Harga Proton X50 Di Tangan Je, Netizen Terkedu Lihat OOTD Cik B Cecah Ratusan Ribu

Share

Boleh dikatakan apa saja yang dilakukan oleh anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B pasti menjadi bualan netizen.

Tambahan lagi, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen,15, Instafamous dan juga kini dilaporkan sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Semalam, Cik B telah mencuri perhatian warganet apabila posting Oufit Of The Day (OOTD) dirinya dengan pakaian yang cukup hipster telah menarik perhatian ramai pihak.

Mana tidaknya, harga setiap pakaian dan juga aksesori yang digayakan itu dipercayai melebihi ratusan ribu ringgit!

Ā 

List Harga OOTD Cik B

Rentetan daripada itu, anak gadis DSV iniĀ kongsikan di Twitter miliknya dengan memperincikan setiap satu barangan yang dipakai semasa OOTD berkenaan.

Ā 

Dibanjiri komen netizenĀ 

Rata-rata warganet meninggalkan komen dengan berasa terkejut apabila mengetahui harga kesemua pakaian dan aksesori digayakan oleh remaja tersebut.

Ada yang sempat berseloroh mahu jadi kucing Cik B dan ada juga yang mengatakan bahawa harga keseluruhan OOTD pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu bersamaan dengan gaji tahunan mereka.

Wowā€¦jangan kata netizen, penulis pun terngaga lihat detail harga setiap barang Cik B. Untung betul jadi anak jutawan kosmetik ni kanā€¦hiks

IKLAN