“Comel Tuanku Jadi Pelajar”, Agong Buat Kejutan Dalam Kelas Sekolah…

Share

Sebagaimana kita tahu, sekolah baru je mula beroperasi beberapa hari lepas setelah beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid19 di Malaysia yang akan melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.

Sebentar tadi, Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi perkongsian instagram Istana_Negara berkenan meninjau pembukaan semula sekolah yang bermula sejak dua hari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencerminkan keprihatinan tinggi baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru serta murid di seluruh Malaysia.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah dan para guru atas persediaan rapi bagi menjamin keselamatan selain mengelakkan risiko jangkitan.

Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan norma baharu termasuk penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan.

Berangkat sama, anakanda baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para guru dan murid sebelum mengakhiri lawatan kerja ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen netizen yang menu yang kelakar!

Ternyata Baginda amat prihatin dengan nasib rakyat yang bertungkus-lumus untuk melaksanankan tugasan masing-masing.

Ada juga yang memuji tuanku nampak comel!

Bestnya dapat jumpa Yang di-Pertuan Agong, untung kau dik.

Sumber : Instagram Istana_Negara

IKLAN