
Walau pernah mencatat sudah bebas dari pandemic COVID-19 sebelum ini, nampaknya China sekali lagi teruji apabila ada rakyatnya disahkan positif COVID-19. Walau angka jangkitan nampak kecil iaitu dua orang tetapi keduanya telah mendatangi pasar borong terbesar di ibu kota tersebut iaitu di Beijing.
Laporan Astro Awani, pihak berkuasa Beijing menutup sementara pasar pertanian borong utamanya di bandar itu susulan peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 sejak dua hari lalu.
Pasar Xinfadi mula ditutup bermula jam 3 pagi Sabtu selepas dua lelaki yang bekerja dengan Pusat Penyelidikan Daging telah disahkan positif COVID-19 dan telah mengunjungi pasar berkenaan pada Jumaat.


Bagaimanapun, tiada laporan jelas menunjukkan bagaimana dua lelaki berkenaan mendapat jangkitan virus berkenaan.
Ketika ini, China mula bimbang dengan kemungkinan berlaku gelombang kedua COVID-19 dalam keadaan banyak negara lain mula menunjukkan penurunan kes.
Beijing turut bertindak menghentikan perdagangan daging lembu dan daging kambing di pasar Xinfadi selain penutupan pasar borong lain di sekitar bandar itu.
Media tempatan turut melaporkan kebanyakan peniaga di pasar besar di Beijing mengeluarkan ikan Salmon dari rak jualan mereka apabila papan cincang yang digunakan didakwa tercemar dengan COVID-19.
Susulan itu, kira-kira 10,000 individu di pasar berkenaan dilaporkan akan menjalani ujian COVID-19.
Malah, cadangan membuka semula sekolah untuk kelas satu hingga tiga turut ditangguhkan susulan perkembangan itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hukum Berkahwin Dengan Ipar, Dengar Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Ni!

Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk “Ipar Adalah Maut” yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan rahsia gelap.
Filem ini berjaya menggugah perasaan penonton melalui tema hubungan kekeluargaan yang rumit, penipuan, dan dendam.

Mengisahkan tentang dinamika antara ipar-ipar yang pada mulanya mesra tetapi berubah menjadi hubungan penuh kecurigaan dan bahaya, filem ini memberikan gambaran tentang bagaimana perasaan negatif yang terpendam boleh mencetuskan insiden yang tidak diduga.
Hukum berkahwin dengan ipar
Baru-baru ini, Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan tentang hukum berkahwin dengan ipar.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan hukum mengahwini dua orang wanita yang mempunyai ikatan adik beradik dalam masa yang sama.
@ilmi.hub Hukum nikah dengan ipar ilmu1️⃣👉@ilmi hub ilmu2️⃣👉@ilmi hub ilmu3️⃣👉 @ilmi hub #fyp #dakwahtiktok #ilmuagama #ustazazharidrus #soaljawabagama #ustaz #dakwah ♬ Islam – Lafina
Tak boleh berkahwin dengan mereka berdua sekaligus. Dua orang isteri kita ini adalah adik beradik maka haram, tidak sah.
Isteri yang mana kita bernikah dahulu itu sah, isteri yang kedua tidak sah.
Allah sebut dalam Al-Quran: ‘haram kamu berkahwin sekaligus dengan dua perempuan adik beradik.’
Menurut Ustaz Azhar, hukum tersebut haram kerana ipar masih dikira mahram sementara.
Tidak boleh kahwin dengan ipar kerana mereka mahram sementara. Ipar mahram sementara selama kita berkahwin dengan adik beradik dia.
Kalau mahram selamanya seperti ibu, kakak dan ibu saudara..itu sampai kiamat mahram.
Cerai atau meninggal dunia
Walau bagaimanapun, seorang lelaki boleh berkahwin dengan iparnya andai dia dan isteri bercerai atau meninggal dunia.
Dua syarat jika mahu berkahwin dengan ipar. Yang pertama, sama ada kita sudah bercerai dengan isteri kita atau isteri kita meninggal dunia.
Semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok
BACA LAGI : Hukum Kongsi Gambar Tak Tutup Aurat, Tak Bertudung Dengan Kawan “Close Friends”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan Malaysia Gesa Peperiksaan SPM Tidak Boleh Ditangguh Lagi

Kes positif COVID-19 nampaknya semakin membimbangkan dengan catatan ribuan kes setiap hari. Ramai ibu bapa bimbang dengan pendidikan anak mereka dan tertanya-tanya adakah sesi persekolahan bagi tahun 2021 diteruskan atau tidak.
Bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, mungkin ada diantara mereka yang risau jika peperiksaan itu ditunda lagi. Namun, Kesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berharap perperiksaan SPM yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun kes COVID-19 harian semakin meningkat naik.

Menurut Bernama, Presiden NUTP Aminuddin Awang menjelaskan pihak mereka tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan ia setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di United Kingdom.
“NUTP mengharapkan agar peperiksaan SPM dapat diteruskan untuk pelajar SPM yang sepatutnya menduduki pada tahun 2020 itu untuk proses mereka memasuki fasa kerjaya dan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi berjalan lancar.
“Pelajar SPM yang memasuki umur 18 tahun ini juga sudah mampu berfikir secara matang dan sedar apa-apa yang berlaku akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran dan memasuki era kerjaya. Mereka senang diurus oleh guru untuk berhadapan dari sudut aspek pematuhan pencegahan COVID-19,” katanya.
Kebanyakan masyarakat nampaknya bersetuju dengan cadangan ini dan menyarankan agar SOP diperketatkan.




Pasti calon SPM semakin stres jika peperiksaan ini ditangguhkan lagi. Diharap pihak kerajaan dapat membuat keputusan sewajarnya untuk kebaikan semua pihak.

Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 22 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/10/guna.jpg)
Satu lagi berita yang menggemparkan negara kita. Kematian seorang pelajar Muhammad Ilham Fahmi yang lemas di lombong ketika sedang memancing.
Apa yang lebih memilukan lagi, sebelum mayatnya ditemui, seramai enam orang anggota bomba mati lemas ketika operasi menyelamat.
Jom kita imbas kembali peristiwa yang berlaku kira-kira dua bulan lepas.
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 23 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Petang semalam, sekitar jam 5.40 petang, mayat pelajar lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam timbul dipermukaan lombong selepas hampir 24 jam lemas.
Wartawan REMAJA antara yang dapat menyaksikan kejadian sedih dan sebak ini kerana berada di tempat kejadian. Demi kasih kepada seorang anak yang dikandung, ibunya, Rosmilawati Saadin atau mesra disapa Kak Wati tidak makan dan tidur semalaman selepas mendapat tahu anaknya terjatuh ke dalam lombong berkenaan (Fahmy jatuh pada 3 Oktober 2018 sekitar jam 5 lebih).
“Akak tak ada selera. Malam tadi pun tak tidur semalam,” katanya lemah. Katanya lagi, ekoran tidak dapat tidur, dia duduk dekat di lombong sambil menyeru nama anaknya.
“Adik, muncullah adik. Mama tunggu adik ini. Timbullah adik. Mama sayangkan adik sangat-sangat. Mama nak adik selamat. Mama tak sabar tunggu adik balik rumah,” katanya berulang kali.
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 24 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/10/WhatsApp-Image-2018-10-05-at-12.44.49-PM.jpeg)
Ternyata, doa dari seorang emak sangat mustajab dan Allah memberikan permudah segala urusan.
REMAJA dapat menyaksikan bagaimana naluri seorang ibu apabila dia berkejar di tebing tasik berpagar selepas katanya dia dapat melihat satu objek timbul dipermukaan air.
“Adik tu, adik,” katanya berulang kali. Ternyata, sebaik jenazah anaknya berjaya diangkat ke dalam bot penyelamat, ibu kepada tiga anak ini terus pengsan malah pengecaman mayat dilakukan oleh suami dan ahli keluarganya kerana Kak Wati masih pengsan.
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 25 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/10/71538652052_TBBUDAKLEMAS.jpg)
Dalam pada itu, sebelum mayat Ilham Fahmy muncul, Kak Wati sempat berbual-bual.
“Balik dari sekolah, anak cakap lapar. Dia terus tanya saya masak apa dan dia buka tudung saji. Alhamdulilllah, adik sempat jamah makanan. Petang itu dia cakap lapar lagi dan nak beli mi segera.
“Saya pesan beli untuk saya juga sebab saya teringin. Saya juga suruh adik belikan kepala parut sebab nak letak di kuih sagu mata ikan yang saya buat petang itu. Nampak beriya adik makan mi segera dan saya suruh kongsi dengan adiknya pun dia tak mahu. Licin dia makan seorang,” katanya sambil menambah, petang itu, anaknya itu meminta izin hendak keluar sekejap.
“Ayahnya memang dah larang jangan ke lombong itu. Tak sangka adik pergi. Bukan untuk memancing pun. Kata dua lagi rakannya yang selamat itu, adik berlari di atas jambatan besi itu sambil membuka baju dan terus tergelincir.
Kawan-kawannya menyelam dan cuba menarik rambutnya tapi adik terus tenggelam,” katanya yang hanya mendapat maklumat berita anaknya lemas itu sesudah suaminya pergi dan balik semula ke rumah untuk menjemputnya dan segera ke lombong itu kembali.
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 26 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/10/WhatsApp-Image-2018-10-04-at-4.31.02-PM.jpeg)
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 27 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/10/image-11-2-e1538652172152.jpg)
Tambah Kak Wati lagi, dua hari sebelum kejadian, anaknya membeli telefon baru, iPhone, hasil titik peluhnya bekerja sendiri.
“Telefon bagaikan nyawa baginya tapi pada hari kejadian, adik tak bawa pun bersamanya. Memang pelik. Dua minggu lalu, arwah ada menulis sesuatu di instagramnya ilhmfhmy dengan kata-kata DULU PANDANG TEPI SENTIASA ADA DI SISI, TAPI SEKARANG PANGGIL TAK ADA YANG MENYAHUT. TAK APALAH, AKU CUBA BISAKAN DIRI.
![[Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban 28 [Recap 2018] “Sebelum Arwah Fahmy Muncul Di Permukaan Lombong”, Ternyata Berlaku Keajaiban](https://cdn.remaja.my/2018/10/WhatsApp-Image-2018-10-04-at-4.31.55-PM.jpeg)
“Ini adik tulis pada 24 September lalu semasa ke Cameron Highlands. Hati saya dah terdetik tapi takut nak komen di ignya. Ternyata, ia menjadi bahawa kalau sebelum ini kami sekeluarga ada di sisinya tapi kini tidak siapa yang menyahut. Mungkin itulah maksudnya,”katanya yang tampak sebak saat menunjukkan instagram anaknya itu.
Menyifatkan anaknya sepatutnya mengambil kertas peperiksaan Mathmatik bagi percubaan SPM, Kak Wati akui dia harus tabah bahawa dia sudah kehilangan anak kedua dari tiga beradik kesemua lelaki ini.
Menyifatkan anaknya itu seorang yang berdikari sejak dulu, di mana di hujung minggu anaknya akan membuat kerja-kerja pembersihan rumah demi mencari wang saku, dan Kak Wati turut menjelaskan motosikal LC yang dibawa anaknya adalah dari wang saku bekerjanya.
Kini tiada lagi anak penawar manja hatinya, tiada lagi anak yang akan memanggilnya mama dan segalanya akan menjadi memori pahit tersimpul dek kehilangan seorang anak.
Al-fatihah untuk arwah adik Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.
*****
Kejadian ini juga telah membuka mata rakyat Malaysia tentang besarnya pengorbanan seorang anggota bomba. Jika selama ini mungkin kita menganggap tugas mereka hanya memadam kebakaran, namun sebenarnya tanggungjawab yang digalas itu jauh lebih besar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

