
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.
Memetik laporan dari BERNAMA, tidak lama lagi, Malaysia bakal dilanda dengan cuaca panas dan kering apabila berlakunya Monsun Barat Daya!

Keadaan cuaca panas itu dijangka bermula pada 18 Mei ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September nanti — menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata — kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.

Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun.
Sementara di timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.
Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.

Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Produk Online Yang Korang Boleh Cari Untuk Susun Atur Ruang Bilik Jadi Lebih Kemas

Memiliki ruang bilik yang sempit sering menjadi masalah bagi kebanyakan daripada kita, terutamanya bagi golongan wanita. Sudah tentu mereka mempunyai banyak barangan peribadi yang kadangkala menjadikan ‘masalah’ kerana tiada ruang simpanan.
Nah, untuk menyelesaikan masalah korang ini, Dr Nadya Amin telah pun berkongsi di laman twitternya tentang beberapa produk yang korang boleh dapatkan di Shopee untuk hiasi ruang bilik.
1. Wire cover organizer

Produk ini digunakan untuk menutup kabel dan wayar yang berselerak di dalam bilik supaya nampak lebih kemas dan teratur.
2. Wall phone charger holder

Lekatkan didinding untuk korang charge phone sewaktu tidur. Ia juga mudah diambil dan tidaklah korang bangun tidur terpijak handphone.
3. Panel socket patch

Kalau korang pakai extension wire, lekatkan extension pada dinding dengan menggunakan produk ini. Boleh sorok bawah katil atau bawah meja supaya extension tidak kelihatan.
4. Hair dryer hook

Kalau korang suka keringkan rambut di dalam bilik air seperti ketika menginap di hotel, boleh beli ini untuk simpan hair dryer. Bilik air juga akan nampak kemas dan teratur.
5. Magnetic door stopper

Tidak perlu beli door stopper yang biasa, boleh guna yang ini untuk bilik nampak lebih eksklusif dan functional pada masa yang sama.
6. Hanging handbag storage

Ramai yang tanya bagaimana untuk menyimpan handbag di tempat yang sempit, jadi korang boleh cari produk ini supaya nampak lebih teratur.
7. Storage box

Storage box terdiri daripada pelbagai bahan, antaranya jenis kain, plastik dan banyak lagi. Korang boleh pilih mana yang korang suka, tapi jenis seperti ini adalah lebih murah dan boleh dilipat sekiranya tidak mahu digunakan.
8. Hanging drawer shelf

Untuk yang lebih suka melipat baju daripada menggantungkannya, lebih baik sekiranya korang menambah ruang dengan menggunakan produk ini. Selain daripada pakaian, korang juga boleh menyimpan handbag.
9. Compartment organizer

Jangan biarkan pakaian dalam dan stoking berterabur di dalam drawer. Cari compartment organizer yang sesuai supaya mudah mencari dan lebih kemas. Korang juga boleh cari yang ‘stackable’ untuk digunakan dalam almari.
10. Under bed storage

Jika ruang bilik sempit, korang boleh create extra storage dengan membeli produk ini untuk diletakkan di bawah katil.
11. Bedside storage organizer

Jika bilik korang tidak mempunyai meja kecil di bahagian tepi katil, bedside organizer ini sangat membantu menyimpan barang-barang yang telah digunakan sebelum tidur seperti handphone, laptop, kacamata. Simpan disini adalah lebih selamat daripada simpan dibawah tepi katil.
12. Shoe storage box

Kotak ini boleh digunakan untuk menyimpan kasut atau pelbagai barangan peribadi yang lain. Susun dengan baik supaya dapat menjimatkan ruang.
13. Shoe organizer

Boleh diletakkan di dalam bilik air untuk menggantung selipar tandas atau boleh juga diletakkan ditepi katil untuk meletakkan selipar bilik.
14. Space saving hanger

Gunakan hanger seperti ini di dalam almari untuk menjimatkan ruang. Bagus untuk individu yang mempunyai banyak baju tetapi tidak mempunyai ruang bilik yang besar.
15. Tempat gantung shawl/tudung

Ramai wanita yang mempunyai masalah menyimpan tudung. Jadi, ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan ruang dan menggantung shawl dengan kemas.
Tak rugi kan kalau korang beli? Memang berguna dan harganya juga mampu milik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isreal Terus Kejam! Musnah & Rampas Barang Pemasangan Khemah Untuk Tangani COVID-19 Di Palestin

Terus kejam dan tidak berperikemanusian. Jika ingin diceritakan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin, kita tidak akan mampu menulisnya kerana terlalu banyak. Cara terbaik adalah kita berdoa kepada Allah taala agar terus lindungi rakyat Palestin selain membantu dari sudut kewangan untuk membangunkan negara mereka.
Di saat satu dunia kisah dengan pandemic COVID-19 yang seakan tidak ada tanda akan surut dalam tempoh terdekat ini, Israel sebuah nama tidak bernegara ini terus menggunakan cengkaman mereka untuk menindas penduduk Palestin. Sudahlah kekurangan doktor, peralatan mengelak jangkitan COVID-19, itu belum masuk lagi peralatan-peralatan diperlukan untuk mengelak virus dari merebak dan kini Isreal menindas dengan merampas alat memasang khemah yang diperlukan untuk tangani COVID-19,
Perkongsian dari seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana, Nadir Al-Nuri yang berkongsi kisah kekejaman Israel yang terhadap penduduk Palestin sudah cukup menyayat hati kita semua.
Bacalah perkongsiannya. Mari kita terus doakan rakyat Palestin tanpa henti.
Tatkala dunia berperang dengan wabak, mereka mencari jalan memerangi penduduk.
Lebih teruk, mereka menghalang usaha penduduk yang serba kekurangan untuk memelihara diri dari wabak!


Khamis 26 Mac lepas, pegawai dari Pentadbiran Awam Is.rael, Tebing Barat memasuki desa Khirbet Ibziq bersama jip tentera, jentolak dan dua buah trak yang dilengkapi kren.
Yang mereka merampas dan musnahkan ialah alat-alat yang bertujuan untuk membangunkan lapan buah khemah bagi menangani wabak COVID-19!
Dua buah khemah untuk klinik lapangan, empat buah khemah untuk penempatan kecemasan bagi penduduk yang terpaksa dipindahkan keluar dari rumah mereka serta dua buah khemah lagi untuk surau sementara.
Mereka tiada kemanusiaan, mereka tiada rasa kasihan. Malangnya, yang mereka ada adalah sokongan kuasa-kuasa ‘superpower’ yang membolehkan mereka bermaharajalela.
Adakah pihak Palestin punya penyokong? Sebarkan post ini, bongkarkan kezaliman mereka dan buktikan bahawa kita juga ada suara!
Dan di hari berkat ini jangan lupa untuk menyumbang kepada usaha berdepan COVID-19 di Gaza dengan melayari laman emergency4gaza.com segera!
Dalam pada itu di satu post yang lain Nadir Al-Nuri turut berkongsi, sejak 26 Mac lepas, seramai 2067 penduduk Gaza yang balik dari luar diletakkan di dalam sekitar 21 pusat isolasi COVID-19.
Pusat-pusat ini yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Kebajikan Masyarakat kebanyakannya bergantung kepada NGO untuk beroperasi.
Sebab itu, ada pusat isolasi yang hanya mampu menyediakan beberapa buah kipas, ada pusat yang kekurangan tilam dan ada pusat yang tidak cukup selimut untuk melindungi para penghuninya di waktu malam.
Sedikit demi sedikit, dengan upaya yang ada, dengan usaha penduduk memberikan sisa apa yang mereka ada, penghuni pusat isolasi mula sembuh, tetapi jumlahnya sehingg hari ini, 31 Mac, masih ramai, mencecah 1600 penghuni.
Beberapa hari lepas, Timbalan Menteri Kemnterian Kebajikan menelefon meminta kami bertindak segera. Ada masalah yang dihadapi penduduk tetapi tidak ada NGO yang melakukan apa-apa, kerana masing-masing sibuk mengurus pusat isolasi.
Rupa-rupanya, ramai penghuni pusat isolasi terdiri daripada ketua keluarga, dan keluarga mereka ditinggalkan di rumah tanpa punya bekalan makanan untuk anak isteri.
Kami cepat-cepat melancarkan projek bantuan kecemasan makanan ini, dengan keyakinan bahawa penduduk Malaysia, masih ramai yang sudi menderma.
Apa kata, menjelang Ramadan yang semakin hampir, ayuh kita membantu mereka dengan projek ‘serampang dua mata’, memberi bekal makanan berdepan COVID-19 dan memanaskan badan berdepan bulan mulia.
Sasaran berbaki sudah tidak jauh, tetapi ia hanya keperluan minima bagi mengisi perut anak-anak kita di sini. Sumbangkan seadanya, tanda kita cakna kepada derita mereka.
Sumbangkan ke akaun Maybank CGM 5648 1050 7826 atau klik terus link emergency4gaza.com segera!
Terima kasih kerana berkongsi post ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Calon Setiausaha Pertahanan US Cadang “Tenggelamkan” Kapal Perang China Di Laut China Selatan

Satu kenyataan yang amat membimbangkan. Ini kerana para pemerhati politik berpendapat, jika ianya benar-benar terjadi maka Perang Dunia Ketiga akan meletus sekaligus mengakibatkan dunia akan hancur jika dua kuasa besar China dan Amerika berperang.
Ura-ura hal ini mula dibicarakan selepas calon berpotensi untuk memegang jawatan Setiausaha Pertahanan dari team Presiden baru Amerika Syarikat Joe Biden mengusulkan bahawa Amerika Syarikat harus menenggelamkan semua kapal China di Laut China Selatan dalam tempoh 72 jam untuk meningkatkan penguasaan China di kawasan tersebut.
Express.co.uk melaporkan, Michele Flournoy yang sebelum ini adalah wakil semasa pemerintahan Obama telah diangkat sebagai calon di bawah Joe Biden.
Namun Flournoy telah menyarankan agar kapal perang Amerika harus ditempatkan di Laut China Selatan untuk menyekat penguasaan China di situ.

Satu idea “gila” dari calon bakal Setiausaha Pertahanan ini. Jika ia berlaku, perang dunia ketiga akan meletus..
Lautan ini sering menjadi rebutan kuasa-kuasa besar termasuk penglibatan Amerika di Indo Pasific di mana pada masa Trump memerintah pun, China dan Amerika sering “berdebat”tentang kedaulatan di wilayah tersebut.
Dalam satu tulisan di Foreign Affairs awal tahun ini, Flournoy menyeru agar angkatan laut Amerika Syarikat harus berada di Laut China Selatan malah katanya lagi Washington seakan kehilangan “kemampuan”kerana China sudah terlebih dahulu mengerakkan angkatan laut di kawasan terbabit.
Jadi kata Flournoy, dengan segala kekuatan ketenteraan dimiliki oleh Amerika Syarikat, negara itu harus menenggelamkan kesemua kapal perang milik China termasuk kapal selam, kapal dagang di Laut China Selatan dalam tempoh 72 jam sahaja untuk pemimpin China berfikir adakah mereka layak menakluki kawasan tersebut, soalnya?

Laut China Selatan jadi rebutan kuasa besar termasuk China yang sudah meletakkan banyak kapal perangnya di kawasan ini.
Mahu hentikan penguasaan China
Baru-baru ini, Flournoy mempamerkan sikap anti China dan keinginannya untuk pertahanan Amerika dilihat lebih kuat di kawasan Indo Pasific.
“Kita harus memiliki keunggulan yang cukup. Yang pertama dan terpenting ialah mencegah China dari menyerang atau membahayakan kepentingan negara kita dan sekutu kita selama ini. Perjuangan ini bererti tekad, jelasnya.
Dalam pada itu, ramai pemerhati tidak menyokong tindakan ini kerana ia akan mengakibatkan meletuskan Perang Dunia Ketiga yang mana jika ia benar-benar terjadi, negara di sekitar Laut China Selatan akan paling terjejas. Foto : nbcnews
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

