Kata orang, trend fesyen itu kan silih berganti. Kadangkala dilupakan, kadangkala ia muncul semula secara tiba-tiba!
Begitulah perumpaan yang tepat terhadap trend foamies yang dilihat semakin diterima semula oleh remaja di Malaysia setelah beberapa tahun dipandang sepi.
Adakah ia kasut? Adakah ia sandal? Sukar untuk kami kategorikannya, apa yang pasti foamies akan menjamin keselesaan kepada sang pemakainya. Bukan sahaja ia hadir dengan warna dan paten comel, malah kini ia dilihat sebagai aksesori trendy yang wajar korang miliki.
Terbaru, jenama pakaian sukan dan gaya hidup, Skechers telah muncul dengan koleksi Skechers GOWalk 5 Foamies versi Pokémon.
Pada awalnya, REMAJA meramalkan ia akan digemari oleh peminat animasi popular dari Jepun itu untuk dijadikan sebagai item koleksi. Namun tidak sangka pula, mereka yang bukanlah peminat Pokémon tegar pun inginkannya kerana kecomelan lima karakter yang ditawarkan!
Ads
Ini termasuklahh karakter Eevee, Jigglypuff, Charizard, Snorlax dan tentunya yang disarungkan oleh pelakon Thailand Mew Suppasit ini iaitu Pikachu.
Pikachu.
Bukan sahaja populariti lima karakter ini menjadikan koleksi Foamies ini menjadi rebutan ramai, malah pemakainya juga mengakui keselesaan yang ditawarkan ole Skechers menerusi teknologi kusyen ULTRA GO pada bahagian tapak midsole.
Kesemua rekaannya ini juga sesuai digayakan oleh lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Cuba bayangkan sekiranya korang dan pasangan menggayakan karakter Pokémon yang sama, serius comel!
Ads
Lagipun, korang tidak pelu risaukan dengan kemungkinan hari hujan memandangkan foamies ini lengkap dengan sistem ‘draining’ agar ia mudah kering.
Eevee.Jigglypuff.
Bagi karakter Pikachu, Eevee dan Jigglypuff, ketiga-tiganya hadir dengan pilihan untuk pemakai wanita dan boleh didapati pada harga RM279. Manakala karakter Charizard, Snorlax dan sekali lagi, Pikachu hadir dalam saiz untuk pemakai lelaki dan juga boleh didapati pada harga yang sama.
CharizardSnorlax.
Menariknya, korang juga berpeluang mendapatkan ‘dry bag’ Pokémon secara PERCUMA sekiranya korang mendapatkan dua barangan daripada koleksi Skechers GOWalk 5 Foamies Pokémon ini di stor konsep Skechers selagi stok masih ada.
Ads
Korang juga boleh mendapatkan koleksi istimewa ini di laman web rasmi Skechers, platform Lazada mahupun platform Shopee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal si cantik manis Nynaa Harizal, yang kini rezekinya mencurah-curah apabila memenangi tempat ketiga Dewi Remaja 2019. Bakat sebenarnya menyerlah penuh gah, membuka mata, menangkap setiap jiwa sekalian pemuja yang pernah menjelingnya sebelah mata. Meskipun masih baru untuk melebarkan sayap, namun fenomena lakonannya telah mencetuskan debaran.
Dek kerana tema pada bulan ini berkisar tentang cantik. Penulis mengajukan soalan rejim penjagaan kulit Nyna yang sentiasa manis, flawless tanpa cela dan noda.
Nyna juga memiliki pendapat tersendiri apabila disoal tentang kecantikan. “Beauty is subjective”. Nyna percaya jika seseorang itu ‘cantik’ dari dalam, kecantikan itu akan bersinar ke luar. Cuma ia bergantung kepada individu itu sendiri mencari cantik dari aspek apa. Nyna mengakui sangat menitik berat tentang ‘kindness’ sebab itu yang paling penting sebenarnya.
Oh ya! Nynaa juga aktif menjadi duta dan model untuk produk kecantikan antaranya ialah NUvits dan Pixy Kosmetik. Bertuah sungguh ada pakej lengkap ini!
Mengemari lakonan dan personality figura Angelina Jolie, Nyna selalu rasa terpukau dengan aksi dan lakonan bersahajanya. Malah, solekannya yang ringkas memberikan auranya tersendiri.
Pabila diajukan soalan tentang cara penjagaan kulit ketika berkerja, Nyna menyatakan berkecimpung di dalam dunia hiburan dan lakonan ini memerlukan dia mengunakan solekan yang tebal ketika pengambaran memudahkan kulit untuk ‘breakout’ jadi nak tumbuh jerawat tu memang cukup senang.
Jadi apa yang dilakukan oleh Nyna ialah sebelum tidur wajib cuci muka dan tanggalkan segala solekan di wajah, selain itu minimum dua kali cuci muka, dan aplikasikan skrub di wajah. Berkongsi rahsia kulit cerah, bersih dan mulusnya, Nyna mengunakan produk kecantikan Nuvits dari mula sampai habis. Ia merangkumi pencuci,krim pemutih, krim moisturizer, krim jerawat dan sebagainya.
“Nyna juga mengamalkan air 8 gelas satu hari, setiap minggu kena pakai mask 20 minit dah mencukupi dan selalu pergi facial . Sebulan sekali facial atau 2 minggu sekali jika selalu mengunakan solekan yang tebal”
So kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang Nynaa Harizal, jangan lupa muat turun majalah Remaja isu April-Jun 2020 secara digital menerusi aplikasi eMall di App Store & Google Play.
Dalam sesebuah perkahwinan semestinya busana memmainkan peranan penting dalam menaikkan seri seorang pengantin. Ia merupakan satu elemen penting dalam mencipta sebuah memori yang akan kekal ke akhir hayat.
Kelmarin, pasangan merpati dua sejoli, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mengumumkan kepada umum yang mereka sudah pun melangsungkan pernikahan pada tanggal 5 November yang lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu cukup sempurna dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat terdekat.
Uqasha dan Kamal dalam busana rekaan Shanell Harun.
Untuk majlis tersebut, pasangan ini telah memilih untuk menggayakan dua persalinan. Bagi majlis akad nikah mereka dilihat mengenakan persalinan serba putih rekaan Shanell Harun dan kemudiannya mereka menggayakan persalinan songket rona biru rekaan pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini.
Menariknya tentang busana songket ini, warna biru yang dipilih menyerlahkan nuansa aura yang sangat mahal dan eksklusif. Uqasha pula kelihatan sungguh menawan bagai seorang permaisuri di masa silam. Lengkap dengan perhiasan cucuk sanggul dan pending, gaya Uqasha memegang keris bersepuh perak melambangkan pesona seorang wirawati.
Menurut Rizman Nordin yang merupakan salah seorang pereka fesyen di sebalik jenama Rizman Ruzaini dalam temubualnya bersama klip eksklusif Gempak, “Kita elaborate dari stail Cik Siti Wan Kembang, dan kami buatkan busana tersebut menjadi moden. Sebab itu kalau anda perasan, nampak macam ada selendang. Sebenarnya kita terus drapekan pada gaun tersebut. Konsepnya memang beinspirasikan Cik Siti Wan kembang.”
Sesuai benar konsep Cik Siti Wan Kembang memandangkan Uqasha juga merupakan seorang anak seni yang berdarah Kelantan. Jadi tidak hairanlah jika figura hebat tersebut menjadi inspirasi di sebalik penghasilan busana ini.
Untuk majlis pernikahan ini wajah Uqasha telah disolek oleh jurusolek terkenal, Syed Faizal Syed Noh dan rambutnya pula didandan oleh Syuk Kadir.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Ainul Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lalu dengan pasangannya, Khalid Redzuan. Mempelai sama cantik dan sama padan ini yang sudah sekian lama bercinta disambut dalam majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pastinya busana yang digayakan ratu sehari menjadi perhatian. Ainul yang berkulit hitam manis ini tampil cantik dan elegan dalam rekaan jenama fesyen tersohor tempatan iaitu Hatta Dolmat dan DPLKL.
Memilih busana jenama DPLKL untuk majlis penikahannya, rekaan gaun potongan duyung itu diberikan ilusi seumpana kurung moden dengan olahan draping pada pinggang. Memilih warna putih gading, Ainul dalam hantaran di Instagramnya meluahkan rasa, “In love with my beautiful nikah dress and whole look. I’m not over it yet.”
Rekaan DPLKL ini sangat regal dan menjadikan wanita berusia 37 tahun ini anggun menawan. Campuran fabrik renda mewah, sulaman bunga 3d dan juga tatahan jemeki menyempurnakan keseluruhan rekaan. Paling menarik, penghujung labuh gaun tersebut diberi kelainan dengan fabrik diolah menggunakan teknik lisu yang memberi satu keunikan.
Beralih pula ke busana resepsi, pereka fesyen terkenal Malaysia, Hatta Dolmat menjadi pilihan si ratu sehari. Seperti yang semua tahu, Hatta memang cukup terkenal dengan sentuhannya yang magikal tatkala mereka busana yang grandeur.
Memenuhi impian Ainul, pereka fesyen ini telah menghasilkan rekaan gaun kembang siap dengan riben besar di bahagian belakang bagi menambahkan lagi ‘drama’ kepada rekaannya. Jika dilihat dari dekat, peletakan perincian kepada busana ini cukup dramatik, bukan sekadar disulam begitu sahaja, bahkan ia disusun secara kreatif bagi memberi efek penuh mewah.
Gaya keseluruhan Ainul yang tampil bagaikan puteri dilengkapkan dengan pemakaian mahkota besar dan juga pemilihan layah meleret panjang.
Tidak lengkap seri keseluruhan tanpa pemilihan solekan dan juga dandanan yang sempurna. Untuk pernikahannya, Ainul telah mendapatkan khidmat Ady Razak untuk merias wajahnya dan CKay Liow untuk mendandan rambutnya. Ketika majlis resepsi pula, dia memillih jurusolek Gabriel Padan untuk merias wajah dan juga menyiapkan dandanan rambutnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!