Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat teknologi Amerika Syarikat, Astronomer, Andy Byron akhirnya meletak jawatan selepas satu video memaparkan aksinya berpelukan dengan rakan sekerja ketika konsert Coldplay menjadi tular dan bualan orang ramai di media sosial.
Menurut syarikat Astronomer dalam satu kenyataan di aplikasi LinkedIn mengesahkan perletakan jawatan itu pada Sabtu.
“Pemimpin kami dijangka menetapkan piawai dalam kelakuan dan akauntabiliti, dan baru-baru ini, perkara itu tidak dipenuhi. Andy Byron telah menyerahkan surat peletakan jawatannya,” tulis kenyataan itu.
Kenyataan Astronomer menerusi LinkedIn.Insiden yang berlaku semasa konsert Coldplay yang menjadi tular di media sosial.
Pada masa yang sama, syarikat itu turut menafikan sebarang kenyataan yang tular di media sosial kononnya daripada Byron, dan mengesahkan bahawa sebarang kenyataan maaf yang tersebar adalah palsu dan berasal dari akaun parodi. Malah, salah faham terhadap seorang individu ketiga dalam video juga telah diperbetulkan oleh pihak syarikat.
Ads
Dalam pada itu, Astronomer mengumumkan bahawa salah seorang pengasas syarikat yang juga Ketua Pegawai Produk (Chief Product Officer), Pete DeJoy akan mengambil alih peranan sebagai CEO interim. Selain itu, laman LinkedIn Byron juga dilaporkan telah dipadam dan namanya dikeluarkan daripada carta organisasi laman web rasmi syarikat.
Syarikat itu turut mengakui bahawa kesedaran umum terhadap Astronomer mungkin meningkat secara mendadak akibat kontroversi ini, namun menegaskan bahawa misi mereka tetap fokus kepada penyelesaian masalah berkaitan data dan kecerdasan buatan (AI) sejak ia ditubuhkan pada tahun 2018.
Ads
Andy Byron (Kredit foto: CNN)
Terdahulu, sebuah rakaman jumbotron menunjukkan Byron dan seorang wanita sedang berpelukan di kerusi penonton telah mencuri perhatian orang ramai apabila mereka kelihatan terkejut dan cuba mengelak daripada kamera sebaik menyedari diri mereka dipaparkan di skrin besar. Insiden itu berlaku semasa konsert Coldplay di Gillette Stadium, Foxborough, Massachusetts pada 16 Julai lalu.
Ads
“Uh oh, apa itu? Sama ada mereka tengah curang atau memang sangat pemalu,” gurau vokalis Coldplay, Chris Martin ketika menyedari adegan itu disiarkan kepada ribuan penonton.
Warga internet kemudian mula menyiasat identiti mereka dan mendakwa lelaki itu ialah Andy Byron manakala wanita tersebut adalah Ketua Pegawai Sumber Manusia (Chief People Officer), Kristin Cabot. Pelbagai spekulasi dan ‘meme’ mula muncul di media sosial, sehingga meraih pelbagai kritikan tentang kemungkinan hubungan sulit antara dua eksekutif tinggi syarikat itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
COVID-19 kini membunuh hamper 5,000 mangsa di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini.
Menerusi Harian Metro, ujian klinikal pertama ke atas manusia untuk mencari penawar COVID-19 dilancarkan dalam beberapa hari dan paling lewat Jun hadapan. Proses berkenaan dipercepat melalui konsep hack genetic dan berjaya melewati peringkat ujian haiwan serta diuji pada sukarelawan sihat.
Menurut Dailymail pula, saintis di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun selepas memperoleh keputusan menggalakkan pada tikus. Moderna yang berpangkalan di Massachusetts mencipta kaedah baru apabila menghubungkan RNA bagi merangsang sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan protein sama untuk membunuh virus yang dapat mencegahnya.
Kredit foto: Harian Metro
Walau bagaimanapun, AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman bersaing mengeluarkan vaksin eksklusif melawan COVID-19 yang dibangunkan di sebuah makmal Jerman. Menurut laporan tersebut, Presiden Donald Trump didakwa berusaha ‘memancing’ saintis Jerman yang menghasilkan vaksin percubaan terbabit dan ia dilihat bertujuan untuk mendapatkan lesen eksklusif di AS.
Sumber rapat dengan kerajaan Jerman memberitahu Die Welt vaksin terbabit ‘hanya untuk AS’, walaupun Berlin dilaporkan membuat tawaran sendiri kepada firma bioteknologi, CureVac yang berpangkalan di Thuringia.
Gambar hiasan
Firma berkenaan dipasarkan sebagai pakar dalam membangunkan rawatan terhadap kanser, terapi berasaskan antibody, rawatan penyakit jarang berlaku serta vaksin profilaktik. Ketika ini, makmal terbabit bekerjasama dengan Institut Paul-Ehrlich yang berkait dengan Kementerian Kesihatan Jerman dan berkepakaran dalam penyelidikan vaksin.
Diharap ada berita baik yang disampaikan nanti. Lebih baik jika ia boleh diguna pakai oleh seluruh rakyat dunia, dan bukannya hanya di AS mahu pun Jerman. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semoga kita dilindungi daripada segala perkara yang tidak baik.
Kebahagiaan sebenar seorang ibu adalah bila melihat anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dan pelajaran.
Baru-baru ini, pelakon Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera telah memuat naik gambar majlis konvokesyen peringkat diploma anak sulungnya yang bernama Allisya Tahir di HELP University.
Menurut Shiera, dia berbangga dengan anaknya yang berjaya menamatkan pengajian apatah lagi gadis itu sudah mendapat pekerjaan.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Rata-rata komen mengucapkan tahniah buat Shiera dan juga anak gadisnya kerana berjaya dalam pelajaran.
Luah Rasa Syukur
Menurut Berita Harian, Shiera, 45, berkata biarpun dia terpaksa berdepan pelbagai dugaan, dia bersyukur anak hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt itu dapat menamatkan pelajarannya.
“Meskipun hanya pada peringkat diploma, saya berbangga dengan pencapaian Allisya yang kini bekerja mengendalikan media sosial di sebuah agensi.
“Buat masa ini, Allisya belum mempunyai sebarang perancangan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Saya juga tidak mahu memaksanya dan kalau boleh, biar keinginan itu datang dari hatinya sendiri,” katanya.
Seperti yang hangat diperkatakan oleh warganet mengenai kes beberapa individu terpilih yang seakan-akan ‘imun’ daripada sekatan rentas negeri, tentunya semua orang tertanya-tanya apakah kumpulan individu ini bebas untuk ke mana-mana saja disebabkan oleh status, kuasa mahupun populariti yang mereka miliki?
Justeru, peluang sidang media khas bersama Datuk Seri Ismail Sabri pada sebelah petang tadi telah diambil oleh media untuk bertanyakan sekiranya ada pengecualian yang diberikan oleh pihak MKN mahupun pihak berkuasa sendiri hingga mengakibatkan stigma ‘double standard’?
Tentunya, kita sendiri enggan mendengar lagi perkhabaran mengenai individu terkenal mahupun individu kenamaan digolongkan sebagai ‘manusia kayangan’ yang bebas merentas negeri tanpa alasan munasabah.
Jelas beliau, kuasa menahan sesiapa yang merentas negeri terlepak kepada pihak polis di sekatan jalan raya.
“Saya percaya tiada pengecualian dari segi soal rentas negeri kecuali beberapa perkara seperti kematian, sakit kritikal nazak dan kerja. Tapi ini juga kena ada kebenaran polis sebelum mereka merentas negeri.
“Yang lain-lain, kuasa tetap pada pihak polis. Isi borang dan mohon kebenaran daripada polis.
“Tapi saya difahamkan, kadang kadang (kerana sukar mempercayai) kesahihan (alasan) itu membuatkan pihak polis tidak membenarkan (merentas negeri).
“Untuk hujung minggu saja, permohonan merentas negeri boleh mencecah hingga 40,000 setiap hari.”
“Kadangkala pihak polis kurang yakin dengan alasan yang diberikan.
“Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, kuasa kita telah berikan kepada pihak polis sama ada untuk membenarkan atau tidak,” kata beliau.
Terdahulu, berbagai-bagai pihak telahpun ditahan atau dikompaun akibat merentas negeri. Begitupun, warganet berang apabila ada ‘individu kayangan’ yang bebas merentas tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.