Comel Sangat Sampai Selalu Dijadikan ‘Sticker WhatsApp’, Netizen Terkejut Si Comel Dah Besar!

Share

Imej comel kanak-kanak yang berasal dari Korea Selatan ini pasti dikenali ramai rakyat Malaysia terutama sekali bagi mereka yang aktif menggunakan aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Baby Shaqeel Hampir ‘Overshadow’ Abangnya, Meerqeen Dalam Kempen Raya Elrah Exclusive

Korang jangan terkejut tau kalau tahu yang hampir 1001 keping gambar Si Comel ini pernah dijadikan sticker WhatsApp di pelbagai negara. Wowzers

sangat!

Tapi apa sebab utama imej kanak-kanak ini tular sehingga sebegitu sekali eh?

Pada asalnya, kanak-kanak ini dahulunya tular secara tidak sengaja pada usia 3 tahun selepas ibunya memuat naik gambar comel ke media sosial.

Wah dah besar lah Rohee! 

Sejak itulah fotonya banyak dijadikan gif, meme dan sticker di kebanyakan aplikasi perbualan. Malahan, ada peminat antarabangsa yang membuat kelab peminat kerana terlalu obses dengan telatah Si Cilik ini.

Haaaa….cuba korang tengok gambar-gambar di bawah. Mesti ada yang pernah digunakan sebagai sticker ketika berbual rancak di aplikasi WhatsApp kan?

Kini, Rohee atau nama penuhnya Jin Miran sudah meningkat dewasa dan menjadi kakak yang berwibawa kepada adik perempuannya. Turut difahamkan kini dia sudah menjangkau usia 7 tahun dan wajahnya yang comel mula beransur menjadi cantik pula!

Rohee dan adik perempuannya.

Cepat sungguh masa berlalu kan? Korang jangan rasa tua sangat pulak tau!

BACA LAGI: Kena ‘Adapt’ Dengan Generasi K-Pop, Ajai Titip Nasihat Buat Peserta Big Stage

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Instagram Jinmiran

 

IKLAN