Ciri Terbaharu ‘Rate Limit’ Di Twitter Bikin Pengguna Tak Puas Hati, Geram!

Share

Kecoh di Twitter apabila pengguna platform media sosial tersebut tidak dapat refresh timeline mereka kerana ‘terkena’ Rate Limit Exceeded.

Menerusi sebuah ciapan pemilik Twitter iaitu Elon Musk, dia mengumumkan bahawa paltform itu telah menghadkan jumlah hantaran ciapan yang boleh dibaca dalam masa sehari di mana untuk pengguna yang telah disahkan (verified users

) boleh membaca sebanyak enam ribu Tweets sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hangat’ Di Twitter ‘Intern Bukan Buruh Percuma’, Pemuda Ini Dedah Realiti Sebenar Pelajar Latihan Industri

Namun begitu, bagi pengguna yang tidak disahkan atau unverified users (yang tidak mempunyai blue tick
) hanya boleh membaca sebanyak 600 hantaran ciapan sehari sahaja.
Keputusan berkenaan dibuat kerana Elon Musk mendakwa terdapat peningkatan secara ekstrem terhadap akses data serta manipulasi dalam sistem. Dengan berbuat sedemikian, difahamkan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Sempat menjengah di Twitter, rata-rata pengguna menzahirkan keluhan dan ketidakpuasan hati mereka berkenaan ciri terbaharu tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN