
Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak dan tidak hanya itu, personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati.

Korang mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.
Terbaru menurut laporan India.com, bintang Juventus ini sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram.

Cristiano Ronaldo telah mengumpul lebih 250 juta followers di laman instagramnya, jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar dengan jumlah 144 juta followers.
Menurut Forbes, Ronaldo akan mendapat ‘elaun’ dari Instagram hampir 1 juta USD setiap kali beliau memuatnaik posting. Wow…bestnya up gambar pun dapat duit!

Pemain yang berusia 35 tahun ini juga terkenal dengan sikap yang suka menghulur bantuan membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama. Jadi, mungkin disebabkan itulah Cristiano Ronaldo menjadi orang pertama ada followers sebanyak ini. Apapun, sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.
Sumber: India.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itali Tidak Lagi Diwajibkan Memakai Pelitup Muka Bermula 28 Jun Ini

Satu ketika dahulu, Itali pernah mengegarkan dunia apabila mencatatkan kes harian positif COVID-19 dengan angka kematian yang tinggi. Dengan catatan sebanyak 4,253,460 kes, Itali kini tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuatkuasa 28 Jun ini.
Menteri Kesihatan, Roberto Speranza membuat kenyataan di laman Facebook, di kawasan yang dikategorikan selamat atau ‘putih’ tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka.

Ia turut merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di Barat Laut. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pelitup muka jika menghadiri perhimpunan sosial yang bersar dan berisiko.
Menjelang akhir Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan termasuk dalam senarai ‘zon putih’ dengan hanya merekodkan 495 kes baru dan 21 kematian di seluruh negara.

Sehingga kini, 30 peratus atau 16 juta dari penduduk Itali yang berusia 12 tahun ke atas telah pun menerima vaksin COVID-19.
Tatkala melihat negara lain sudah kembali mendapatkan kehidupan normal, kita masih lagi struggle untuk membendung wabak pandemik ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita memutuskan rantaian virus ini dengan duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting di luar.
Jika berada di luar, pastikan menjaga SOP dan sentiasa memakai pelitup muka.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gambar PM New Zealand Di Burj Khalifah, UAE Beri Sokongan Ketika Beliau Terima Ugutan Bunuh

Dalam perkembangan terbaru selepas seminggu New Zealand berkabung untuk menghormati mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, sebuah portal di negara itu melaporkan satu ugutan bunuh telah diterima oleh Perdana Menterinya di media sosial.

Portal bernama NEWSHUB New Zealand itu berkata, ugutan terhadap Perdana Menteri, Jacinda Ardern itu disampaikan melalu sebuah akaun Twitter. Ia berbunyi, “You are next” (seterusnya, kamu) bersama gambar senjata dan imej Jacinda.
Satu lagi tweet pula menggabungkan imej Jacinda dengan polis. Kedua-dua tweet tersebut telah terpadam selepas Twitter menggantung akaun pemiliknya semalam.
Ugutan itu hadir selepas Jacinda bersikap tegas di dalam kesemua ucapan dan kenyataan media beliau. “Dia (pengganas) inginkan perhatian melalui perbuatannya, dia ingin profilnya dan motifnya dikenali dunia. Sebab itulah kamu tidak akan mendengar saya menyebut namanya,” kata beliau di parlimen New Zealand.

***
Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberikan sokongan dan menzahirkan simpati kepada Jacinda atas kebijaksanaan dan usaha yang telah dilakukan beliau selepas 50 mangsa beragama Islam maut dan puluhan yang lain cedera.
Semalam juga, bangunan pencakar langit, Burj Khalifah dipancarkan dengan gambar Jacinda Ardern sebagai tanda sokongan terhadap usaha keamanan beliau. Ia juga mempunyai ucapan ‘salam’ di dalam tulisan Jawi dan perkataan ‘peace’ (keamanan) – sama seperti yang tertera di muka hadapan akhbar The Press New Zealand semalam.

Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum juga telah memuat naik tweet bangunan tersebut di akaun milik beliau.
“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand untuk sokongan ikhlas yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas yang mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”
BACA: Ini Sebab Mengapa Kes Arwah Haziq Diumumkan Lambat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UM Terima Kecaman Warganet Kerana Minta Maaf? Ditanya Mana Integriti!

Hanya dengan sekeping surat yang diedarkan kepada media massa, ada pelbagai reaksi timbul mengenainya.
Ada yang mempertikaikan di mana kredibiliti Universiti Malaya yang diiktiraf sebagai universiti awam terbaik di Malaysia menurut ranking dunia yang dikeluarkan sebelum ini.
Ada juga yang terus menulis shame on you UM di posting masing-masing! Ada lagi pelbagai pendapat lain. Semuanya senada tidak berpuas hati dengan tindakan universiti ini meminta maaf kepada graduan, ibu bapa dan tetamu jemputan atas gangguan kepada majlis berikutan tindakan graduan dari Fakulti Kejuruteraan, Wong Yan Ke yang mengangkat placard meminta Naib Canselor UM turun jawatan kerana mendakwa ucapan VC berbaur rasis.
Dalam kenyataan akhbar itu juga, pihak UM berkata tidak akan menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah graduan terbabit (UM tidak menyatakan nama pelajar dalam kenyataan tersebut).
Pengedaraan skrol dan transkrip akademik secara berpusat dilakukan mulai 12 hingga 20 Oktober 2019. Graduan terbabit telahpun dimaklumkan bahawa transkrip akademiknya boleh diambil pada bila-bila masa bermula 18 Oktober.


Selepas kemelut itu dilihat berpanjangan termasuk kenyataan akhbar dari pelbagai pihak, ternyata permohonan maaf yang dikeluarkan oleh UM sekali lagi menerima kecaman warganet.
Ada bertanya di mana integriti UM?
Seorang pensyarah dalam hantaran di fbnya, Anuar Ahmad turut mengeluarkan pendapat mengenai isu ini.
Baca apa yang dikongsikannya.
Saya tidak faham dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Lembaga Pengarah UM ini. Bukanlah niat saya untuk mempertikaikan keputusan tersebut. Saya hormati keputusan mereka sebab itu adalah bidang kuasa mereka.
Cuma bila kenyataan media secara rasmi sudah disebarkan untuk makluman umum, sebagai rakyat biasa yang membaca, saya tentulah membaca untuk memahaminya. Malangnya saya tidak nampak di mana logik dan rasional keputusan mereka. Saya yakin ramai juga yang lain seperti saya.
Soalan saya;
1. Di dalam kenyataan media yang disebarkan, Pengurusan Universiti Malaya bersetuju bahawa seorang pelajar kejuruteraan ( pengurusan universiti tidak berani memaklumkan nama beliau dalam kenyataan media) telah membuat kesalahan dengan sengaja apabila melakukan perbuatan " yang tidak menghormati istiadat dan mencemarkan majlis".
Jika pihak universiti sendiri sudah mengakui pelajar berkenaan telah melakukan kesalahan, mengapakah pelajar yang bernama Wong Yan Ke ini tidak dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib universiti? Bukankah jika terdapat perilaku atau tindakan warga universiti yang melanggar peraturan universiti, pelaku mesti dirujuk ke jawatankuasa tatatertib? Apakah ini bermaksud pengurusan universiti tidak menjalankan tanggungjawab mereka? Di mana letaknya integriti pihak pengurusan universiti ini? Adakah ini juga bermaksud konsep 'rule of law' di Universiti Malaya tidak terpakai dalam kes ini? Saya tidak faham.
2. Berdasarkan kenyataan media ini juga, pihak pengurusan universiti merasa kesal atas gangguan kepada majlis yang telah dilakukan oleh pelajar ini. Pihak urusetia majlis konvokesyen tidak melakukan sebarang kesalahan semasa majlis berjalan sebaliknya pelajar itu sendiri yang telah melakukan kesalahan. Tetapi mengapa pihak pengurusan universiti pula yang membuat permohonan maaf bagi pihak pelajar ini?
Apakah pihak pengurusan universiti bersetuju dengan tindakan beliau sehingga bersedia mewakili beliau untuk memohon maaf kepada para jemputan, ibubapa dan para pelajar yang hadir ke majlis konvokesyen tersebut? Bukankah sepatutnya pelajar ini sendiri yang perlu memohon maaf atas tindakan beliau? Di mana maruah dan harga diri sebuah universiti? Saya tidak faham.
(3) Oleh kerana pelajar ini telah melakukan kesalahan dan ada bukti dan saksi yang melihat, sepatutnya beliau dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib universiti terlebih dahulu. Sehingga jawatankuasa tatatertib selesai bersidang dan membuat keputusan, skrol dan transkip keputusan pelajar berkenaan mestilah digantung dahulu. Ini adalah amalan biasa prosiding tatatertib universiti.
Sama juga keadaannya, bila seseorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan plagiat atau telah ditangkap meniru dalam peperiksaan, keputusan peperiksaan beliau akan digantung dahulu sehingga jawatankuasa tatatertib selesai bersidang dan membuat keputusan. Mengapa di dalam kes ini, pelajar yang bernama Wong Yan Ke tidak melalui prosiding yang sama? Malah pelajar ini dibenarkan mengambil skrol ijazah beliau pada bila-bila masa. Mengapa pilih kasih dan 'double standard' berlaku di universiti tersebut? Saya semakin tidak faham.
Persoalan pasti akan timbul bagi orang lain, adakah pelajar bebas buat apa saja di pentas konvo biarpun pihak universiti mengakui tindakan graduan itu sebenarnya salah? Tepuk dada tanya selera kerana remaja adalah pemimpin di masa akan datang. Namun kita memerlukan remaja yang terpimpin akhlak dan sahsiahnya agar menjadi contoh baik kepada orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

