
Hebat betul penangan lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama Crash Landing On You yang baru berakhir tempoh hari apabila dilaporkan rating episod akhir drama tersebut berjaya mengalahkan drama terkenal Goblin, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tvN.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir Crash Landing On You telah mencapai sebanyak 24.1 peratus manakala rekod tertinggi Goblin pula adalah 20.5 peratus pada Januari 2017.

Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang businesswoman Korea Selatan kaya, Yoon Se Ri yang tersesat ke Korea Utara dan berjumpa dengan seorang askar, Lee Jung Hyeok yang telah menyelamatkannya. Perwira tinggi Korea Utara ini kemudiannya cuba untuk melindungi dan menyembunyikan Se Ri supaya selamat kembali ke Korea Selatan.
Semenjak dari itu, benih-benih cinta mulai muncul di antara mereka berdua.
Nah, confirmlah drama ni sweet gila kan?
Khabarnya ramai juga yang menangis menonton episod akhir Crash Landing On You tempoh hari. Korang pula macam mana?
Sumber: Astro Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Super Volcano Di YellowStone Bakal Meletup? Surah Ad Dukhan Sudah Membuktikan 1400 Dahulu

Semalam, ahli geologi memberi amaran dua pertiga populasi dunia ini akan pupus sekiranya kawah berapi Yellowstone meletus. Kesan dari letusan itu juga akan menyebabkan seluruh Amerika musnah. Menurut Dr Jerzy Zaba dari University of Silesia di Poland, letusan itu sangat berbahaya dan ia merupakan kejadian alam yang tidak dapat dielakkan, lapor Daily Star.
Kawah berapi yang terletak di Yellowstone National Park di Wyoming, Amerika Syarikat ini dilaporkan bakal meletus pada bila-bila masa sahaja dengan beberapa amaran dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya menjangkakan letusan yang sama seperti 640,000 tahun dahulu bakal berlaku sekali lagi dan letusan itu sangat hebat sehingga memusnahkan kebanyakan daerah di AS.
“Bahan-bahan letusan dari kawah itu akan meliputi segalanya dalam radius 500 kilometer.
Malah, akibat dari debu dan pembebas gas dari sulfur monoksida ke ruang udara akan menyebabkan cuaca sejuk.
“Saya turut menjangkakan akibat dari letusan kawah berapi yang menyebabkan perubahan iklim secara drastik, lebih lima bilion penghuni dunia ini akan mati akibat kelaparan,” katanya sepertimana laporan portal Wirtualna Polska.


Di sebalik kejadian yang membimbangkan dunia ini, al-Quran yang menjadi kitab untuk dibaca, dirujuk dan diamalkan oleh umat Islam sudah membicarakan hal ini dalam surah ad-Dukhan sejak 1400 tahun dahulu.
Dinyatakan jika sebuah gunung meletus, abunya dapat berterbangan menutupi atmosfer bumi. Debu yang menutupi langit dapat membuat sinar matahari terhalang dan cuaca di bumi menjadi dingin seketika.
“Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih,” Surah Ad-Dukhan ayat 10-11.
Penduduk bakal dipindahkan besar-besaran
Dalam pada itu Astro Awani dalam laporan, sebagai langkah keselamatan awal, Dr Zaba berkata satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan pemindahan penduduk setempat secara besar-besaran terutamanya apabila ada tanda-tanda letusan dalam masa terdekat ini.
Untuk rekod, sejak 2.1 juta tahun dahulu kawah berapi itu pernah meletus sebanyak tiga kali dan landskapnya akan berubah setiap kali ia terjadi.
Sejak 2001, badan organisasi yang menjalankan kajian pemerhatian dikenali sebagai The Yellowstone Volcano Observatory (YVO) yang diketuai oleh Kajian Geologi AS telah melakukan pemerhatian terperinci kawah berapi itu.
Untuk memahamkan pembaca mengenai Yellowstone ini, seorang pengguna fb atas nama John Mohamed menulis agak detail mengenai Yellowstone ini yang harus kita fahami.
Super Volcano di Yellowstone bakal meletup?
Yellowstone merupakan taman negara yang terletak di daerah Wyoming di Amerika Syarikat, merupakan tempat pelancongan yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai dan para saintis. Sememangnya sangat indah untuk dilawati kerana kawasannya yang mempunyai geiser dan kawah air panas yang berwarna warni.
Yellowstone mempunyai satu rahsia terpendam yang mungkin ramai tidak tahu iaitu terdapat satu ruangan yang cukup besar dan mengandungi magma atau batuan cair. Tempat ini juga merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif cuma mengambil masa yang agak lama untuk meletus. Ahli sains dan kaji bumi yang membuat kajian berkata, terdapat beberapa gegaran kecil iaitu gempa bumi yang lemah akibat magma yang berada dibawah tanah sedang bergerak. Yellowstone mempunyai takungan magma yang besar dan berukuran hampir 5 batu kedalam bumi dan disalurkan oleh magma dari mantle bumi.

Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72km yang boleh dilihat dari angkasa, kalau buka google earth anda akan nampak betapa besarnya kawah Yellowstone ini. Letusannya yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat. Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 3 kali dalam sejarah nya, 2.1 juta tahun,1.3 juta tahun dan paling terbaru 640,000 ribu tahun dulu.
Letusan yang terdahulu menghamburkan kira kira 1000km kubik padu yang bercampur dengan batu serta debu ke langit. Ini bermakna peluang untuk gunung berapi ini untuk meletus kali ke 4 masih besar dan kemungkinan yang paling hebat. Ini menyebabkan ramai saintis dan ahli kaji bumi risau mengenai perkara ini.


Melalui kajian terbaru dan hasil bacaan saya di internet menunjukkan setiap bulan pasti ada berita terbaru yang akan menyebabkan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Yellowstone akan merasa risau, setiap hari akan direkodkan gempa bumi lemah disekitar Yellowstone tersebut.
Para saintis sudah dapat lihat tanda awal kehadiran magma yang menyebabkan pokok disekitar kawasan tersebut mati akibat gas dan suhu tinggi yang mula naik dari bawah tanah.
Kesan buruk akibat letusan Yellowstone ini sangat bahaya, boleh menyebabkan jutaan manusia mati akibat gas dan debu yang sangat beracun, aliran pyroclastic yang mencecah 300kmj dan gas panas setinggi 1000c akan menghancurkan seluruh isi yang terdapat disekitar Yellowstone dan hampir separuh dari negara Amerika akan musnah akibat letusan hebat yang sudah lama menunggu masa untuk meletup dalam abab ke 21 ini.
Beberapa jam selepas letusan berlaku, keadaan disekitar tempat tersebut mula bertukar menjadi gelap segelapnya sehinggakan perlu bantuan lampu, itu pun kalau meletup pada waktu siang. Perubahan iklim yang mendadak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Selang beberapi hari, asap dan debu kemudiannya akan dibawa oleh angin dan akan menutup cahaya matahari dibeberapa negara. Akibatnya banyak tanaman dan haiwan ternakan akan musnah akibat kekurangan makanan, wabak dan penyakit akan melanda seluruh dunia pada ketika itu,kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Winter yang disebabkan oleh debu gunung berapi mengandungi sulfur oksida yang mampu menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.
Partikel halus dan tajam akibat ledakan gunung berapi ini akan mula masuk didalam lautan,tasik dan sungai yang akan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan. Kemungkinan besar pada waktu tersebut akan berlaku kacau bilau yang sangat hebat, mana tidaknya sudahlah makanan dicatu malah air untuk diminum pun hampir kering.
Begitu hebat kesan letupan gunung berapi yang berskala mega ini yang akan menyebabkan jutaan manusia mati, ekonomi akan menjadi tidak tentu, harga makanan melambung tinggi secara mendadak, suhu dunia mulai turun. Manusia yang terselamat pada ketika itu mungkin terkapai kapai untuk menyelamatkan diri.
Tanda-tanda akhir mahu berlaku kiamat
Dinyatakan juga sebahagian dari tanda-tanda berlakunya kiamat yang ditulis dalam buku Tafsir Ilmi dengan tema “Kiamat dalam Perspektif Alquran dan Sains“, dijelaskan bahawa segala peristiwa pasti diawali dengan munculnya tanda-tanda.
Sebelum gunung berapi meletus misalnya, di sekitar kawasan tersebut biasanya terjadi beberapa tanda sebagai isyaratnya.
Tanda-tanda itu seperti udara semakin panas, dedaunan mengering, haiwan-haiwan turun dari gunung, munculnya semburan (letusan) asap dari kawah, dan sebagainya. Bila peristiwa seperti gunung api meletus itu memiliki tanda-tanda, maka kiamat yang merupakan peristiwa besar juga demikian.
Sumber : ASTRO AWANI, FB JOHN MOHAMED
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“He Gave His Career Away To Raise Me,” Anak Lelaki Sham Visa Luah Perasaan

Fenomena rancangan hiburan Gegarvaganza 6 di saluran Astro Ria dilihat semakin menjadi bualan. Salah seorang yang sering menjadi bualan ialah Sham Visa yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia.
Berwajah maskulin dan penuh karakter, Sham menjadi bualan serta kegilaan ramai kerana penampilan terkininya.

Baru-baru ini, anak kepada Sham Visa atau nama sebenarnya Rohisham Hashim telah memuat naik curahan rasa di laman sosialnya.
Shakir Zafran, 16, pelajar tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan memuat naik luahan hatinya mengenai pengorbanan bapanya yang meninggalkan dunia seni dan bekerja tetap demi memastikan masa depan keluarganya terjamin.
Tulis Shakir menerusi akaun Twitternya, @mochizafran, pengorbanan bapanya meninggalkan dunia seni demi membesarkan keluarga tidak ternilai budinya.

“Dia mengorbankan kerjayanya demi membesarkan saya, dia meninggalkan perkara yang dia paling suka dalam hidup untuk memberikan laluan buat saya.
“Saya sangat menghargai setiap jasa-jasamu daddy. Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa saya sayangkan kamu. Terima kasih atas segala-galanya,” tulisnya semalam.

I Love You Son
Tidak habis di situ sahaja, Sham Visa juga sempat membalas curahan hati anaknya itu di laman instagram miliknya.
Netizen Sebak & Beri Respon Positif
Menerusi Tweet yang dibuat Shakir itu, rata-rata warganet telah memberikan respon positif diatas perkongsian tersebut. Mereka telah meninggalkan kata-kata sokongan terhadap Sham Visa dan sentiasa mendoakan penyanyi itu berjaya dalam GV6 dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan Sham dan anaknya. Malah, ramai yang berkata anak-anaknya beruntung kerana memiliki bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tak sabar pula penulis nak tengok abang Sham Visa menyanyikan lagu Afgan bertajuk Terima Kasih Cinta untuk minggu kelima pada Ahad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Muhammad Sajjad Lolos Ke Thailand Dah Macam Filem Spy!

Dari Shah Alam ke Bangkok, Thailand.
‘Kabel’ apalah yang digunakan usahawan kontroversial, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular dengan panggilan Nur Sajat ini gunakan hingga boleh meloloskan diri ke negara seberang itu, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan hari ini?
Okay, pertama sekali kita perlu selami kronologi perjalanan Sajat ke sana pada tahun ini.
Setelah Sajat gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu untuk sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab, waran tangkap telahpun dikeluarkan oleh pihak mahkamah terhadapnya. Bagaimanapun, dia lesap sejurus selepas itu biarpun pada awalnya didakwa bersembunyi di Shah Alam, Selangor.
Pejam celik, hampir tujuh bulan berlalu sejak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil membantu Jabatan Agama Islam Selangir (Jais) untuk menjejakinya bagi melancarkan sebutan kes. Hanya apabila rakan media Harian Metro yang menubuhkan skuad khas bagi menjejaki laluan yang telah digunakan oleh Sajat untuk melarikan diri, barulah terbongkar kedudukan sebenar Sajat yang berada di Thailand pada masa ini.

Sajat dikatakan hanya menggunakan kenderaan yang dipandu dengan bantuan seorang lelaki dari Petaling Jaya untuk ke Padang Besar. Bagaimana dia boleh mencari laluan yang tidak mempunyai sebagai Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak berkuasa, Wallahualam.
Khabarnya, pemandu yang mempunyai kerakyatan Malaysia dan Thailand itu dibayar upah sebanyak RM20,000 untuk membawa Sajat ke utara menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Pemandu yang dipilihnya itu mempunyai kemahiran dengan selok-belok di kawasan sempadan demi meloloskan diri hingga selamat tiba ke Perlis (Padang Besar).
Sepanjang perjalanan di lebuhraya, Sajat dipercayai kekal memakai niqab atau purdah bagi mengelakkan dirinya daripada dikesan.
Setibanya di Padang Besar Perlis, mereka berdua masuk ke gerabak kereta api barangan sebelum lolos melepasi sempadan. Masih di Padang Besar namun di sebelah Thailand, mereka kemudiannya ke Hat Yai.
Di sinilah Sajat khabarnya bertukar ‘partner in crime’ yang membawanya hingga ke Bangkok, Thailand.
Pergh, macam plot filem dah!

Pelarian Sajat ke Thailand ini juga dipercayai berlaku pada Mac lalu semasa perbuatan rentas daerah dan rentas negeri masih longgar kerana status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Itu bermakna, dakwaan Sajat menyewa sebuah kondominium di Bangkok mungkin sekali telah berlarutan selama enam bulan.
Mengulas mengenai isu ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihak PDRM sedang dalam proses ekstradisi untuk membawa pulang Sajat ke Malaysia.
Tambah beliau, apa yang boleh dikongsikan adalah Sajat telahpun ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana memiliki pasport tidak sah. Pada waktu itu, mereka mengesahkan bahawa Sajat ialah individu yang sedang melarikan diri dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Dia kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Thailand pada 9 September atas kesalahan imigresen namun dibebaskan dengan jaminan USD2,000 (kira-kira 8,343) oleh seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Misha.

Dakwaan kononnya dia ditahan bersama seorang lelaki warga Thailand yang berperwatakan wanita tidak disahkan olehnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

