
Aktres popular, Chacha Maembong tampil menjelaskan status hubungannya bersama aktor kacak, Andy Teh selepas timbul spekulasi mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, meskipun mereka dilihat rapat, hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar persahabatan dan bukan seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Sebelum ini, Andy Teh yang ditanya mengenai hubungannya dengan adik kepada Emma Maembong itu turut tidak menafikan bahawa Chacha mempunyai ciri-ciri wanita yang diidamkannya.
Bagaimanapun, Andy menjelaskan hubungan mereka sekadar rakan dan kini berada dalam fasa mengenali satu sama lain.
Dalam pada itu, Chacha turut menegaskan bahawa buat masa ini dia tidak terlalu memikirkan soal jodoh, sebaliknya lebih memberi fokus untuk memperkukuhkan kerjaya lakonannya.
“Saya tak berani komen pasal jodoh kerana ia belum berlaku. Saya serahkan soal itu kepada ketentuan Allah.
“Cuma sasaran saya pada tahun ini adalah untuk bekerja lebih kuat untuk mencapai impian saya,” kongsinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.