Peluang menyertai Miss Universe New Zealand 2018 sudah cukup bermakna untuk diri gadis berhijab ini. Apatah lagi memasuki TOP 5!
Sekitar bulan Mei lalu, Nurul Zuriantie Shamsul menjadi bualan hangat ramai orang di Malaysia dan Indonesia berikutan penyertaan viralnya di dalam pertandingan ratu cantik.
Sebagai peserta pertama yang berhijab dalam sejarah pertandingan Miss Universe New Zealand, remaja kelahiran Ampang Selangor ini tak pernah berhenti untuk memuat naik gambar aktiviti terbaru yang dilakukannya bersama peserta ratu cantik lain.
Semalam merupakan hari jadi Nurul yang ke-21. Semalam juga adalah pentas akhir pemilihan Miss Universe New Zealand and she got her present there and then!
Nurul terpilih menduduki tempat kelima dalam pertandingan tersebut. Bukan saja Nurul dan keluargan yang merasa bangga, malah kami di Malaysia juga turut berbangga dengan keputusan tersebut!
Dalam posting di Instagram, Nurul berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menyokong penyertaannya. “Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Ini hanyalah permulaan untuk saya dan saya tak sabar untuk menantikan peluang yang akan diberikan oleh Allah selepas ini.
“Hari ini juga adalah hari jadi saya ke-21, jadi ini adalah chapter terbaru dalam hidup saya!” katanya sambil sempat membalas komen followers yang mengucapkan tahniah.
Ads
Pelajar jurusan psikologi di University of Waikato ini menjadi bualan netizen di internet berikutan imej berhijabnya dikatakan tak selari dengan pertandingan ratu cantik. Namun, Nurul telah menjelaskan yang Miss Universe New Zealand tidak menyelitkan segmen pakaian renang sejak 6 tahun lalu.
“Saya tenang saja sepanjang pertandingan ini berlangsung. Tak sekalipun hijab yang saya pakai ini menjadi kekurangan untuk saya sebagai peserta.”
Apa pun REMAJA ucapkan TAHNIAH kepada NURUL!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay pengguna telefon pintar Samsung, sekarang tiba masa untuk korang berlagak sedikit dengan pengguna iPhone!
Khas sempena pembukaan hall pawagam baru iaitu Samsung ONYX Hall di kompleks membeli-belah Atria Shopping Gallery Damansara, MBO menawarkan promosi istimewa untuk pengguna telefon pintar Samsung.
Bermula 5 Julai lalu sehingga 5 Ogos akan datang, korang boleh menebus 1 tiket percuma bagi setiap tiket filem yang ditayangkan di Samsung ONYX Hall, MBO Atria. Jimatlah sedikit nak pergi dating, hiks!
Caranya mudah saja. Korang hanya perlu memuat turun Samsung Members App di Play Store dan redeem tawaran ‘Beli 1 Percuma 1 Tiket ‘ dengan memberikan kod e-voucher semasa membeli tiket yang pertama di kaunter MBO.
Untuk pengetahuan korang, skrin Onyx Cinema LED ini adalah yang pertama sepertinya di cawangan MBO Cinemas Malaysia hasil kerjasama bersama Samsung.
Selain resolusi skrin pawagam yang lebih tajam (High Dinamic Resolution), warna pada skrin juga tepat dan bebas daripada masalah distortion. Korang mesti selalu annoyed kan bila visual pada skrin kelihatan pelik? Sekarang tidak lagi.
Audio yang disampaikan juga berkualiti menerusi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang jelas dan seimbang. Penulis juga berpuas hati dengan tempat duduknya yang luas dan diperbuat daripada kulit.
Pada pemerhatian penulis, filem yang sedang ditayangkan di hall Onxy hanyalah Spider Man: Far From Home sahaja buat masa ini.
Selain daripada hall Onyx, MBO Atria juga mempunyai hall menarik seperti Big Screen (antara skrin terbesar di pawagam Petaling Jaya) dan MBO KECIL untuk pawagam mesra kanak-kanak.
*
VIDEO REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ramai yang ‘gian’ untuk pergi melancong selepas beberapa bulan sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Namun ada berita baik buat semua kaki travel, melihat perubahan positif penularan COVID-19 yang semakin reda dari sehari ke sehari membuatkan Suruhanjaya Eropah pada minggu lalu telah mengumumkan pelan bagi membuka semula pintu sempadan negara mereka untuk memulihkan industri pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik itu.
Nah, 12 senarai destinasi pelancongan yang mula memberi “lampu hijau” kepada para traveller untuk berkunjung menjelang musim panas nanti
1) PORTUGAL
Bermula pertengahan Mac lalu, Portugal telah melonggarkan sekatan kepada rakyatnya dengan membenarkan kembali kedai dan restoran beroperasi semula dan menjadi salah satu negara Eropah pertama yang bakal menyambut kedatangan pengunjung luar.
Menteri Luar Portugal, Santos Silva mengumumkan meskipun penerbangan dari luar Kesatuan Eropah belum lagi diberi lampu hijau sehingga 15 Jun ini namun mereka tetap membenarkan kemasukan pelancong lain terutama dari negara Eropah dan pemeriksaan kesihatan yang ketat akan dilaksanakan di lapangan terbang.
Untuk rekod, Portugal mencatatkan sebanyak 31,007 kes positif COVID-19 dengan 1,342 kematian.
2) FLORIDA
Kepulauan Florida di Amerika Syarikat mula ditutup kepada pelancong sejak 22 Mac lalu.
Disebabkan nadi ekonomi rangkaian pulau-pulau di sana bergantung kepada sektor pelancongan, justeru lokasi itu diharap dapat beroperasi semula bermula 1 Jun, sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Pejabat Pengurusan Florida Keys dan Key West, Rita Irwin.
Selain bakal melaksanakan penjarakan sosial dan garis panduan pembasmian kuman, fasa pertama pembukaan semula destinasi pelancongan di Florida hanya akan dihadkan kepada separuh sahaja kuota penginapan dan angka itu akan dinilai semula menjelang akhir bulan ini.
3) MEXICO
Beberapa tempat pelancongan terkenal di Mexico seperti Cancun, Tulum, dan Riviera Maya dijangka bakal menyambut kehadiran pelancong antarabangsa antara 8 hingga 10 Jun ini, menurut Mexico News Daily.
Pembukaan semula ini bertepatan dengan penyambungan kembali penerbangan dari AS, Kanada, dan Eropah ke kawasan itu.
Seiiring dengan pembukaan semula destinasi pelancongan tersebut, protokol kebersihan baru juga akan disediakan.
Menariknya bagi mengalu-alukan kedatangan pelancongan, Cancun dan beberapa destinasi lain di Quintana Roo turut menawarkan penginapan semalam percuma dan diskaun menarik lain kepada pengunjung yang bercuti ke sana sepanjang tahun ini.
4) CYPRUS
Cyprus dijangka mula menyambut pelancong pada 9 Jun depan.
Namun, ia hanya merancang untuk membenarkan pengunjung dari negara-negara yang dianggapnya “selamat,” dan yang mempunyai kadar jangkitan yang rendah.
Terdapat 19 negara dalam senarai ini antaranya Jerman, Austria, Greece, Finland, Denmark, dan Norway.
5) ICELAND
.
Perdana Menteri Iceland mengatakan bahawa negara itu bakal memberikan lampu hijau untuk pelancong pada 15 Jun nanti.
Hanya pelancong yang disaring dan negatif ujian COVID-19 sahaja yang akan dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.
6) GREECE
Sebilangan besar perniagaan di Greece seperti salun rambut dan kedai buku telah dibuka sejak awal Mei lalu.
Sementara bermula 1 Jun, hotel dibenarkan untuk beroperasi semula bagi membuat persediaan menerima kedatangan pelancong ke negara itu mulai pertengahan Jun ini.
7) ITALI
Itali merupakan negara yang mencatatkan rekod lockdown paling lama di Eropah iaitu dari 10 Mac hingga 4 Mei apabila 62 juta penduduknya diarahkan untuk mengasingkan diri di dalam rumah.
Namun kini pemerintah Itali mengumumkan bahawa negaranya merancang untuk mengizinkan perjalanan antarabangsa mulai 3 Jun.
Fasa pertama hanya orang Eropah yang akan dibenarkan mengunjungi Itali dan menjelang 15 Jun nanti barulah pengunjung dari luar Kesatuan Eropah pula diberikan lampu hijau berkenaan.
8) VIRGIN ISLAND, AS
Menurut sidang media, Gabenor Albert Bryan Jr telah bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan, Jabatan Kesihatan, dan Persatuan Pelancongan Kepulauan Virgin AS untuk membenarkan kedatangan pelancong pada 1 Jun.
Ia selepas situasi semasa di kepulauan itu dilihat semakin pulih dan membaik.
Setakat ini, Kepulauan Virgin, Amerika Syarikat merekodkan 69 kes positif COVID-19 dengan 6 kes kematian.
9) SAINT LUCIA
Pemerintah Saint Lucia mengumumkan pembukaan kembali secara berperingkat kepada pelancong mulai 4 Jun, menerusi kebenaran semula penerbangan antarabangsanya.
Bagaimanapun, pengunjung perlu mengemukakan ujian COVID-19 negatif semasa ketibaan, dan semestinya diwajibkan melakukan pemeriksaan suhu di lapangan terbang, hotel, dan di restoran, serta keperluan memakai topeng dan melakukan penjarakan sosial.
Saint Lucia mempunyai hanya 18 kes positif COVID-19 yang disahkan, tanpa ada sebarang kes kematian.
10) KEPULAUAN CARRIBEAN
Caribbean National Weekly melaporkan bahawa Menteri Pelancongan Antigua dan Barbuda, Charles Fernandez mengatakan dalam pertemuan maya untuk membuka semula pintu masuk negara itu menerusi penerbangan American Airlines dari Miami yang dijadualkan pada 4 Jun ini.
Ia akan menjadi penerbangan penumpang antarabangsa pertama ke negara ini dalam tempoh 10 minggu sepanjang perintah berkurung.
Antigua dan Barbuda menyaksikan 25 kes positif COVID-19 dan 3 kematian.
11) SEPANYOL
Menurut Reuters, Menteri Pengangkutan Sepanyol, José Luis Ábalos berharap pelancong akan mula diberikan kebenaran untuk berkunjung ke negara itu bermula akhir bulan Jun.
Namun, tidak ada perincian lebih lanjut yang diberikan.
Walaupun kuarantin selama 14 hari wajib dilaksanakan untuk pengunjung yang tiba di Sepanyol sejak minggu lalu, namun Ábalos mengatakan bahawa sekatan perjalanan itu akan dicabut secara beransur-ansur tidak lama lagi.
12) ARUBA
Aruba mengumumkan bahawa ia akan menyambut kedatangan pengunjung antara 15 Jun dan 1 Julai.
Ketika ini pihak berkuasa Aruba sedang giat mempertimbangkan langkah-langkah pencegahan tambahan jika diperlukan sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong luar.
Sehingga kini, Aruba mempunyai 101 kes positif COVID-19 dengan 3 rekod kematian.
Amacam, ada berani tak travel ketika kita masih tiada vaksin Covid-19 ini. Tepuk dada tanya la selera!
Sumber: Insider.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja ‘turun padang’ dan melepaskan rindu kepada peminat di Malaysia pada April lalu, kini kumpulan pop rock dari Korea Selatan, CNBLUE mengumumkan sekali lagi khabar gembira buat BOICE di Kuala Lumpur!
Terbaru, agensi CNBLUE, FNC Entertainment melalui laman sosial berkongsi poster pengumuman konsert ‘2024 CNBLUE LIVE – VOYAGE into X IN ASIA’ yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini.
Kredit: FNC
Menurut agensi berkenaan, kumpulan yang menjadi salah satu tunjang generasi kedua dunia hiburan K-pop itu akan melawat beberapa bandar di negara Asia seperti Macau, Taipei, Bangkok, Kuala Lumpur, dan Hong Kong.
Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa dan bagi butiran tempat, tarikh, dan pembelian tiket di Malaysia masih belum rasmi dikeluarkan.
Sekadar info, CNBLUE dianggotai oleh Yonghwa (vokalis utama & gitar), Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bass) mula meraih populariti pada tahun 2009. Kumpulan pop rock ini pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2008 hingga sekarang.
Woah! Memang seronok betul kalau jumpa dua kali setahun macam ini kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!