkenaan apabila netizen yang merupakan pengikut mereka berdua memilih kem untuk menyatakan sokongan mahupun melontarkan kecaman.
(Dari Kiri): Leona Azhar & Cupcake Aisyah.
Lalu, menerusi video YouTube terbaru Aisyah berkonsepkan Q&A dengan para pengikutnya; Aisyah mengambil peluang untuk sekali lagi memberikan penjelasannya berhubung isu persengketaan tersebut dengan harapan netizen menghentikan spekulasi dan move on.
“Leona memuat naik hantaran berkenaan di TikTok pada bulan Januari tahun ini; lebih kurang pada waktu sama saya berdepan situasi bersama Nana (rakan baik Aisyah).
“Jujurnya, saya sudahpun jelaskan apa yang perlu diperjelaskan dalam kenyataan saya di Instagram. Cuma sekali lagi saya ingin jelaskan agar orang ramai berhenti mengajukan pertanyaan ini dan membuat macam-macam andaian,” katanya.
Aisyah yang merupakan graduan Universiti Westminster, United Kingdom juga memaklumkan bahawa kemelut di antaranya dengan Leona sudah selesai.
“Saya sebenarnya telah menemui Leona pada penghujung tahun 2022, kami bincangkan hal ini dan kemudian saya menghantarnya pulang ke rumah
“Saya sedar saya melakukan kesilapan (dalam persahabatan bersama Leona) tetapi saya ulang sekali lagi, saya tidak merampas sesiapa dan saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan.
Ads
“Saya benar-benar berharap kita boleh move on daripada situasi ini. Sudah dua tahun berlalu sejak ia berlaku tetapi keadaan bertambah buruk hinggakan saya tidak boleh buka masuk akaun Instagram, Twitter, TikTok tanpa melihat nama saya dipetik dan dibenci. Ramai orang membuat andaian.
“Selalunya saya tidak akan menjelaskan isu remeh dan kontroversi sebegini kerana tidak mahu ia menjadi yang lebih isu besar. Namun netizen mula menyerang keluarga saya secara peribadi terutamanya ibu saya. Oleh itu, saya terpaksa ke hadapan dan mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Apa-apa yang saya katakan menerusi kenyataan berkenaan adalah 100 peratus benar,” ulasnya lagi.
Ads
Remaja Belajar Dari Kesilapan
Dalam pada itu, Aisyah yang pernah memenangi anugerah Influence Asia 2017 turut menjelaskan mengapa dia memilih untuk tidak ‘hanyut’ dalam kemelutnya dengan Leona di mata netizen pada platform media sosial.
“Saya tahu ramai dalam kalangan anda yang bertanya mengapa saya tidak mempertahankan diri sendiri. Ia kerana kadangkala respon terbaik adalah untuk tidak memberikan respon. Asalkan saya tahu kebenarannya dan berlaku jujur kepada diri sendiri, saya tidak perlu menjelaskan apa-apa perkara.
“Sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan. Saya hanya seorang gadis berusia 23 tahun yang sedang belajar dan membesar dengan kehidupan ini,” simpul Aisyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika peminat sedang asyik menyambut berita gembira mengenai pertunangan ahli grup Big Bang, Taeyang petang tadi, satu berita buruk pula menyinggah ke pengetahuan peminat dunia K-Pop.
Ahli grup SHINee dan vokalis utamanya, Kim Jong-Hyun atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Jonghyun telah ditemui mati di kediamannya, di Chungdam Korea Selatan.
Dalam kejadian petang tadi sekitar jam 4.42 petang waktu Korea Selatan, kakak kepada Jonghyun menelefon balai polis untuk membuat laporan bahawa adiknya itu akan membunuh diri pada bila-bila masa.
“Kami ke bangunan kediamannya dan mendapati mangsa telah terbaring bersama disisinya, arang batu yang dibakar di dalam bekas. Anggota kecemasan ada bersama kami di tempat kejadian dan mangsa terus dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk dalam keadaan jantung mangsa tidak stabil.”
Malangnya, penyanyi berusia 27 tahun ini meninggal dunia setelah tiba di bahagian kecemasan hospital terbabit. Polis telah mengesahkan kematian itu sebagai kes bunuh diri selepas semua tanda-tanda yang dicatatkan menjurus kepada kesimpulan tersebut.
Punca kematian berkait rapat dengan arang batu yang dibakar di rumahnya dan Jonghyun dilaporkan mati akibat gas beracun karbon monoksida.
Dalam pada itu, Jonghyun baru saja menamatkan konsert solo siri pertama bertajuk INSPIRED yang mencatakan jualan tiket yang cukup memberansangkan. Pihak pemasaran berjaya menjual kesemua tiket. Sejak tahun 2015, Jonghyun sudah beberapa kali menjayakan konsert solo seperti ‘The Story By Jonghyun’, ‘Jonghyun x Inspiration’ dan ‘The Letter – Jonghyun’ walaupun dia masih aktif dengan grupnya, SHINee.
Kim Jonghyun di konsert solonya, INSPIRED yang berlangsung pada 10 Disember lalu.
Kes bunuh diri seperti ini diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai simptom penyakit mental. Ini kerana mangsa tidak dapat berfikir secara waras dan berada dalam situasi memerlukan bantuan serius pada masa kejadian.
Walau seceria manapun seseorang itu kelihatan di hadapan orang lain seperti Jonghyun yang terkenal dengan wataknya yang banyak bercakap, itu tidak bermaksud hati dan mindanya berada dalam keadaan tenteram.
Rest In Peace, senior Jonghyun.
Thank you for everything.
You will be missed. You won’t be forgotten. We love you! #RestInLoveSHINEEJonghyun
Kadangkala rasa pahit, dendam, kesedihan melampau dan rasa putus asa dipendam saja seorang diri sehinggakan pada satu saat, mangsa tidak boleh lagi menerima tekanan itu.
Sekiranya korang mengenali kenalan rapat yang mempunyai simptom emosi tidak stabil, ataupun kamu sendiri merasakan diri memerlukan bantuan pakar, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak yang boleh membantu. Antaranya ialah mereka di Befrienders Kuala Lumpur yang sentiasa boleh dihubungi dalam apa jua situasi.
Hubungi nombor 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa klip video dimuat naik graduan dari negara barat mencuri tumpuan rakyat Malaysia gara-gara menggunakan lagu rasmi UiTM ketika merakam momen graduasi mereka.
Dua hantaran video telah menjadi sorotan warganet Malaysia kerana lagu kebanggaan universiti itu iaitu ‘UiTM di Hatiku’ digunakan masyarakat di luar negara.
Menerusi akaun @whiteboy_612, dia dilihat menggunakan lagu UiTM sebagai latar videonya sekali gus dihujani komen lucu daripada netizen.
Majoriti warganet berseloroh bertanya individu tersebut graduan dari UiTM mana.
Menjengah ke akaun @d0ublechin2.0 pula, ruangan komentar gadis mat saleh itu juga dibanjiri komen-komen selepas menggunakan lagu berkenaan.
“Akak belajar dekat UiTM Jengka ke,” antara komen yang ditinggalkan.
“UITM going international! Hahaha,” komen pula pengguna lain.
Pastinya menambah rasa bangga dalam kalangan bekas graduan universiti itu apabila lagu tersebut mendunia dan digunakan graduan dari universiti luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekolah yang ditutup sejak tiga bulan lalu akibat wabak corona virus yang diisytiharkan sebagai pandemic pasti membuatkan ramai pelajar rindu nak ke sekolah. Yeay, sekolah adalah tempat paling banyak menyimpan memori untuk kita kenang.
Mana taknya, dekat sekolahlah kita belajar cinta monyet, usha cikgu, pancitkan tayar kereta cikgu khususnya cikgu disiplin (dulu-dulu ya) malah paling best bila past cikgu tanya apa cita-cita kita bila dah besar nanti nak jadi apa. Admin percaya, kalau di sekolah rendah jawapan paling banyak ialah nak jadi cikgu, jadi askar, jadi polis dan sebagainya, hahaha. Reaitinya bila dah habis sekolah, semua yang kau cita-citakan tu tak tercapai pun sebaliknya kau buat bisnes sendiri dan macam-macam pekerjaan lain. Tak kisahlah la kan asal halal.
Perkongsian video seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin bercita-cita nak jadi cikgu bila besar nanti, hikz memang boleh buat hati terihibur pagi-pagi ini. Lebih best, anak muridnya terdiri dari kucing-kucing comel. Dari gayanya mengajar, cerah masa depannya nak jadi cikgu, siap ada gaya lagi. Apa pun moga cita-cita kanak-kanak comel ini berjaya pada masa depan ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...