
Penyanyi dan penerbit muzik popular, Charlie Puth baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial selepas mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinannya bersama Brooke Sansone.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram, Charlie atau nama sebenarnya Charles Otto Puth Jr. berkongsi beberapa foto bayi lelaki miliknya untuk tatapan umum.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 35 tahun itu turut memperkenalkan nama anak sulungnya, Jude yang dilahirkan pada 13 Mac lalu.

View this post on Instagram
“Hey Jude 3.13.26,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen, sekaligus membuatkan para peminat teruja dengan berita berkenaan.
Walaupun bayi tersebut dilahirkan lebih awal, pengumuman rasmi hanya dibuat beberapa hari selepas itu, menjadikan perkongsian tersebut lebih istimewa buat pengikutnya.
Selain dari itu, Charlie turut memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dirinya bermain piano sambil mendukung bayi lelaki tersebut, satu momen santai yang dengan pantas menjadi perhatian ramai.
@charlieputhHey Jude 🩵 3.13.26♬ original sound – Charlie Puth
Menariknya, beliau juga memainkan lagu ikonik berjudul ‘Hey Jude’ nyanyian kumpulan legenda The Beatles, yang menjadi inspirasi kepada nama anaknya. Di ruangan komen, Charlie dan isterinya dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang tumpang gembira dengan khabar tersebut.
Sebelum ini, berita kehamilan Brooke mula diketahui menerusi kemunculannya dalam video muzik lagu Changes yang dilancarkan tahun lalu, dan pasangan itu dilaporkan telah mendirikan rumah tangga pada 7 September 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












