Musim durian sememangnya cukup dinantikan oleh peminat raja buah. Selain dimakan begitu saja, durian turut dijadikan juadah pelbagai bentuk. Antara resipi yang cukup viral sekarang ialah cendol durian.
Sekarang bayangkan cendol durian ditransformasikan kepada minuman ice blended. Pelik? No, korang harus cuba dulu baru tahu. CoolBlog selaku jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa memperkenalkan 3 perisa baru dalam kempen terbaru, Rasa-Rasa Malaysia.
Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog melancarkan Rasa-Rasa Malaysia dengan perisa Coco Yam Pulut Hitam Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan Coco Kacang Chocolate Smoothie. Ketiga-tiga minuman terbaru ini dihasilkan daripada juadah pencuci mulut tempatan yang cukup popular.
Ads
Remaja sendiri mencuba Cendol Durian Smoothie pada majlis pelancarannya sebentar tadi. Seriously, it’s not bad at all!
Ads
Majlis pelancarannya hari ini disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa, Anis Nabilah dan rapper terkenal tanah air, Altimet. Pada majlis ini mereka turut mempersembahkan gimik tersendiri bagi meraikan pelancaran Rasa-Rasa Malaysia.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn. Bhd., Keith Loh, pilihan terbaru perisa ini merupakan tribute kepada cita rasa tempatan yang memaparkan jenama negara kita.
Menu minuman terbaru CoolBlog ini akan mula dijual di seluruh negara bermula 7 September 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaan, kemeriahan musim anugerah pada setiap awal tahun akan dimulakan oleh acara Golden Globes yang cukup berprestij dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.
Masakan tidak, Golden Globes merupakan acara yang menjadi penanda aras terhadap segala ramalan bagi kategori filem yang dicalonkan untuk acara-acara anugerah berikutnya seperti Screen Actor Guild Awards (SAGs), BAFTA Awards, Critic Choice Awards dan penutup gemilang di Anugerah Akademi atau Oscars.
Golden Globes yang berlangsung pada hari ini bagaimanapun tampak berlainan apabila ia tidak semeriah tahun-tahun lalu. Ruang media sosial tidak ‘gegak-gempita’ dengan klip momen-momen menarik. Tiada juga foto-foto rasmi yang memperlihatkan gaya fesyen selebriti terkenal di karpet merah.
Ini kerana Golden Globes 2022 tidak disiarkan secara langsung di saluran NBC. Acara karpet merah bagi meraikan para pengkarya televisyen dan filem juga dibatalkan sama sekali.
Senario ini bukan disebabkan oleh ancaman varian COVID-19 tetapi disebabkan oleh tindakan boikot penggiat industri seni di Hollwyood terhadap penganjur acara, HFPA atau dikenali sebagai the Hollywood Foreign Press Association.
Menurut laporan, majoriti firma perhubungan awam (PR) yang mengendalikan para selebriti, produksi filem dan drama telah sebulat suara memboikot acara Golden Globes yang dituduh sebagai penganjur seksis dan rasis.
HFPA dilaporkan tidak melantik seorang pun panel juri berkulit hitam atau wakil wartawan berkulit hitam dalam kalangan 87 orang yang terlibat dalam pemilihan pemenang.
Beberapa aktres terkenal seperti Scarlett Johansson pula mendakwa dirinya menjadi mangsa pertanyaan seksis sewaktu acara anjuran HFPA dilangsungkan tidak lama dahulu.
Lebih malang lagi apabila muncul dakwaan berlakunya kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan ahli HFPA.
Oleh yang demikian, sesetengah syarikat produksi besar seperti Netflix telah mengambil tindakan lebih proaktif untuk memboikot dan tidak membenarkan klip karya produksinya dimainkan di Golden Globes 2022.
Sentimen sama turut disuarakan oleh produksi Disney yang beranggapan kegemilangan acara Golden Globes telah ‘diranapkan’ oleh HFPA sendiri. Majoriti penggiat seni kini melaungkan kebencian terhadap HFPA yang selama ini ‘bermaharajalela’ menjadi penganjur walaupun hakikatnya penganjuran mereka bermasalah.
Dengan ketiadaan karpet merah, sidang media dan program siaran langsung, acara Golden Globes 2022 ibarat langsung tidak diadakan. Apa yang telah dilakukan oleh penganjur pada sebelah pagi tadi hanyalah mengumumkan senarai pemenang di media sosial dan trofi anugerah akan dihantar ke alamat pemenang pada keesokan harinya.
Untuk pengetahuan, antara nama-nama besar yang dinobatkan sebagai pemenang pada edisi kali ini termasuklah Will Smith (King Richard), Nicole Kidman (Being the Ricardos) dan Andrew Garfield (tick, tick…BOOM!). Bagaimanapun, tiada seorang pun buat masa ini yang telah memberi ucapan mengenai kemenangan mereka sebagai tanda boikot.
Lebih mengecewakan apabila pelakon terkenal, Tom Cruise juga dilaporkan mengembalikan semula tiga trofi Golden Globes yang pernah diterimanya sebelum ini.
Boikot ini juga membuatkan ramai terkilan tidak dapat melihat pelakon O Yeong-su yang terkenal menerusi drama Squid Game menaiki pentas bagi menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bagi Siri, Mini Siri atau Filem Televisyen.
Jujurnya, ramai yang kecewa dengan ketiadaan acara Golden Globes yang dianggap sebagai acara wajib bagi memulakan musim anugerah di Hollywood. Namun jika inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi meningkatkan semula martabat Golden Globes sebagai peneraju acara anugerah pada masa akan datang, kami pasti ramai yang akan kembali memberi sokongan apabila ia dianjurkan semula pada tahun 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem aksi yang ditunggu-tunggu, Fast & Furious: Hobbs & Shaw bakal menemui penonton pada awal Ogos nanti.
Selepas dua tahun kejadian dalam Fast and Furious 8, ejen servis keselamatan diplomatik Luke Hobbs dan bekas ahli SAS yang menjadi pembunuh upahan Deckard Shaw mendapati mereka terpaksa bekerjasama walaupun tidak suka antara satu sama lain.
Mereka perlu bersatu untuk menumpaskan seorang anarkis siber-genetik hebat, Brixton yang telah menguasai satu virus berbahaya yang mampu mengubah masa depan manusia.
Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby, Helen Mirren akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 1 Ogos ini.
Kali ini, kami nak berikan peluang untuk korang memiliki koleksi merchandise Fast & Furious: Hobbs & Shaw yang pastinya eksklusif milik korang saja.
Jawab soalan mudah di bawah ini dan korang berpeluang untuk memenangi salah satu merchandise berikut:
Impak penyebaran wabak Covid-19 yang mencatatkan penambahan kes di Malaysia turut memberi tempias kepada institut pendidikan tinggi (IPT).
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Mohd Salleh Jaafar berkata, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyarankan agar semua aktiviti berkumpulan di IPT seluruh negara ditunda, sekurang-kurangnya selepas Mac dan April ini.
Ini bertujuan untuk mencegah penularan lebih banyak kes Covid-19.
Antara acara besar seperti konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijadualkan berlangsung bermula 24 Mac ini diumumkan ditangguh. Penangguhan ini membabitkan kampus Shah Alam dan semua kampus cawangan UiTM.
Sementara itu, acara konvokesyen di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) juga ditangguhkan walaupun sepatutnya berlangsung semalam.
Sekurang-kurang, acara ini tidak dibatalkan. Ia cuma dibawa ke tarikh lain kelak. Apa-apapun be careful guys! Ambil langkah pencegahan sewajarnya okay.
Kalau terpaksa berkumpul juga, korang boleh ikut nasihat di bawah.