Cik B Selamba Jadikan Bodyguard Sebagai ‘Punching Bag’, Netizen Pula Tanya “Mana Nak Dapat”

Share

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Cik B di TikTok miliknya mencuri perhatian ramai selepas aksi spontan dan ‘rare’ yang ditunjukkan olehnya di gimnasium tular di media sosial.

Dalam video tu, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu dilihat menjadikan bodyguard sendiri sebagai

punching bag.

“Gym tak ada punching bag,” tulis Cik B ringkas di ruangan kapsyen.

BACA LAGI: Datin Shahida Puji Sikap Anak DSV -“Cik B Memang Baik & Berbudi Bahasa”

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan dah pun meraih lebih 208 ribu tontonan

, 18 ribu tanda suka dan 135 komen.

Rata-rata netizen terhibur dan tak sangka dengan aksi selamba Cik B itu.

“Cik B nak tanya, mana nak dapat punching bag tu?” seloroh seorang netizen.

“Cik B tolong kongsi link punching bag ini,” tambah seorang lagi dengan nada berseloroh.

“Helok (kacak) punching begnya pun…”sempat netizen lain ‘usha’ bodyguard tu juga.

Video berdurasi pendek itu menunjukkan Cik B serius sparring dengan bodyguard seakan-akan sedang berlatih seni mempertahankan diri. Tapi yang buat ramai teruja mestilah sebab ‘punching bag’ dia bukan calang-calang orang.

Published by
Fath