Baru-baru ini, cef selebriti, Chef Anis Nabilah meraih perhatian di media sosial selepas menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi ‘TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026’. Penghargaan itu diberikan dalam Anugerah World Top Gourmet Kali Ke-8 2026 yang menghimpunkan nama-nama besar dalam industri kulinari.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Chef Anis atau pemilik nama penuh Anis Nabilah Umaruddin (40) berkata, penghargaan tersebut cukup bermakna buat dirinya selepas melalui pelbagai pengalaman sepanjang berada dalam bidang kulinari. Menurutnya, pencapaian itu juga menjadi satu lagi suntikan semangat untuk terus berkarya dan berkongsi minatnya terhadap dunia masakan.

“Alhamdulillah, satu penghargaan yang sangat bermakna untuk saya. Terima kasih kepada World Gourmet atas TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026 ini. Saya sangat bersyukur dan benar-benar menghargai pengiktirafan ini,” katanya.

Chef Anis Nabilah Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Dinobat TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026!

Dalam pada itu, Chef Anis turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan kerjayanya. “Saya rasa sangat bersyukur dan terharu dengan penghargaan ini. Sepanjang perjalanan dalam bidang masakan, terlalu banyak pengalaman yang saya lalui dan ramai juga yang telah memberi inspirasi kepada saya,” katanya.

Ads

Difahamkan, pengiktirafan tersebut disampaikan pada majlis yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu. Acara berkenaan turut menghimpunkan cef, usahawan serta penggiat industri makanan dan minuman dari Malaysia dan luar negara.

Majlis itu turut menyaksikan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim sebagai Tetamu Kehormat. Dua ikon kulinari terkenal, Adjunct Professor Datuk Chef Wan dan Master Chef Dr Martin Yan pula hadir sebagai Cef Kehormat.

Ads

Chef Anis Nabilah Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Dinobat TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026!

Selain itu, barisan tokoh industri antarabangsa dan tempatan turut memeriahkan acara termasuk Master Chef Thomas Gugler, Master Chef Jeffrey Tan, OAM, Lady Puan Sri Datin Sri Dr Susan Cheah serta wakil Tourism Malaysia. Beberapa jenama F&B dari China, Taiwan, Vietnam dan Malaysia turut menerima pengiktirafan atas sumbangan masing-masing kepada industri.

Ads

Bagi Chef Anis, penghargaan tersebut pastinya menjadi antara pencapaian penting dalam perjalanan kerjayanya yang masih panjang. Dengan pengalaman dan kecintaannya terhadap dunia kulinari, dia dilihat masih mempunyai banyak ruang untuk meneroka impian baharu selain terus memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

Sumber: Instagram Chef Anis Nabilah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads