
Dari golongan kanak-kanak hingga dewasa, McDonalds sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sebagai makanan segera kegemaran ramai. Pastinya kita semua sudah kenal dengan bungkusan setiap makanan yang ditawarkan.
Terbaharu, Pearlfisher, sebuah agensi penjenamaan telah mereka semula bungkusan untuk McDonalds bagi menyuntik ilustrasi menu-menu klasik jenama ini dengan lebih menarik. Bungkusan ini bakal diperkenalkan di semua rangkaian global restoran yang terkenal dengan maskot badut ini.

Bungkusan yang direka semula ini merupakan satu simbolik yang menjadi refleksi kepada keriangan yang dilalui ketika menjamu selera. Setiap makanan akan dihidangkan dan dibungkus di dalam bungkusan yang mewakili apa menu di dalamnya.

Menurut Hamish Campbell yang merupakan seorang pengarah kreatif di Pearfisher kepada Deezen, “Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk membawa keriangan McDonalds kepada setiap bungkusan. Cara ini menjadikan setiap menu mudah dikenali tanpa perlu diperkenalkan apa yang berada di dalam bungkusan.”

CORAK SEGAR & MODEN
Jika dilihat kepada setiap rekaan bungkusan, ia direka dengan cukup berseni dengan tampilan rekaan grafik yang moden dan warna-warna menarik. Sebagai contoh rekaan kotak bungkusan Fillet-O-Fish diberikan suntikan corak lautan dalam rona biru (Turqoise) dan bungkusan Egg McMuffin pula diberi corak telur di atas bungkusan. So cute!

Selain dari corak grafik yang menarik, bungkusan yang telah direka semula ini hanya akan menampilkan nama menu dan juga logo sahaja.
Sumber gambar: worldbrandesign.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemas Kini STR 2026: Panduan Lengkap & Elak Gagal Permohonan

Kemas Kini STR 2026 dan permohonan baharu kini rasmi dibuka mulai 13 Oktober 2025. Tapi, sebelum anda terus tekan butang ‘Daftar Pengguna Baharu’, pastikan anda tahu sama ada akaun anda memang perlu didaftarkan semula atau hanya perlu dikemas kini sahaja. Ramai yang tersilap langkah di bahagian ini hingga menyebabkan permohonan gagal diteruskan.
STR merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini diberikan secara tunai kepada mereka yang layak mengikut kategori — isi rumah, warga emas dan individu bujang.

Siapa Perlu Kemas Kini STR 2026?
Kalau anda penerima STR sedia ada, berita baik — anda tak perlu daftar akaun baharu. Anda hanya perlu kemas kini maklumat melalui akaun MySTR sedia ada. Ini penting untuk memastikan segala data anda masih tepat dan pembayaran bantuan tidak terganggu.
Kemas kini wajib dibuat jika anda tergolong dalam mana-mana situasi berikut:
- Tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut;
- Mempunyai perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak atau pendapatan isi rumah;
- Ingin menukar akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon atau maklumat waris;
- Berlaku perubahan status pasangan seperti cerai atau kematian.

Bagi mereka yang belum mempunyai akaun bank semasa permohonan terdahulu, inilah masa terbaik untuk menambah maklumat tersebut agar bayaran STR 2026 terus dikreditkan tanpa masalah — supaya proses Kemas Kini STR 2026 berjalan lancar tanpa perlu tunai di kaunter.
Langkah Mudah Kemas Kini Akaun MySTR
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik butang ‘Semak’ untuk log masuk ke akaun MySTR.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, pilih menu ‘Kemas Kini Permohonan’.
- Semak semua maklumat anda dan kemas kini jika ada perubahan.
- Klik ‘Hantar’ dan simpan nombor rujukan permohonan untuk rujukan masa depan.
Tip pantas: Sebelum hantar, semak ringkas draf Kemas Kini STR 2026 anda (akaun bank, alamat, waris) bagi elak ralat teknikal atau maklumat bercanggah.
⚠️ Penting: Jangan klik ‘Daftar Pengguna Baharu’ jika anda sudah ada akaun MySTR. Sistem akan mengesan akaun sedia ada dan menyebabkan pendaftaran anda gagal diteruskan.

Bagi Pemohon Baharu STR 2026
Kalau anda belum pernah memohon STR atau permohonan terdahulu ditolak, anda perlu buat permohonan baharu. Caranya:
- Masukkan nombor kad pengenalan (IC).
- Isikan alamat e-mel aktif.
- Sahkan akaun melalui pautan yang dihantar ke e-mel.
- Tetapkan kata laluan baharu dan soalan keselamatan.
- Log masuk semula dan lengkapkan maklumat peribadi serta dokumen sokongan.
Permohonan baharu ini dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025, jadi jangan tunggu sampai tarikh akhir untuk elak kesesakan sistem.
Siapa Layak Mohon STR 2026
Bagi mereka yang baru nak mohon, berikut syarat kelayakan asas STR 2026:
- Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah;
- Individu bujang / tiada pasangan / tiada anak dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah;
- Warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini dan mempunyai MyKad yang sah.
Kenapa Penting Untuk Remaja Ambil Tahu Tentang STR
Walaupun STR biasanya dikaitkan dengan keluarga berpendapatan rendah, remaja yang sudah bekerja atau membantu keluarga juga boleh memohon jika layak. Bantuan ini boleh membantu meringankan beban bulanan seperti sewa bilik, pengangkutan, atau perbelanjaan asas.
Selain itu, memahami cara urus dan kemas kini STR juga mengajar anak muda tentang pentadbiran kewangan asas — satu kemahiran penting bila dah mula hidup berdikari.
Soalan Lazim Ringkas (Tambahan)
Perlu daftar semula akaun?
Tidak, jika anda penerima sedia ada. Anda hanya perlu Kemas Kini STR 2026 melalui MySTR sedia ada kecuali maklumat anda berubah atau tidak dikemas kini selama tiga tahun.
Bila masa sesuai untuk kemas kini?
Sebaiknya sekarang. Lagi awal anda buat Kemas Kini STR 2026, lagi cepat semakan berjalan dan kurang risiko kesesakan sistem.
Kemas Kini STR 2026 bukan sekadar isi borang — ia langkah penting untuk pastikan bantuan diterima dengan lancar. Jadi, semak akaun MySTR anda hari ini, kemas kini maklumat jika perlu, dan pastikan anda tak silap klik ‘Daftar Baharu’ kalau akaun lama masih aktif.
Jangan tunggu saat akhir — proses Kemas Kini STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan akan terus berjalan sepanjang tahun. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hak bantuan anda dengan cara yang betul dan mudah!
BACA LAGI : Nor Farah Ain Cipta Sejarah, Dinobat Pemain Boling Padang Nombor Satu Dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elak Memandu Ketika Mengantuk, Ini Simptom Microsleep Pemandu Wajib Alert

Pernah tak korang mengalami situasi dimana semasa memandu, korang hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.
Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.

Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.
Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.

Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:
• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun
Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh korang buat?
• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Stay safe guys!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hapuskan Istiadat Tabal Jin Di Istana Perak. Tan Sri Harussani Berani Menentang Amalan Khurafat

Setiap kesultanan memiliki keistimewaan dan juga sejarahnya yang tersendiri. Negeri Perak merupakan negeri berdaulat yang memiliki sejarah panjang. Ketika jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Syah I telah mangkat di Kampar, Sumatra dan meninggalkan dua anak lelaki. Sultan Alauddin Riayat Syah II dan Juga Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Alauddin Riayat Syah II telah menjadi Sultan Johor lama yang pertama manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah dijemput untuk menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528. Sehingga kini telah 35 orang sultan ditabalkan bagi mengetuai negeri bertuah ini.
Suatu ketika dahulu banyak amalan istiadat bertentangan agama yang dilakukan di dalam Istana Perak. Antaranya adalah Istiadat Tabal Jin yang dilakukan pada sebelah malam yang mana ketika siang harinya berlangsung istiadat pertabalan Sultan Perak. Istiadat ini dipercayai sebagai untuk membuktikan kedaulatan seseorang Sultan apabila menaiki takhta.

Ketika mula-mula menjadi Mufti Perak pada tahun 1985, apabila mengetahui amalan sebegini dilakukan sebelum ini, Tan Sri Harussani menasihati sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Azlan Shah untuk menghentikan amalan yang bertentangan dengan agama ini di Istana. Biarpun begitu, beliau bukanlah memarahi atau menghina sebaliknya dengan baik cuba memahamkan perkara-perkara yang khurafat bertentangan dengan ajaran Islam.
Sultan Azlan Shah yang bersikap terbuka mendengar pendapat tersebut akhirnya memansuhkan Istiadat Tabal Jin dan ia digantikan dengan Istiada Tabal Pusaka yang tidak melibatkan sebarang anasir lain yang menyekutukan Allah SWT ataupun penggunaan sebarang mantera.
Selain istiadat Tabal Jin satu lagi amalan yang telah berjaya dimansuhkan dari Istana perak adalah amalan memasang ‘sangkar-sangkar’ disekeliling Istana.
Hasil daripada nasihat-nasihat yang diberikan, ketika majlis pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35, tiada unsur-unsur khurafat yang melanggar syarak berlaku, sebaliknya istiadat yang dilakukan lebih kepada memelihara adat dan adab Melayu yang diwarisi dari turun temurun.
*** P/S – Tan Sri Harussani mula menjawat jawatan sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Mei 2021. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan juga Almarhum Sultan Azlan Shah yang sama-sama membawa perubahan dalam istiadat di Istana Perak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

