Cuaca Panas & Kering Bakal Landa Malaysia, Be Safe Guys

Share

Jika beberapa bulan lalu negara kita dilanda musim 'sejuk' kerana mengalami hujan lebat hampir di seluruh negeri, kini Malaysia berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

Menurut berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian

, Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.

Menjelang Februari pula, situasi sama turut melanda Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah.

Hm, patutlah sekarang nak tidur waktu malam pun dah rasa bahangnya tu.

MET Malaysia menerima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan.

Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.

Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!

IKLAN