COVID-19 Di Malaysia Makin Tak Terkawal, Barisan Doktor Pakar Mohon Kerajaan Lebih Serius

Share

Saban hari, semakin ramai individu dijangkiti wabak Covid-19 tanpa mengira umur dan latar belakang seseorang, termasuklah di kalangan rakan dan saudara rapat kita.

Merekodkan bilangan kes wabak COVID-19 yang tertinggi dalam masa satu hari, iaitu 3,027 bukan satu benda yang patut dibanggakan dan dijadikan ‘bahan’ jenaka oleh rakyat Malaysia.

Malah ini merupakan petanda buruk buat kita semua dan menimbulkan kegusaran bukan sahaja di kalangan masyarakat tapi dikalangan para frontliner terutamanya para doktor.

Sumber Gambar : Global Times

Semakin hari, semakin tidak terkawal

Menurut Malaysiakini, seramai 46 doktor pakar kesihatan terkemuka telah bertindak menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Barisan pakar ini menyuarakan kebimbangan dan merayu agar kerajaan Malaysia menyediakan satu strategi baharu bagi mengatasi kadar jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat saban hari.

Mereka juga meminta agar proses mendapatkan vaksin COVID-19 dipercepatkan, manakala maklumat mengenai vaksin disampaikan kepada rakyat Malaysia.

Di akhir surat, mereka turut memohon agar isu COVID-19 tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan fokus utama adalah untuk meratakan keluk jangkitan. Bagi korang yang ingin membaca surat terbuka 46 doktor kepada Perdana Menteri, boleh klik disini

.

 

Selain itu menurut laporan Sinar Harian pula, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama tiga rakannya yang juga merupakan bekas Menteri menyeru kerajaan untuk lakukan saringan Covid-19 besar-besaran memandangkan begitu banyak kes positif Covid-19.

Lebih menakutkan sebanyak 80 peratus pesakit Covid19  tidak menunjukkan sebarang gejala.

Sumber Gambar : Soon Hin/ The Star

Selain itu, aplikasi MySejahtera juga perlu diperbaiki dan menambah baik keseluruhan sistem pengesanan kontak yang digunakan iaitu MySejahtera. Hal ini kerana hanya MySejahtera yang dilaporkan hanya mampu mengesan empat peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia.

So, harap korang terus berjaga-jaga dan menjaga kesihatan masing-masing. Moga kita terhindar dari virus pendemik  yang merbahaya ini. Kalau tak ada keperluan tak perlu keluar rumah atau kurangkan aktiviti luar. Sentiasa mencuci tangan dan ikut SOP.

Sumber : Malaysia Kini, Sinar Harian, KKM,

 

IKLAN