CL 2NE1 Tunjuk Sokongan Pada Jisoo Blackpink! Ini 4 Trivia Lagu ‘Ice Cream’

Share

 

Tidak lama selepas single kolaborasi di antara Blackpink dan Selena Gomez dilancarkan pada jam 12 tengah hari tadi, peminat mereka (Blinks) pantas mengerumuni YouTube mendengarkan single tersebut untuk kali pertama dan menonton klip video baharu.

It is a two for one deal!

Ya ada yang menyukainya, ada juga yang mengharapkan sesuatu yang lebih wow.

Namun, seseorang nampaknya berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh ahli grup Blackpink, Jisoo. Ia tidak lain tidak bukan ialah ahli kumpulan 2NE1 iaitu CL!

Senior kepada Blackpink itu meninggalkan komen berbentuk emoji buah ceri di posting Instagram akaun Blink yang memuat naik foto babak Jisoo untuk Ice Cream.

Posting tersebut dimuat naik demi memuji kefasihan Jisoo menyanyi dalam Bahasa Inggeris berbanding semasa dia melakukan debut bersama Blackpink.

 

Meskipun komen CL itu kelihatan ringkas, namun ia membawa makna yang mendalam untuk peminat K-pop. Ini kerana CL juga berasal daripada label YG.

 

Untuk pengetahuan, kebelakangan ini, CL gemar untuk menggunakan emoji buah ceri untuk apa-apa jenis posting, Kami merasakan komennya kali ini bukanlah kerana Jisoo kebetulan memegang buah ceri sebagai prop dalam klip video Ice Cream tetapi sebagai tanda sokongan kepada Blackpink.

Jom lihat 3 lagi trivia menarik mengenai single Ice Cream yang mungkin korang tidak tahu.

 

 

Pecah Rekod

Belum sampai 10 jam klip video Ice Cream dimuat naik di YouTube, Blackpink telahpun memecahkan rekod tau! Ice Cream kini adalah klip video yang paling cepat mencapai 10 juta tontonan di YouTube oleh grup korea perempuan, iaitu hanya dalam masa 3 jam 40 minit.

Sebelum ini, mereka memegang rekod tersebut menerusi How You Like That.

 

 

Kolaborasi Ariana Grande?

Seperti yang korang tahu, Selena Gomez adalah penyanyi yang bertuah untuk berkolaborasi dengan Blackpink selepas Dua Lipa dan Lady Gaga.

Jadi dari mana munculnya kolaborasi bersama Ariana Grande ini?

Well well, Ariana telah mengesahkan bahawa dia turut membantu dalam pembikinan lagu Ice Cream ini! Menerusi Instagram Stories miliknya, dia memuat naik foto dengan kapsyen “Bangga dengan skuad ini dan bangga dengan ini (lagu tersebut)”

“So much love for this team and these ladies.”

 

 

Impian Selena Gomez

Ramai yang berpendapat penyanyi dan pelakon sepopular Selena Gomez boleh mendapatkan apa saja yang diingini olehnya. Namun menurut Selena sendiri, dia begitu teruja dengan kolaborasi ini kerana ia adalah impiannya setelah sekian lama menunggu.

Dalam klip yang menunjukkan panggilan telefon di antara Selena dan ahli Blackpink, Selena memberitahu betapa dia menggemari mereka dan muzik mereka.

“I am so stoked. Saya telah menjadi pemina kalian dan ini adalah impian yang amat, amat besar untuk saya dan saya tak sabar untuknya.”

 

Amacam, korang suka tak dengan Ice Cream?

Jom tonton reaction video REMAJA untuk single ini.

IKLAN