Congratulations Mama Scha Alyahya! Rupanya Mengandung 3 Bulan Semasa Finale Hero Remaja

Share

 

Setelah bahagia dengan cahaya mata sulung, Lara Alana yang kini telah memasuki usia 6 tahun, Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya dan pasangannya Awal Ashaari sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua mereka.

Menerusi sebuah posting di Instagram semalam, Awal telah mengumumkan bahawa isteri tercintanya itu kini sedang mengandung.

“Syukur ya Allah di atas rezeki ini. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

“Tiada hadiah yang lebih bermakna di hari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna,” catit Awal.

Awal juga sempat untuk berkongsi bahawa kandungan Scha telah memasuki bulan keempat. Oh, rupanya Scha sedang pregnant 3 bulan semasa siaran langsung episod finale Hero Remaja 2020 pada 16 Julai lepas!

Pandai cover eh, hehe..

Selain itu, Lara turut ‘mengumumkan’ bahawa bayi yang dikandung itu adalah bayi lelaki. Aikk, cepat betul 4 bulan sudah tau jantina bayi. Hiks, nak sangat adik lelaki la tuh.

Dalam pada itu, ramai rakan selebriti yang tampil memberikan ucapan tahniah kepada Scha, Awal dan Lara.

Alhamdulillah, ramai yang turut gembira dengan berita tersebut dan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan. Tahniah guys!

Jom lihat beberapa lagi Mama Dewi yang telah bergelar hot mommies.

 

 

IKLAN